Harga Naik.. Rakyat Sihat..
Rabu, Januari 05, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:43 PTG
sedangkan antara faktor kematian utama rakyat malaysia di musim perayaan adalah kemalangan maut...
Sekarang ni minyak masak pula disorok... saya rasa tak lama lagi naik la harganya...tak percaya lihat nanti... saya nak syorkan kempen... kurangkan minyak.. hidup sihat tanpa sakit jantung... memandangkan sakit jantung adalah antara pembunuh utama rakyat malaysia...tadi masa tengok berita... harga bawang pula yang meningkat... kempen apa yer sesuai untuk bawang... mmm... bawang menyebabkan badan berbau... jadi kita buat kempen... kurangkan bawang lenyapkan bau badan... hidup jimat tanpa deodorant... hahahha....
Anda rasa... adakah kenaikan harga ini mampu melatih rakyat hidup sihat atau hanya sekadar membebankan rakyat? adakah anda rasa kempen kempen seperti ini akan berjaya? saya rasa tidak... anda tak percaya... kita lihat saja setiap tahun setiap kali belanjawan negara dibentangkan... harga rokok dinaikkan untuk mengurangkan ketagihan rokok dikalangan rakyat... adakah cara ini berjaya? berapa kerat jer rakyat yang berhenti merokok disebabkan kenaikan harga rokok? pada saya... kempen berhenti merokok lebih berkesan dengan kesedaran yang diberikan kepada rakyat.... bukan pada kenaikan harga...
saya nak ulas pasal gula jer dulu... kenaikan harga gula... adakah disebabkan kempen kurangkan gula? saya jenis yang suka minum air kosong... kalau minum air manis tu kekadang hanya sekali seminggu... kira dah ikut kempen la kurang kan gula... tapi saya juga terasa dengan kenaikan harga gula ini kerana dengan kenaikan harga gula... harga barangan lain turut naik... walaupun saya tak minum air bergula.. cuba bayangkan orang yang berkerja menggunakan tulang empat kerat... mereka memerlukan minuman manis yang memberi tenaga untuk mereka bekerja... bila kos hidup mereka meningkat... kos perkhidmatan mereka juga meningkat... maknanya barang yang mereka angkut juga akan meningkat... akhirnya... harga semua barang naik....
akhir kata... harga naik tak mampu menjamin rakyat hidup sihat... ia hanya membebankan rakyat... tambah2 yang berpendapatan rendah... dalam belanjawan 2011... cukai barangan import dikurangkan... untuk apa? untuk orang berpendapat tinggi? sedangkan orang berpendapatan rendah tidak akan merasa perkara ini... apakata... cukai tu dinaikan... harga barangan keperluan diturunkan... demi menjaga kepentingan rakyat berpendapatan rendah... namun saya hargai usaha kerajaan untuk menjaga kesihatan rakyat... ini hanyalah luahan hati seorang rakyat... bukan memihak kepada mana2 parti politik dan saya langsung tidak berminat dengan mana2 parti politik... tulisan ini bebas daripada mana2 unsur politik... hanya catatan hati seorang rakyat....