Akibat Kenaikan Harga
Jumaat, Disember 27, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:46 PTG
Dari komen yang saya dapat lihat... ada meminta untuk melihat situasi kenaikan harga ini dengan pandangan yang positif... yer kita boleh tengok secara positif... bagi yang berpendapatan sederhana ataupun tinggi... benar pandangan anda... kita boleh tangani masalah ini dengan bekerja dengan lebih keras untuk menambah pendapatan sampingan... segalanya di tangan kita... tapi pernahkah kita melihat pada rakyat malaysia yang mempunyai pendapatan yang rendah... di bawah taarif kemiskinan... pendapat bawah RM900... mungkin ada yang berkata ada orang berpendapat 200 pun boleh hidup... anda pernah rasa macam mana hidup dengan bajet 200 sebulan?
Jangan pernah bercakap kalau anda tak pernah rasai... kepada yang berada di atas sana... cuba rasa apa yang dibawah rasakan... saya bercakap berdasarkan pengalaman saya... saya pernah berbajet 200 sebulan untuk hidup seorang 5 tahun lepas... semasa saya masih bergelar seorang pelajar.... hanya bersarapan biskut tawar... lunch dengan roti 50 sen (saya rasa zaman sekarang dah tak ada roti 50 sen)... dan makan malam dengan nasi bersama telur berkongsi dengan roomate ... dapat la harga RM1... air yang saya minum hanyalah air percuma dari watercooler...saya bermotor ke kelas dengan perjalanan pergi balik 3km sehari ataupun hanya sekadar berjalan kaki... boleh pak-pak menteri atau lebih mudah golongan pertengahan cuba hidup macam saya?
Itu saya seorang pelajar yang tidak mempunyai tanggungan... bagaimana pula kehidupan seorang bapa yang mencari rezeki untuk keluarga... bukan seorang diri... tapi beberapa orang insan... mohon golongan tengah dan atasan cuba selami hidup mereka? adakah mereka malas bekerja? Mereka sanggup bekerja dari pagi sampai malam hanya mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka. Kadang-kadang sehingga masa dan kasih saya untuk keluarga mereka... Mohon jangan terlalu mendongak ke langit tinggi... sungguh masih ramai lagi rakyat malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM900... saya sendiri terfikir... macam mana mereka nak menghadapi perkara ini... kata bijak agama senang... Allah akan cukupkan ... berserah pada Allah... tapi mana usaha kita?
Kepada golongan atasan dan pertengahan... kalau anda makan maggi... entah2 anda akan makan maggi kari big punya ... (saya bukan nak iklan maggi)... tapi tahukah anda... ada yang kurang bernasib baik... makan maggi yang dikira makanan paling murah pun tak mampu... satu mangkuk maggi dikongsi beberapa orang hanya untuk mengalas perut sahaja... (saya tak pernah alami... tapi ini kisah pelajar saya...)... macam mana mereka nak belajar dengan keadaan yang baik... apatah lagi selepas kenaikan kos hidup ini.... cuba fikir-fikirkan....
Oklah... bak kata golongan pertengahan ni... positifkan minda... saya cuba positifkan minda sambil melihat golongan atasan dan golongan bawahan... kemungkinan kenaikan harga barangan ini mampu menyatukan mereka... kenapa saya kata begitu? kerana kenaikan harga barang ni mungkin memberi peluang kepada golongan atasan untuk lebih banyak menderma kepada golongan bawahan... eh... nanti terbudaya pula budaya minta sedekah dan mengharap bantuan... tapi bukankah islam mengajar kita... yang mempunyai pendapatan tinggi hendaklah berzakat dan bersedekah membantu yang kurang mampu... kitakan hidup bersaudara sebagai rakyat malaysia yang hidup aman makmur berbilang bangsa... jom golongan atasan dan pertengahan... ayuh kita menderman membantu golongan bawahan...
tapi macam mana kalau mereka tak nak saling membantu... apa akan jadi... apa akibatnya pada golongan bawahan ini dikala hidup mereka semakin didesak... manusia mungkin hilang pertimbangan dan kewarasan apatah lagi jika tidak mempunyai pegangan agama yang kuat... manusia yang baik pun boleh berubah menjadi penjenayah apabila sudah terlalu terdesak...desakan kenaikan harga barangan ini mungkin menyebabkan kes jenayah semakin bertambah... golongan atasan dan pertengahan juga yang akan diancam bahaya akibat daripada kenaikan harga ini... kepada golongan atasan dan pertengahan ... bersediakah anda untuk mati dibunuh dan dirompak??? Malaysia tidak lagi aman... andai rakyat marhean hidup tertekan...