Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



BerFikirLah...

Sabtu, Oktober 24, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:31 PTG
andai kita mahu berfikir...
fikirlah sesuatu yang bermanfaat...
jgn fikir tentang dia...
tiada apa2 kebaikan...
malah boleh mendatangkan keburukan...

fikirlah dgn kritis dan kreatif...
untuk jd jurutera yg terbaik...
fikirlah dgn positif...
utk kita sentiasa bahagia...
fikirlah tentang mati...
supaya membuatkan kita insaf...
fikirlah tentang kebaikan orang lain...
agar kita mahu berubah menjadi lebih baik...
fikirlah tentang kelebihan yang kita ada...
menjadikan kita insan yang bersyukur...
fikirkan tentang kehebatan alam...
pasti membuatkan kita mengagungkan Penciptanya...

fikirlah apa yg nak difikir...
pandulah fikiran berlandas iman...
jangan fikir berlandas nafsu...
moga apa yang difikirkan...
membawa kita ke syurga..
bukan mengheret kita ke neraka...
berfikirlah...

Dalam Mencari Pemilik Tulang Rusuk

Rabu, Oktober 21, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:14 PG
Andai mencari pemilik tulang ini sesenang mencari ikan dipasar...
Huhh...alangkah senangnyer...
Tapi apa yang dicari bukanlah kerang dipantai...
Yang mungkin melukakan kita dalam proses mencari...
Kerana takutkan risiko.. apa kata kita hanya menjadi mutiara di laut dalam...
Menunggu dan terus menunggu sehingga ada yang sudi...

Seperti apa yang sy postkan sebelum ni...
Bukan mudah juga untuk kita menjadi mutiara didalam kerang...
Ini bukan zaman dulu kala... ni zaman pergaulan tanpa sempadan...
Nanti kita juga yg terus terkurung didalam kerang itu...
Kerana tiada yang sudi mendapatkan yg susah...
Kita sudah sedia maklum...manusia semakin malas...hehe..
Kekadang kita mahu cuba berusaha mencari... tapi takut tersilap langkah..
Nanti dosa yg membakar diri... hati kian meronta...
Tika melihat org lain punya pasangan...
Rasa diri ini juga mahukan peneman...
Namun diri ini masih punya kekurangan...
Keluarga sendiri belum diberi perhatian sepenuhnya...

Rahsia tuhan mahu dirungkai...
Dalam diri ini rasa ingin tahu membuak-buak...
Ingin tahu siapakah pemilik tulang rusuk ini...
Dimana, bila dan bagaimana cara akan ku temuinya...
Sudahkah aku temuinya didunia ini...
Walaupun nafsu meminta untuk mencari...
Tp nafsu dicipta untuk dikawal bukan dituruti...
Andai dapat memandu nafsu ke jalan yg benar... hati pasti tenang..
Jadi jalan selamat ialah terus menunggu... lgpun kitakan perempuan...

Yakin akan jodoh yg ditetapkan Allah...
Terus menjaga batas pergaulan... Jangan biar diri dicalit dosa..
Jangan biar mutiara dicuri dan disentuh yg tidak berhak...

"Biarlah pemilik tulang rusuk ini mendapat yang First Hand"

"Aku x akan memberikan hatiku kepada org yg belum aku miliki dan aku x nak org yang belum memilikku memberikan hatinya kepada ku"

Kerana aku takut untuk dikecewakan dan mengecewakan...
Tapi mampukah aku untuk terus menunggu...
Sehingga sampai jodohku yg entah bila...
Ya Allah...kuatkan aku dalam menunggu ketentuan Mu...

Sementara aku sebagai mutiara yg masih dalam kerang..
Masih tersorok di dasar laut dalam...
Biarlah aku cuba memperbaiki diri...
Dalam mencari redhaNya sebelum mendapat tanggungjawab yg lebih besar...
Tanggungjawab sebagai peneman hidupmu...
Jadi aku perlu lengkapkan diri aku dulu...
Penuhkan ilmu didada...
Capai impian yg mahu aku gapai...
Kerana impian adalah perkara yg paling penting dalam hidupku...
Biarlah aku jadi mutiara yang semakin hari semakin mahal nilainya...
Bukan di mata manusia... tetapi di mata pencipta ku...

Kerana aku mahu bahagia...
Bahagia sentiasa x kira bila dan dimana...
Hanya dengan memiliki cintaNya...
Pasti aku akan terus bahagia tanpa perlunya kehadiran mu disisi..
Kerana aku tahu..aku punya cinta yg paling hakiki...
Kerana cinta itu paling penting dalam hidup ini..
Membuatkan aku bahagia dan terus bahagia...
Dalam menghadapi hidup yg penuh liku ini...
Kerana aku tahu... cintaku akan tetap bersama ku dan membantu ku...
Biar aku terpaksa bermadu cinta...hehe..
asalkan aku dapat Cinta Sempurna...

kalau dulu...
aku mengharap dapat mengenalimu...
sebelum aku menjadi milikmu...
tp sekarang..
aku sedang mengejar cinta sempurna itu...
jadi aku sudah tidak kisah tentang kamu...
cuma aku mengharapkan pekenalan yg halal disisi Allah..
alangkah indahnya pekenalan ini...
andai dimulakan dengan risikan pada keluarga ku...
barulah kamu dikatakan romantis dan gentleman...
bukan dengan kata-kata manis di bibir sahaja..
perbuatan mu itu akan membuktikan kesungguhan mu...
andai kamu memilihku sebagai teman hidup mu...
seperti kamu membuka kerang untuk mendapatkan mutiara...
kerang adalah keluarga ku...mutiara adalah aku...
kerana keluargaku yg menjaga dan membesarkan aku...
andai mendapat lampu hijau...
jawablah kuiz dan temuduga dengan ku...
untuk mengetahui keserasian kita...
andai serasi...hantarlah rombongan meminang..
kita bertunang sementara menyiapkan diri
untuk mendirikan mahligai impian...
langkah akhir...kita bersatu dan bercouple...hahahha
couple sampai syurga....huhu...

Sebagai mutiara...yg kuat.. yg punya pegangan yg kukuh...
Biarlah aku tersimpan dan x terlihat sesiapa..
Melainkan pemilik tulang rusuk ini...
Biarlah dirinya dan Allah yg mengenali sepenuhnya diri ini...
Kerna aku yakin pasti dia yg terbaik diciptakan untukku...
Akanku terus menunggu kehadiranmu...
Biarpun sampai akhirat...
Andai jodoh kita bukan di dunia ini...

p/s : Mampukah aku mendapat cinta itu??? dan mampukah aku sekadar terus menunggu???

Biar Orang Kata Asal Kita Jadi

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:28 PG
Biar miskin harta
Asal kaya ilmu
Biar lemah tubuh
Asal kuat pegangan
Biar hodoh rupa
Asal cantik akhlak
Biar sakit badan
Asal sihat hati
Biar sengsara di dunia
Asal bahagia di akhirat

p/s: Biar apa saje org nak nak kata kat kita... asal kita jadi yg terbaik untuk diri kita...

Tambahan...hehe

Biar nampak serabai
Asal hidup terancang
Biar tiada musuh
Asal ramai kawan
Biar diri susah
Asal orang senang
Biar orang jahat
Asal kita baik ---> betul ker mentaliti macam ni???
Biar kurang maksiat
Asal lebih amal
Biar sedikit dosa
Asal banyak pahala
Biar diri dipijak
Asal Islam dijulang

p/s : bukan ker kita spatutnya saling menegur untuk semua org jd baik... bukan kita jer yg perlu jadi baik... org lain x per jahat... kerana kalau Allah turunkan bala... bukan sajer pada yang jahat tp yg baik juga terkena... kerana kita hidup dalam masyarakat yg perlu saling 'Amal Maaruf Nahi Mungkar'... macam la diri ni baik sgt...hehe

Mengapai angan2

Jumaat, Oktober 16, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:05 PTG
sudah lama sy x postkn apa2 kat sini...
masa memang x mengizinkan...
kesibukkan pada tahun akhir ni... memang terasa...
walaupun kadang2 masa dibazirkan dengan sia-sia...heheh
ingin sy coret kan di sini...sebuah puisi yg sy buat masa LI...
Tp x sempat nak post kan...hahah

Hidup perlu ada perjuangan
Perjuangan demi mencapai matlamat
Matlamat bagi memburu cita-cita
Cita-cita bermula dengan angan-angan
Angan-angan untuk merealisasikan impian
Impian tak akan cuma tinggal mimpi
Mimpi yang hanya fantasi
Fantasi akanku jadikan sebuah realiti
Realiti yang tersemat dalam kehidupan

sajak ni x bertajuk lagi...
ada penerangan...tp x sempat sy nak siapkan lagi...huhu...
sekarang sy dalam langkah pertama untuk mencapai angan2 sy..
iaitu menjadi doraemon...
nak tau kenapa??
sbb sy skrg tengah wat tesis untuk membangunkan sebuah kenderaan automatik...
yg bakal membawa robot dalam ladang...huhu...

Mungkin bg orang lain...
untuk menjadi doraemon dan mempunyai poket doraemon tu adalah mustahil..
bg saya, tiada yg mustahil dlm dunia ni...
kita manusia diberi akal fikiran...
kita jadikan otak kita sebagai poket doraemon...
kerana dr nya kita mampu untuk mengeluarkan idea untuk mereka cipta sesuatu untuk masa depan...
tapi untuk itu.. kita hendaklah belajar betul2....
biar la ilmu itu jadi pelita hidup ini...
penuhkan otak dgn ilmu...bukan perkara yg mengarut..
gunalah ilmu untuk manfaat manusia...
bukan untuk merosakkan ciptaanNya...
kerana itu ilmu diakal perlu dipandu dengan iman dihati...
lakukan segalanya kerana sebuah cinta yang suci...
Iantu cinta pada Maha Pencipta...(huhh...jiwang la plak)