Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Aku Benci Bahasa Penjajah!!!

Jumaat, September 03, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:17 PTG
kita dah merdeka 53 tahun... tapi bahasa kita terus tertindas... bukan diangkat naik seperti sebelum dijajah... bila bahasa kita nak jadi bahasa linguafraca seperti sebelum dijajah... kalau orang kita sendiri malu nak guna bahasa sendiri... kalau guna bahasa melayu yang betul dikata terlalu skema...kenapa kita nak malu dengan tamadun kita sendiri.. sepatutnya bila dah lebih separuh abad merdeka ni... tamadun kita semakin meningkat... bahasa kita semakin berkembang...tapi lain pula jadinya...

beberapa tahun dulu... bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di tukar kepada bahasa inggeris (nasib baik la sekarang ni nak balik kepada bahasa melayu semula)...boleh saya tanya ini menguntungkan atau merugikan orang melayu sendiri...kalau yang sudah pandai bahasa ingeris tu... memang la kata bagus... senang nak cari maklumat bila faham bahasa ingeris... tapi fikir la orang yang bahasa inggerisnya setakat boleh cakap yes, no, i, you, one, two, three....macam aku ni... aku memang tak pandai cakap bahasa ingeris.. kalau baca teks bahasa ingeris pun merangkak-rangkak... masa spm... result bahasa ingeris aku lagi rendah daripada EST... sebab EST berdasarkan apa yang aku faham dalam sains... jadi boleh la aku teka menjawabnya... nasib baik zaman aku dulu... belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu... sempat la aku faham asas dia di sekolah menengah dan rendah...boleh la buat bekal untuk aku faham sedikit sedikit matematik dan sains di matrikulasi dan universiti...

kalau subjek dalam bahasa ingeris saja tanpa matematik dan sains tu... memang banyak aku tak faham la daripada faham... kalau masa di universiti... kalau pensyarah bagi nota dalam bahasa melayu tu... betapa bersyukurnya aku... susah betul nak cari nota bahasa melayu sekarang ni...kalau ada nota bahasa melayu tu... mudah la aku faham tak ada la study sambil buka kamus... jimat masa aku...kalau yang bahasa inggeris tu... aku akui... aku kekadang dah malas nak fahamkan...aku hanya hafal jer... tapi hafal ni biasa lekat nak peperiksaan jer... kalau sudah faham... bila-bila pun kita boleh aplikasi....daripada pengalaman aku ni...cuba fikir macam mana budak-budak yang belajar matematik dan sains dalam bahasa ingeris sejak daripada tadika lagi...
bolehkah mereka fahami asasnya... kalau tak faham asas... macam mana nak faham seterusnya??? sedangkan sekolah cina dan india belajar matematik dalam bahasa ibunda mereka? adilkan begitu untuk bangsa melayu???

bila bangsa melayu nak bertamadun... ayuh kita lihat tamadun lama... ada bahasa sendiri... dan ada pusat penterjemahan... "Pusat Penterjemahan" bagi saya sangat penting untuk perkembangan ilmu...Ilmu-ilmu daripada bahasa lain akan diterjemah kepada bahasa tamadun itu... bukankah lebih mudah untuk memahami ilmu itu? jadi kita boleh belajar ilmu itu dalam satu bahasa sahaja... iaitu bahasa ibunda kita sendiri... bukan bahasa penjajah...bahasa kita juga akan terus berkembang... apabila kita bangga dan menggunakan bahasa kita... hasil kajian ditulis dalam bahasa kita sendiri... orang luar akan belajar bahasa kita untuk mendapatkan ilmu yang kita ada...secara tak langsung bahasa kita akan terus berkembang...Cuma mungkin untuk membayar gaji penterjermah itu agak tinggi... tapi... kita sekarang berada di zaman teknologi... mungkin kita boleh bina perisian yang mampu menterjemah dengan baik... hanya sedikit pembetulan diperlukan... daripada kita membazir duit asyik tukar buku teks sekolah sebab tukar bahasa penghantar... saya rasa kos "Pusat Penterjemahan" walaupun tinggi tetapi ia berbaloi untuk perkembangan ilmu dan bahasa dalam masyarakat kita... masyarakat akan lebih mudah memahahi dalam bahasa kita sendiri...

mungkin bila ditanya pelajar universiti sekarang... mereka lebih mahukan bahasa penjajah kerana banyak rujukan dalam bahasa penjajah... tapi kalau ada pusat penterjemahan... segala ini selesai... mungkin anda tak rasa... tapi saya rasa... bagaimana seksanya belajar dalam bahasa yang bercampur aduk... belajar dalam bahasa ingeris pada buku dan untuk lebih memahami belajar dalam bahasa melayu... kena tahu kedua-dua istilah dalam kedua-dua bahasa....memang membebankan... tapi kalau nak baca dalam bahasa ingeris sahaja memang saya tak faham.... sebab saya tak pandai bahasa inggeris...

Cuba tengok pula negara maju.... mereka menggunakan bahasa sendiri... lihat saja jepun, jerman, USA, British... ada mereka guna bahasa asing??? jadi apa salahnya kita pulang kepangkuan bahasa ibunda kita...buat pusat penterjemahan... perkayakan bahasa melayu... jadikan bahasa itu bahasa linguafraca seperti mana sebelum penjajahan... jangan biarkan diri kita terus perpengaruh dengan penjajah...

Aduhai... ni la melayu.... macam aku ni...sikit-sikit salahkan orang lain... salahkan sistem...patutnya aku salahkan diri sendiri la kenapa tak belajar bahasa penjajah tu elok-elok... lagi banyak bahasa yang kita tahu... lagi bagus... bahasa tu juga kan ilmu...jadi pesan kat diri aku sendiri...kalau tak suka sesuatu... perbetulkan apa yang mampu aku perbetulkan... perbetulkan diri sendiri dulu... jangan duk sibuk nak salahkan orang... salahkan keadaan...kerana... kalau diri sendiri tu dah betul... keadaan tak akan mampu ubah atau susahkan kita... kerana kita mampu mengubah yang negatif menjadi positif... ayuh berubah... (Selamat Hari Merdeka Yang ke 53, Merdekakan pemikiran kita, kerana tiada guna fizikal yang merdeka kalau mental masih dijajah)
Komen: