Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Mengapai angan2

Jumaat, Oktober 16, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:05 PTG
sudah lama sy x postkn apa2 kat sini...
masa memang x mengizinkan...
kesibukkan pada tahun akhir ni... memang terasa...
walaupun kadang2 masa dibazirkan dengan sia-sia...heheh
ingin sy coret kan di sini...sebuah puisi yg sy buat masa LI...
Tp x sempat nak post kan...hahah

Hidup perlu ada perjuangan
Perjuangan demi mencapai matlamat
Matlamat bagi memburu cita-cita
Cita-cita bermula dengan angan-angan
Angan-angan untuk merealisasikan impian
Impian tak akan cuma tinggal mimpi
Mimpi yang hanya fantasi
Fantasi akanku jadikan sebuah realiti
Realiti yang tersemat dalam kehidupan

sajak ni x bertajuk lagi...
ada penerangan...tp x sempat sy nak siapkan lagi...huhu...
sekarang sy dalam langkah pertama untuk mencapai angan2 sy..
iaitu menjadi doraemon...
nak tau kenapa??
sbb sy skrg tengah wat tesis untuk membangunkan sebuah kenderaan automatik...
yg bakal membawa robot dalam ladang...huhu...

Mungkin bg orang lain...
untuk menjadi doraemon dan mempunyai poket doraemon tu adalah mustahil..
bg saya, tiada yg mustahil dlm dunia ni...
kita manusia diberi akal fikiran...
kita jadikan otak kita sebagai poket doraemon...
kerana dr nya kita mampu untuk mengeluarkan idea untuk mereka cipta sesuatu untuk masa depan...
tapi untuk itu.. kita hendaklah belajar betul2....
biar la ilmu itu jadi pelita hidup ini...
penuhkan otak dgn ilmu...bukan perkara yg mengarut..
gunalah ilmu untuk manfaat manusia...
bukan untuk merosakkan ciptaanNya...
kerana itu ilmu diakal perlu dipandu dengan iman dihati...
lakukan segalanya kerana sebuah cinta yang suci...
Iantu cinta pada Maha Pencipta...(huhh...jiwang la plak)