Mana lebih penting... Akhlak @ Ilmu?
Sabtu, Januari 01, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:16 PTG
antara akhlak dan ilmu mana lebih penting? pada pandangan aku akhlak lebih penting berbanding ilmu ... kenapa aku kata begitu? sedangkan kehidupan sekarang lebih mementingkan ilmu berbanding akhlak... anda tak percaya? cuba seorang yang berakhlak tetapi kurang ilmu dan seorang yang berilmu tapi kurang akhlak memohon 1 pekerjaan.... siapa yang dapat? pastinya yang lebih berilmu dapat kerja tu walaupun dia mungkin bakal membawa kerugian besar pada syarikat tu.... kenapa aku kata begitu? ... kerana orang yang kurang berakhlak tidak amanah dalam menjalankan tugas... dengan itu ada kemungkinan dia akan makan rasuah....lesapkan duit syarikat... bukan sekadar syarikat yang bakal rugi... malah negara boleh hancur apabila diterajui oleh orang yang berilmu tapi tiada akhlak....
orang yang ada akhlak yang baik ni.... walaupun dia kurang ilmu... tak apa...dia boleh belajar... belajar adalah proses sepanjang hayat... selagi kita hidup... kita perlu belajar.... mungkin secara formal atau tidak formal melalui pengalaman hidup yang kita lalui....
tapi malangnya sekarang ni masyarakat lebih mementingkan ilmu berbanding akhlak.... kerana masyarakat semakin materialistik...cuba lihat... siapa punya ilmu... bijak dalam pelajaran... lebih dibanggakan oleh ibubapa... ibubapa begitu sibuk mahu anak menjadi pandai.... mendapat keputusan yang baik... hantar tuisyen sana sini.... tapi bila masa anak nak didik mempunyai akhlak yang mulia.... bila anak dah pandai... cikgu tegur mengenai akhlak... mula la naik kepala.... ibubapa duk pertahankan anak... ok la tu... duk sanjung sangat anak... bila besar anak orang masuk universiti anak kita masuk pusat serenti... maklumlah anak dah jadi doktor tak perlu masuk universiti...
yang anak masuk universiti pulak duk bangga la konon anak pandai... dapat dekan setiap sem... tapi kalu akhlak hampeh tak der guna... dengan pensyarah pun boleh tipu... ibubapa duk puji anak satu kampung... rupanya anak dapat tinggi sebab meniru....hahaha... tak pun anak rasuah lecturer....keluar universiti dengan sijil hebat tapi tak tahu nak buat kerja... almaklum lah... masa belajar keja upah kawan suruh buat....diri sendiri sibuk berpacaran kesana kesini... beli saham dosa banyak banyak....
kan baik kalau yang usaha sendiri masa belajar... biar dapat bawah 3 pun setiap sem.... tapi akhlak mantap...tak ada la nanti kerja haru biru tak tahu nak buat....
kesimpulan... kita kena didik remaja kita berakhlak dulu baru berilmu... supaya nanti ilmu yang dia dapat akan digunakan untuk kebaikan... bukan kejahatan....Akhlak jauh lebih penting berbanding ilmu....