Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Villa Nabila Atau Flat GF

Rabu, November 20, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:52 PTG
hmmm... saya agak pelik dengan masyarakat kita hari ini... bila timbul isu remaja hilang di Villa Nabila kononya diculik makhluk halus... semua sibuk bercerita... semua orang nak ambil tahu... Siap polis datang cari... semua kisah hantu muncul kembali...

Tetapi apabila timbul yang remaja itu sebenarnya tidur di flat girlfriendnya... semua sudah tidak pedulikannya lagi... sebenarnya mana yang lebih menakutkan antara remaja diculik hantu atau remaja kita rosak akhlaknya? itulah persoalan yang timbul di benak saya... semua orang sudah tidak ambil kisah... lantaklah kau nak jadi apa... seolah pergaulan bebas tu perkara biasa... BIASA KER BF TIDUR RUMAH GF??? Kalau remaja tu bukan remaja ISLAM saya tak hairan...

Mana pihak berkuasa? Mana pihak jabatan agama? Atau ini hanya kes yang boleh dianggap remeh oleh semua pihak? Fikirlah demi masa depan Malaysia dan Islam... mana yang sebenarnya lebih perlu kita risaukan,...

Perjalanan Mencari Cinta

Selasa, September 24, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:26 PTG
Dalam perjalanan mencari cinta... kekadang manusia lupa dan alpa....
Kadang-kadang kita ni sibuk mencari cinta manusia sehingga lupa akan cinta Maha Pencipta
Sebenarnya... kalau kita fikir jauh2  dari kita sibuk mencari jodoh ...
Lebih baik saya kembali mencari cinta sempurna... cinta yang kekal abadi...
Jodoh untuk kita ni belum tentu lagi ada di dunia ni... mungkin kita akan menemuinya di syurga nanti...
Tu pun kalau kita masuk syurga...  kalau masuk neraka tak merasa la kita...

Bertitik tolak dari itu lebih baik kita fokuskan pada mencari cinta Allah...
Cinta itu pasti akan kita dapat andai kita mengejarnya... bukan saja dapat cinta Allah...
Tapi dapat jumpa jodoh kita di syurga nanti kalau kita ditakdirkan tiada jodoh di dunia...
Yang penting cinta itu mampu membawa bahagia kepada kita dunia dan akhirat...

Saya mahu cari cinta Allah... sebab saya percaya... bila kita sibuk cari cinta Allah...
Allah akan hadirkan teman untuk membimbing saya mencari cintaNya andai ada jodoh saya di dunia ini...
Pulang ke pangkal cinta untuk mencari cinta yang Maha Agung...
Cinta tulus yang langsung tidak akan menyakitkan hati... malah menenangkan hati...
Cinta yang pasti ada untuk saya andai saya mengejarnya....

Moga nanti hati saya tak lagi sunyi sendiri...
Kerana ia terisi dengan cinta hakiki...

Salahkah Aku Untuk Setia

Isnin, September 23, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:26 PTG
Salahkah aku untuk setia
Dengan cinta yang tak kunjung tiba
Dengan kasih yang tak tahu dimana
Dengan dia pemilik tulang rusukku

Salahkah aku untuk setia
Menanti hadirnya dia
Dalam hidup yang kian sunyi
Menanti masanya tiba
Dalam menghintung baki masa

Salahkah aku untuk setia
Tapi sampai bila mampu ku setia
Tapi sampai bila mampu ku bertahan
Kian hari kian goyah
Kian hari kian bosan
Menanti yang tak kunjung tiba

Makan Gaji @ Kerja Sendiri?

Ahad, Jun 30, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:05 PTG
Saya ni makan gaji... tiap-tiap bulan cucuk kad pada dinding pasti keluar duitnya... tetapi kekadang kerja banyak sampai hampir tak terbuat... letih tak termampu rasanya...di pejabat dari 8-5 tanpa rehat tengah hari... naik solat jer sekejap... lepas tu hujung minggu pun duduk office..... kadang-kadang tak ada kerja sangat.... masa tak ada kerja ni la rasa nak mengular saja... masuk office jam lapan... jam 11 dah naik atas tidur dan solat sampai pukul 3.... jam 5 balik... macam mana rezeki nak berkat... adeh... tapi duduk ofis tak ada kerja nak buat pun bosan juga.... kalau gaji ikut masa kita kerja kan best... tak ada lah rasa bersalah makan gaji haram.... sebab gaji tetap akan dibayar walaupun waktu kerja kita mengular... kalau kita dapat punch kad ikut waktu bebas yg kita kerja dan gaji dibayar ikut jam kita bekerja kan best... tak ada la kita termakan duit haram kecuali kita menipu... hanya ada 1 cara kita nak pastikan gaji kita halal.... kita catatkan masa kita ponteng kerja... dan kita gantikan di waktu lain... pastikan kita tidak berhutang waktu kerja... insyaAllah rezeki yang kita dapat setiap bulan tu halal dan berkat....

Terfikir best juga kalau dapat kerja kais pagi makan pagi...kita ni manusia... ada mood nak kerja ker malas...kalau kerja sendiri...ikut kerajinan kita la... boleh adjust sendiri... ikut suka kita.... jadi nelayan ker... pekebun ker... peniaga ker....rasa rajin kita kerja lebih... rasa malas... kita rehat jer... gaji kompom halal sebab atas usaha kita...bebas... tak perlu fikir banyak... tak terbeban dengan tugas yang terpaksa dipikul... cuma tak boleh hidup mewah jer la... mewah ker saya sekarang? (tak ada la mewah... cuma tak ada masalah kewangan dan tak perlu fikir pasal wang.... )

Bahagia ker ada banyak duit tapi terpenjara dalam tugas? Kebebasan adalah sesuatu yang berharga yang lebih bernilai dari wang ringgit... tak boleh dibeli... tapi kalau kais pagi makan pagi ni satu jer masalah... terhimpit dari segi kewangan.... susah nak rancang pelan kewangan... tak suka juga kalau hari-hari terpaksa fikir pasal duit... kalau semua benda tak suka... tak payah hidup la... hidup bukan untuk suka-suka tapi untuk diuji...

Saya ada baca 1 cerita... ada orang kaya ni... dia kerja kuat... sehingga kadang2 tiada masa dengan keluarga... dia berbual dengan seorang nelayan yang kais pagi makan pagi ni... nelayan tu tanya... apa yang awak cari sebenarnya dalam hidup ni.... si kaya kata dia nak bagi kebahagiaan kepada keluarga dia... si nelayan kata... macam mana si kaya nak bagi kebahagiaan kepada keluarganya sedangkan masa pun dia tak mampu luangkan untuk keluarga dia... dia hanya mampu bagi material  tapi tak mampu bagi kasih sayang dan perhatian.... sedangkan si nelayan mampu meluangkan masa memberi perhatian dan kasih sayang kepada keluarganya sehingga dapat membahagiakan keluarganya walaupun sekadar mampu memberikan sedikit material kepada keluarganya... agak2 keluarga siapa yang lebih bahagia... saya tinggalkan disini untuk anda fikirkan sendiri....




Racist

Khamis, Mei 09, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:38 PG

Bila orang sibuk bicara pasal racist ni... saya pun nak  cakap pasal racist juga... ikut perkembangan semasa la nak dikatakan... dibesarkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya... ini saya luahkan pandangan saya sebagai orang Melayu disini...

Sebelum itu... saya ceritakan dulu sejarah saya... Saya dibesarkan dalam keluarga melayu... ada sorang sepupu kawin dengan cina... masa tadika saya tak ada kawan lain bangsa sebab saya belajar di tadika islam... Tapi sejak darjah 1 hinggalah berkerja saya telah bercampur dan berkawan dengan pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk malaysia....opps... lupa... saya asal dari kelantan yang majoritinya adalah melayu...

Hari tu masa anak kepada sepupu saya yang maknya cina tu  kawin... ramai sanak saudaranya datang melawat sambil menolong memandangkan kerja kenduri ni 'bekwoh' (big work)... tiada masalah kami bersama di dapur memasak... bersama di ruang tamu berbual meraikan pengantin...yup tiada racist disini walaupun kami berlainan agama dan  bangsa...sekarang anak sepupu saya tengah tunggu hari jer untuk melahirkan anaknya yang sulung...

Masa zaman sekolah mungkin saya kurang rapat dengan bangsa lain kerana mereka terlalu sedikit... sebab saya kan berasal dari kelantan...saya cuma bertegur sapa sahaja... ohh.. teringat masa darjah 3... rakan sekelas yang berbangsa cina taja Aiskrim untuk 1 kelas pada jamuan akhir tahun... best....masa di matrikulasi dan PLKN pun saya juga tidak terlalu rapat dengan bangsa cina sebab mereka tak ramai hanya mungkin 10% sahaja...

Saya mula rapat dengan bangsa cina ni masa saya belajar di universiti... maklumlah kerja kumpulan kena buat berbilang agama, bangsa dan jantina... itu syarat dari pensyarah untuk menyatukan kami anak Malaysia... saya sangat suka berkerja dengan bangsa cina ni berbanding dengan bangsa melayu itu sendiri... ini semua masalah sikap... nama jer Melayu dan Islam tapi tak bertanggungjawab dan tidak menepati masa.... orang melayu jangan marah.. ini realiti... kita sendiri yang kena ubah....

Realiti yang sebenar kenapa sampai sekarang melayu masih dibawah.... melayu perlu akui... ini semua salah kita bukan salah orang lain... cuba lihat... berapa ramai orang kita jadi sampah masyarakat... ini salah kita bukan salah orang lain... kita yang menentukan hidup kita... kita kena usaha... kita ada Allah untuk berdoa... kerana doa itu senjata muslim... solat dan aurat sendiri pun tak terjaga macam mana nak jaga agama kononnya...

cuba kita periksa diri kita sendiri... kenapa kita hanya disini... cuma tengok kerjasama dikalangan orang melayu,.. benda kecil pun boleh gaduh besar... cuba tengok dengan janji melayu... saya hairan macam mana orang melayu boleh bangga dengan janji melayu yang langsung tak beretika kerana tidak menepati masa... cuba tengok amanah yang diberikan... adakah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan baik... kita nilai sendiri kenapa kita terus ditindas di negara sendiri... kerana kita yang menindas diri kita sendiri... selesa berada di zon selesa...

saya nak kongsi pengalaman saya semasa belajar... kenapa orang cina ni boleh berjaya... sebab mereka ada sifat kerjasama... diorang bersatu... diorang akan tolong kawan dan junior diorang yang lemah... diorang sangat rajin...kerja dengan sangat bersungguh-sungguh kalau buat projek berkumpulan dengan diorang tak perlu lah risau kerana mereka akan memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk menyiapkan projek tersebut... kalau buat mesyuarat memang datang tepat pada masanya.... bukankah ini semua nilai yang diajar oleh islam... kenapa kita melayu yang beragama islam tak mengamalkannya... lepas tu salahkan cina bila mereka berjaya...

bila saya kerja sebagai seorang pendidik... saya mendidik pelajar dari pelbagai bangsa dan agama sebab saya mendidik anak bangsa di seberang laut...saya dapat lihat dengan jelas sikap pelajar islam sangat berbeza dengan pelajar bukan islam... pelajar bukan islam sangat rajin berusaha... mereka nak keputusan yang cemerlang... tapi malangnya  pelajar islam hanya target nak lulus saja... mereka bukan lemah... tapi mungkin kurang motivasi... dan pendedahan tentang kepentingan ilmu

saya masa kecil sebenarnya agak racist... kenapa cina nak rampas hak orang melayu... kenapa melayu gagal ditanah sendiri dan ditindas orang cina... hanya menjadi pekerja bawahan... tapi bila dah belajar tinggi... bergaul lebih rapat dengan mereka... saya tahu... mereka berjaya kerana sikap mereka... kita gagal kerana kita gagal mengubah sikap kita... sampai bila kita nak terus begini?

mereka bukan musuh kita... salah satu ayat dalam al-Quran... kita diciptakan dari perbagai bangsa untuk saling mengenali... bukan untuk saling bermusuhan... mungkin kebanyakkan dari kita yang berbangsa melayu ini beragama islam... dan mungkin kebanyakan dari mereka  itu beragama lain...  bergaul dengan mereka dengan sikap yang baik mungkin itu adalah salah satu jalan dakwah bagi kita untuk mendekatkan mereka dengan agama fitrah ini...

tolak titik perbezaan carilah titik persamaan... bukan bermaksud kita menerima agama mereka... tapi kita terima mereka sebagai sama-sama rakyat Malaysia yang sangat dicintai ini... Keamanan untuk Malaysia... Kami sayang Malaysia...