Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Wanita diperguna... Lelaki terganggu...

Selasa, Januari 04, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:01 PTG
Semalam aku naik kapal terbang... huh... kali kedua naik dalam hidup... yang kali pertama naik masa kecil lagi... aik... apa kaitannya dengan tajuk...kaitannya... kecantikan wanita diperguna... lelaki mengalami gangguan seksual... mana tidaknya... kecantikan wanita yang sepatutnya hanya diperlihatkan kepada suami... ditunjuk kepada orang ramai... kalau tak pakai kain berbelah...pakai skirt singkat atas lutut... huh... memang mengancam nafsu lelaki... emmm... tak ada ker pramugari dirogol penumpang kerana teransang?..hahaha...

kalau seorang perempuan cantik menutup aurat... minta kerja sebagai pramugari agak2 dapat ker tidak jawatan tu? pramugari2 ni sebenarnya tak rasa diri mereka dipergunakan ker oleh syarikat penerbangan? mungkin tidak kut... kalau tak... tak mungkin dia terima tawaran kerja tu kan? dunia nak kiamat... macam ni la... perempuan rasa bangga bila diperguna...hahahha...

saya cuba bayangkan...kalau pramugari pakai baju kurung... pramugara pakai baju melayu... mesti cantikkan? nampak kesopanan dan keayuan gadis di Malaysia... dapat mempromosikan pakaian kebangsaan kita kepada masyarakat antarabangsa... kalau kita tidak bangga dengan pakaian kita... siapa lagi nak bangga? opss... salah tajuk... nanti saya masuk tajuk ni kalau saya ada masa....

tapi bukan sektor penerbangan sahaja yang mempergunakan wanita... saya rasa hampir semua sektor perkhidmatan pelangggan mempergunakan wanita... tak percaya? cuba lihat perempuan2 yang bekerja bersama pelanggan macam yang jaga kaunter... mesti makeup tebal dan berhias... tadi masa pergi menemankan emak ke hospital pun nampak orang jaga kaunter pakai makeup cantik... kalau lelaki jadi pelanggan... tak berdebar ke lelaki berurusan dengan wanita macam tu? huhu....

kesimpulannya... pada saya... sektor perkhidmatan tidak perlu mempergunakan kecantikan wanita... tetapi keutamaan pelanggan dan layanan terhadap pelanggan yang lebih perlu diutamakan....