Jangan Benarkan Lelaki Masuk Rumah
Jumaat, September 17, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:16 PG
Kisah zaman dulu kala... zaman Rasulullah masih ada... aku tak ingat detail pasal kisah tu... aku cerita yang aku ingat jer lah... kisah wanita pertama yang akan masuk syurga... Lebih awal dari Fatimah puteri kesayangan Rasullullah lagi....
Kisah seorang isteri yang begitu baik... fatimah yang datang ke rumahnya pun tidak dibenarkan masuk... padahal fatimah tu perempuan... dia minta izin suami dia dulu... keesokan fatimah bawa anak lelakinya... cucu Rasulullah.... juga tidak dibenarkan masuk kerana dia minta kebenaran dengan suaminya...hanya untuk fatimah... bukan bersama anak lelakinya...
Apabila tiba waktu suaminya pulang... dia sediakan air dan rotan untuk suaminya... dan menunggu suaminya pulang... bila suaminya pulang memberikan air dan rotan itu... supaya bila dia buat salah... suaminya boleh terus merotannya... Bila aku jadi isteri nanti... bolehkah aku jadi isteri macam dia? rasa macam tak mampu jer...huhu...
Apa yang mahu dikaitkan kes diatas dengan kisah tadi... ialah tentang membenarkan orang lain masuk dalam rumah... bukan nak memburukkan sesiapa... cuma nak ambil pengajaran buat kita semua... mungkin ustazah tu juga telah meminta kebenaran suaminya sebelum membenarkan lelaki itu masuk... dengan niat nak menolong... tapi malang tak berbau...
Jadi pengajaran buat kita semua... biar apa pun alasan... jangan benarkan sesiapa pun masuk rumah... kalau dia nak masuk rumah juga... suruh la dia ajak jiran lain ramai2 temankan...sebagai langkah keselamatan... kalau dah ramai... dia pun tak berani nak buat apa2 kat kita...betul tak?