Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Si Dia

Selasa, Jun 23, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:30 PG
“Sape ek si dia tu?” aku berfikir sendirian.
“Aik..Yee..baru balik sini, dah nak jadi giler kerr ??? Cakap sorang2 depan buku.” Usik roomateku, Amar.
“Mana ada giler Mar, tengah hafal benda la ni...budak medik kan kena banyak menghafal.” Aku cuba menyelindungkan perkara sebenar.
“Ok la..ape2 je la ko tu..aku nak kuar dating jap ni…jangan jeles..hehe..bye..”
Huhh..nasib baik kau pergi. Kacau daun jer. Aku nak sambung berangan pun lagi tenang bila kau tak de. Aku nampak si dia masa aku tengah tunggu bas nak balik sini semalam. Dia tengok aku macam aku buat salah kat dia jer. Aku kenal pun tak, ni plak nak wat salah kat dia. Tapi aku tengok muka dia semalam macam familiar jer. Aku pernah jumpa dia ker sebelum ni ek??? Yes... aku ingat pun. Dia budak kelas aku masa PLKN dulu. Kelas kenegaraan cikgu Kamal. Hehehe...aku dapat ingat balik cinta pertama dan terakhir aku tu..hahahaaa...
Masa tu semua kawan aku dah couple. Aku je yg single lg. Aku nak cari sorang yang boleh jadi suri hatiku ni. Jiwang plak. Aku tenampak si dia. Nampak cam baik jer. Comel lak tu. Terus hatiku terpikat. Tp aku ni penakut. Takut kena reject. Hahaha... Dia pun nampak macam sombong jer. Jadi, aku baik aku tgk dari jauh jer...
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yg berputik
Tersembunyi di dalam hati...
Cheeewah... nasyid plak aku...Daripada aku duk pikir fasal cinta aku yg entah ke mana tu. Baik aku study.

................................................................................................................................................

“Aku tengok ko ni Mar, sejak kebelakangan ni..tersenyum, tersengih tak henti2 ..nape ek?” Soalku pelik pada Amar.
“Kalu ko nak tahu, ni la orang panggil penangan cinta. Tu lah ko, aku suh cari awek tak nak. Asyik couple ngan buku jer. Mana la tak pressure. Hidup ni kena ada hiburan. Nak cakap tak de pompuan yang minat ko. Ramai jer yg minat. Pompuan mana tak minat bakal doktor la nak dikatakan” Gomel si Amar.
“Kan aku dah terangkan kat ko dulu, aku tak suka pompuan murahan ni. Apa tak nyer tawarkan diri untuk lelaki. Tak best la camtu. Aku nak yang jual mahal. Baru mencabar. Aku nak yang lain dari yang lain. Ada class gitu. Hahahaa.”
“Ko tu Yee memang memilih sangat. Mentang2 la orang banyak peminat, hensem lak tu, boleh la pilih yang mana berkenan di hati. Ehh.. ko tak pernah ker jatuh cinta Yee. Banyak pompuan yang ko tengok, tak kan tak de kot?”
“Kalu aku citer mesti ko tak cayer. Kisah cinta awal dan akhir aku. Hehee”
“Citer la, aku kompem cayer punyer la..”
“Gini citer nyer aku pernah minat ngan si dia ni. Masa kat PLKN dulu, tapi aku tengok dari jauh jer la. Aku tak berani nak dekat ngan dia. Sebab dia bukan nyer kawan sangat ngan laki ni. Setiap kali kelas ngan dia aku selalu curi tengok dia. Bila dia tengok aku. Aku buat2 tengok bawah. Biar nampak macam budak baik la konon. Hehee. Last skali aku tau pasal dia pun dia masuk matriks penang. Haaa…dah habis kisah cinta aku tu. Ape lagi yang ko nak tau ? ”
“Name si dia tu pun ko tak tau ker? Lepas habis PLKN tu ko tak pernah jumpa dia ker?
Ko tak pernah cari dia ker lepas tu?”
“Banyak betul soklan ko Mar. Ok lah name dia Yusma. Aku pernah gak try tanyer kawan aku kat matrik penang. Tapi tak der sorang pun kenal dia. Pasal jumpa plak. Aku tak pernah jumpa dia pastu. Tapi yang menariknyer aku baru jer nampak dia kat stesen bas masa nak balik sini. Hehee..gembiranyer hatiku”
“Ko tegur dia tak? Melepaskan rindu di hati ko”
“Mana ada, aku ni kenal dia pun tak. Lepas aku sampai sini baru aku ingat kat dia”
“Apa lah ko ni, tak kenal plak. Padan la sehari dua ni aku tengok ko macam angau jer. Tak der ker pompuan lain yang boleh mengantikan si dia di hati ko? Apa istimewa nyer dia di hati kau ek??”
“Bagi aku, dia sangat istemewa. Dia lain dari yang lain. Dia comel, dan ada tarikan tersendiri la. Dia tak bergaul sangat ngan lelaki ni. Pandai dia jaga batas pergaulannyer. Bukan macam pompuan lain. Mengayat skit dah cair. Bagi jer apa yang kiter nak. Tak der maruah langsung.”
“Sedapnyer ko kutuk pompuan ek. Takpe la, aku doakan ko jumpa si dia tu suatu hari nanti”Amar mengakhiri perbualan kami.
.....................................................................................

“Wah.. cantik gak kampus UKM bangi ni. Tenang dari kesibukan kota, tak macam kampus kesihatan aku tu. Lagi pun kolej ko yang tersorok ni cam rapat jer ngan alam semula jadi. Ni baru kali ke berapa jer aku datang sini walaupun dah fourth year. Tu pun sebab ada urusan. Kalu tak takder nyer aku nak buang masa kat sini”
“Ko ni nak puji ker perli? Tau la kolej aku ni kat hutan. Tapi tak per. Yang penting kolej aku dekat ngan fak aku. Bangun lewat pun sempat gi kelas. Amacam ko sekarang..lama tak dengar khabar... dah berpunyer ker blum?” Hafiz ex-roomate matriks ku membalas.
“Aik..ke situ plak ko ni..Ko cari la kat aku satu..ko ambik course ape ek kat sini?”
“Aku ambik kejut meky. Ko nak yang macam mana? Describe skit kat aku ni. Senang la aku nak kenalkan kat ko.”
“Kalu aku kata, aku nak budak course ko macam mana? Ganas skit. Tapi mesti tak der nyer yang pompuan. Kalu ada pun mesti bukan taste aku.”
“Pompuan melayu ada 5 orang semuanyer. 2 comfirm dah ada pakwe. 3 lagi aku tak tau dah berpunyer ker blum. Ko tak bagi tau, camne aku nak bagi pompuan yang ko punyer taste.”
“Aku comfirm tak der nyer yang taste aku. Kalu ko nak tau, aku minat ngan pompuan yang suka pakai baju kurung. Nampak ayu gitu. Cam gadis melayu. Tu baru 1. Entah lepas, entah tak 3 pompuan tu.”
“Ko jangan main2. 2 orang memenuhi syarat ko yang tu. Ape lagi syarat ko yang lain? Bagi tau kat aku skit. Mana tau ada yang memenuhi segala kehendak ko?”
“emm..syarat kedua ialah pandai jaga pergaulan..tak kawan sangat ngan laki..ni mesti tak der yang lulus ni.. maklum la..kelas penuh ngan lelaki..kalu tak kawan ngan lelaki nak kawan ngan sape lagi”
“Ko ni asyik serkap jarang jer..2 orang pompuan tu kawan baik. Dua dua tak sangat kawan ngan laki..sorang aku tak tau sangat..sorang lagi aku kompem dia tak de pakwe lagi..”
“Ooo..kalu gtu ko kenalkan la yang ko kompem tak de pakwe lagi tu. Aku tak nak la dikatakan merampas awek orang plak”
“Yang tu aku tak berani la nak kenal kan kat ko. Aku pun tak kenal sangat ngan dia. Dia macam sombong semacam jer. Aku lalu tepi dia, aku senyum pun dia tak balas. Macam la cantik sangat. Aku nampak cam biasa jer. Kalu ngan pompuan lain bising jer.”
“huhuu...pompuan macam tu la aku nak. Jual mahal. Baru advanture skit nak tackle. Tak nak la senang2 jer dapat. Nanti aku tak hargai.”
“Tapi ko tak payah la ambik yang tu. Perangai dia teruk sangat la. Mulut laser nak mampus. Serabai plak tu. Giler2, tak ayu langsung. Jalan pun cam samseng. Walaupun pakai baju kurung tapi pakai kasut sport. Cam orang tak betul jer.”
“Aku suke ape awek macam tu baru nampak lain dari yang lain. Ko tolong la kenal kan aku ngan dia. Ko ada tak gambar dia. Nak tilik skit, nampak cam pompuan baik ker tak.”
“Ko ni memang pelik. Selama ni aku fikir sape la lelaki malang yang nak kan dia. Rupanyer ko. Gambar dia ada, tapi 1 jer la. Masa aku gi kem dulu. Jap aku buka laptop ek. Ko ni nak suh aku tolong camne. Ko nak no tepon dia ker? Tapi aku rasa kalu ko tepon dia pun dia tak layan daa..”
“Ok, first aku nak tengok gambar dia. Nak baca skit perangai dia. Pastu kalu jadi aku nak minta ko tolong jadi posmen aku. Bleh?”
“Posmen? Ape2 je la ko ni. Aku boleh tolong sedaya yang aku mampu jer. Hah..ni pun gambar dia.”
Berderau darah aku. Mata aku terpaku pada skrin tu. Betul ker apa yang aku lihat ni. Gambar yang terpampang di dada skrin tu adalah gambar si dia. Betul ker?
“Name ape ek budak ni. Cam pernah aku tengok jer”
“Kalu ko dah kenal dia senang la skit. Name dia Isma Yusma. Orang panggil dia Yus. Ko kenal dia tak? ”
Jantung ku rasa macam nak tercabut. Hati aku rasa gembira sangat. Akhirnyer, aku dah jumpa si dia yang aku cari selama ni.
“Yer aku kenal, budak PLKN aku. Aku pernah minat kat dia dulu. Tapi dulu aku tak berani. Sekarang aku kena juga memberanikan diri aku. Sebab aku takut kehilangan dia lagi.”
“Pastu apa ko nak wat sekarang. Aku nak ingatkan ko, bukan senang nak dapat si dia tu. Aku takut kau kecundang dan kecewa di pertengahan jalan. Nanti ko serik ngan first love ko tu”
“Camni aku ada idea. Ko tau apa yang dia suka, apa hobi dia, cita2 dia atau apa2 la pasal dia. Ko siasat n then bagi tau aku. Aku nak wat surprise kat dia”
“Aik.. ko ingat aku ni James Bond ker. Nak siasat pasal si dia tu plak. Tak per la aku citer skit apa yang aku tau pasal dia kat ko. Hobi dia suka main game komputer. Haa..kalu aku bagi alamat friendster dia kat ko lagi senang ko nak tau pasal dia. Segala nyer ada kat situ. Ko baca la sendiri tak payah aku susah2 nak siasat. Lagipun friendster dia tu tak private pun.”
“Ok. Benda tu selesai. Tugasan pertama ko cari dulu no bilik pompuan tu. Terima kasih banyak2 Fiz. Tak dapat aku nak balas jasa kau.”
“Ok, bos” balas Hafiz diiringi dengan gelak tawa kami.
..............................................................................................................................................

Malam tu lepas balik ke bilik aku. Aku terus jer buka laptop buka frienster dia. Aku nak sangat tahu pasal diri dia. Rasa rindu aku yang dah lama hilang kini membuak buak. Dah 5 tahun kiranyer aku tak tahu pasal perkembangan dia. Aku baca segala yang ada dalam friendster tu. Friendster dia memang macam budak2. Kan perangai dia macam budak2. Tu lagi membuatkan aku suka kat dia tu. Boleh membuatkan orang tergelak melihatnyer. Tapi dalam tu penuh ngan info fasal dia. Aku ada rancangan baik punyer la. Kompem dia terpikat ngan aku. Aku nak bg di CD n sekuntum bunga. Buat surprise kat si dia. Hehe..
Kat dalam CD tu aku nak letak game. Game yang best2, yang ada kaitan ngan cinta, yang uji iq n tak ketinggalan game yang ganas. Biar nanti dia main game dia ingat kat aku. Yang paling penting skali, kat dalam tu aku nak letak surat cinta aku kat dia. Baru romantik skit. Kita ni kan kat zaman IT. Surat cinta pun dalam CD la. Hahaha...
Sekarang kerja aku mengarang surat cinta...huhu... kali pertama siut..

Assalamualakum.
Saudari Yusma,
Maafkan sy jika menggagu. Sy rasa pasti saudari terkejut dengan kehadiran CD dan bunga ini. Mesti saudari juga tertanyer-tanyer hadiah ni datang dari mana. Oleh itu, terlebih dahulu sy perkenalkan diri sy. Nama sy Ahmad Fikri bin Hashim. Umur sy sama dengan saudari iaitu 22 tahun. Sy adalah pelajar medik UKM tahun 4. Sy tak tahu saudari masih mengingati sy ker tidak. Sy adalah pelajar sekelas saudari semasa kelas kenegaraan cikgu kurin di PLKN dulu.Sejak dari PLKN dulu lagi sy berminat ingin berkenalan lebih rapat dengan saudari. Tetapi dulu sy tidak punya kekuatan untuk menyatakannya. Tetapi sekarang setelah sy dapat menjejaki semula saudari. Sy tak ingin melepaskan peluang ini sebelum sy kehilangan saudari buat kali kedua. Sy berkenalan dengan lebih rapat dengan saudari. Sy harap saudari dapat menerima sy sekurang-kurang nyer sebagai kawan saudari. Adakah saudari sudi menerima sy???
Walau apa pun keputusan daripada saudari, sy harap saudari menghantar jawapan saudari ke email sy fik_yee@yahoo.com. Selagi saudari tidak menghantar email saudari sy anggap saudari masih lagi berfikir. Dan sy aku terus menunggu saudari.
Sekian, terima kasih.
Luahan hati,
Yee ’08
..............................................................................................................................................

“Fiz, aku nak ko hantar benda ni kat bilik dia. Suh budak pompuan yg dia tak kenal bagi kat dia. Biar suprise skit” arah ku kepada Hafiz
“Fuyoo..caya lah kau, Yee. Aku akan uruskan. Nanti jangan lupa belanja aku makan kalu berjaya tackle dia. Hehee”
“Ok, itu no problem. Ni la tugas kau yang terakhir. Pasni aku akan berurusan sendiri ngan dia. Terima kasih la Fiz. Ko la kawan aku dunia akhirat.”
………………………………………………………………………………………………

Hatiku benar2 bedebar bila buka laptop keesokan harinyer. Macam mana la penerimaan si dia terhadap suratku itu. Adakah dia dah hantar email kepada ku itu. Buka jer laptop tu. Aku tengok email kosong. Hati ku hampa. Tetiba sampai satu email kat aku. Nadiku semakin kencang berdenyut. Sapelah penghantar email ni. Ehh...Yusma. Aku membuka email itu dengan penuh debaran. Mata ku tertumpu pada skrin.

Assalamualaikum,
Saudara Fikri
Sy memohon maaf kerana tidak dapat menerima saudara sebagai kawan sy. Sy hanya berkawan dengan lelaki hanya atas urusan penting sahaja.
Sekian, terima kasih.

Yuss’08

Mmm... sedey nyer dia tak terima aku. Memang betul la dia ni jual mahal. Tak pe ko. Pemainan kita baru jer bermuda. Aku takkan kecundang di awl permainan ni. Aku akan buat kau cair akhirnyer. Yang penting sekarang ni aku dah dapat email dia. Aku nak buat dia marah lah. Baru dia balas email ku nanti. Aku tau pompuan macam ni bukannyer makan pujuk rayu lelaki. Aku terus reply email dia.

Asslamualaikum,
Saudari Anira
Memang betul apa orang kata. Saudari ni memang sombong. Patut la tak de orang yang nak. Sy approve saudari sebagai kawan pun saudari tolak. Macam la saudari tu miss perfect. Ker saudari tak nak kawan ngan lelaki ni sebab saudari ni lesbian...hahahaa.. Kalau benar sy harap saudari bawa bertaubat la...Tuhan melaknat orang macam saudari ni.

Yee’08

Tak sampai sampai sepuluh minit lepas aku hantar email tu, sampai lagi satu email.
Aku membacanyer

Assalamualaikum,
Saudara Fikri,
Sy bukan sombong macam yang saudara pernah katakan. Sy bukan lesbian macam yang saudara ramalkan. Sy sebagai gadis Islam. Sy perlu mejaga pergaulan dan harga diri sy. Sy tidak mahu berkawan kerana dalam islam ada mengatakan perempuan dan lelaki ada batas pergaulannyer. Hanya untuk untuk perkara penting sahaja. Harap maaf.

Yuss’08

Huhh.. aku plak la yang terkena. Malu aku. Takpe, sekurang kurangnyer aku tahu dia ni budak baik. Dia berkawan dah berpisah kerana Allah. Mesti dia tengah online ni. Baik aku try add dia dalam ym aku. Mana tau tetiba lak dia terima. Tetiba ym aku berbunyi

Yuss : Kan sy dah kata tadi. Sy x kan terima awk. Awk ni melayu ker x??? X faham ker org cakap dlm bahasa Melayu. Ker nak sy ckp dalam bahasa aper???
Yee : Hehee.. jgn la marah. Nanti kena jual. Hahaa…Sy ikhlas nak kawan awk. Tp sy faham dengan alasan awk. Maafkan sy.

Perbualan kami berhenti di situ sahaja. Aku perlu buat sesuatu. Aku kena cari cara lain nak tackle dia ni. Aku tak kan menyerah kalah.
………………………………………………………………………………………………

“Fiz, aku nak minta tolong ko ni”
“Ko nak suh aku tolong ape Yee? Pasal si yus tu lg ker. Kater hari tu yang terakhir. Aku dah kate. Bukan senang nak dapat dia. Ko tak cayer. Dah la tak berbaloi pun kalu dapat dia pun. Buang masa ko jer.”
“Ewah2.. sedap mulut ko mengata dia. Ko ni nak tolong aku ker tak ni?”
“Hehehee..marah yer orang kutuk buah hati dia. Yer..aku tolong. Nak suh aku wat apa plak ni?”
“Gini.. ko minta tolong roomate dia ker...kawan rapat dia ker...Ajak dia pergi makan malam. Pepandai la kawan dia tu tipu dia. Cakap nak belanjer ker. Yang penting dia tak tahu yang aku nak melamar dia masa tu. Aku nak buat romantik skali. Aku tak kisah nak ajak dia makan kat mana pun. Tapi ko pilih la tempat romantik skit.Yang penting ko dan kawan dia ikut skali jadi saksi kami. Lagipun tak elok berdua duaan. Satu lagi, aku nak dia pakai baju kurung. Aku teringin sangat nak tengok dia pakai baju kurung. Boleh tak?”
“Ditanggung beres, boss. Aku akan cuba.”
.....................................................................................

Malam tu aku pakai baju Melayu dengan segak sekali. Sejambak bunga dah hadiah untuknyer aku dah siapkan. Ni la masanyer untuk aku pergi. Hati ku berdegup kencang macam nak gi nikah lak...hehehe..
Sampai jer aku kat restoran tu. Aku nampak kat satu sudut yang agak romantik, ada 2 orang pompuan, sorang lelaki. Lelaki tu adalah Hafiz. Aku terus berjalan menuju tempat itu. Hadiah dan bunga tu aku sorokkan di belakang.
“Asslamualaikum”
“Saya Ahmad Fikri bin Hashim ingin melamar Isma Yusma sebagai isteri saya. Adakah saudari sudi menerima saya?”
Aku melutut kepada nyer sambil memberikan sejambak bunga dan hadiah. Aku nampak dia terkejut beruk dengan apa yang aku buat. Dia tersenyum sipu. Aku pasti dia akan cair punyer la n terima aku.
“Maaf, sy tidak dapat menerima awk dan hadiah awk. Saya milik keluarga saya. Hanya keluarga saya yang boleh memberikan jawapan. Lagipun saya tidak mengenali awak. Masakan saya dapat menerima awak dan hadiah awak.”
Malunyer aku. Semua orang tengok aku kena reject. Memang la pompuan ni nak kena ngan aku.
“Kenape ek.. kalu lelaki nak pikat perempuan guna bunga.. ingat sumer pompuan cair sangat ker bila tengok bunga tu?”
Dah la reject aku depan2. Tak pikir langsung. Pastu kutuk aku plak tu. Memang tak sayang mulut betul la pompuan ni.
“Kalu awak tak nak terima saya sekarang pun tak pe. Saya akan pastikan suatu hari nanti awak akan jadi milik saya juga akhirnyer.”
................................................................................................................................................

Aku berjanji pada diriku, apa pun berlaku dia mesti tetap jadi milikku. Sebelum tidur aku membuka hadiah yang aku sepatutnyer bagi kat dia tadi. Di dalam nye ada sebentuk cincin yang aku beli untuk si dia menggunakan duit simpanan ku sendiri. Aku fikir balik apa yang dia kata tadi. Mmmm.. ade betulnyer. Dia milik keluarga nyer. Hanya keluarganyer yang dapat memberikan jawapan. Hahh..aku dapat satu idea. Baru aku faham. Maknanyer dia nak aku melamar dia dengan keluarganyer la ni. Aku terus mencapai telefon menelefon mama.
“Hello mama, Yee nak mintak mama tolong meminang gadis pilihan Yee boleh??”
“Anak mama dah ada calon isteri rupanyer.Nama apa? Tinggal kat mana? Dah lama mana kamu kawan ngan dia? Baik ker tak?”
“Ape la mama ni. Mesti la baik. Takkan Yee pilih yang jahat kut. Nama dia Isma Yusma. Yee tak kawan pun ngan dia. Yee tak tau la dia tinggal kat mana.”
“Aik..tak kenal pun nak buat jadi isteri ek. Kalu Yee tak tau dia tinggal kat mana. Macam mana nak suh mak pergi meminang. Mama nak pergi cari rumah dia kat mana?”
“Bukan tak kenal. Tak kawan jer la ngan dia mama. Dia tak nak kawan ngan Yee. Pasal alamat dia tu nanti Yee sms kat mama. Cincin tu pun Yee dah beli. Nanti saya hantar kat mak. Mak pinangkan yer untuk Yee”
“Ok la sayang, nanti mama pinang dia. Jangan lupa bagi alamat dia tau”
“Ni sayang mama ni” aku mengakiri perbualan telefon tu.
Aku terus meminta pertolongan Hafiz untuk mendapatkan alamat si dia.
.............................................................................................................................................

Masa terus berlalu. Dia sambung pengajiannyer ambik master. Aku juga bakal bergelar seorang doktor sebulan lagi. Sedar tak sedar dah 1 bulan aku jadi tunangan nyer. Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengannyer selepas kejadian malam itu. Keluarganyer telah memberikan jawapan. Aku layak jadi pelengkap hidupnyer. Tempoh pertunangan kami hanyalah 3 bulan. Makna nyer hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk kami membuat persiapan untuk hari bahagia kami. Aku perlu keluar dengannyer untuk membeli barang keperluan dan menempah baju perkahwinan kami. Aku menghantar emel kepada si dia. Akhirnya dia setuju untuk keluar denganku atas sebab urusan penting. Tu pun bertemankan dengan seorang temannyer.
Sebab dah lama tak berjumpa. Tu pun atas permintaan dia, si dia tak nak bercinta ngan aku, tak nak kuar ngan aku selagi tak kawin. Aku nak bagi la suprise skit. Aku belikan dia buku berkaitan dengan automotif, sebab aku tau dia sukakannyer. Dan aku beli permainan yang bekaitan ngan bidang mekanikal sebab aku tau minat dia macam budak-budak. Nakal dan comel. Itulah pengikat hatiku kepadanyer. Aku dah serik bagi bunga kat dia. Aku tau dia bukan minat sangat ngan bunga ni macam pompuan lain. Kan dia lain dari yg lain.
“Sayang, ni hadiah dari abang?”
Opps..tersasul plak aku. Dia pandang muka ku dengan muka marah.
“Apa sayang2 ni, bila plak saya jadi isteri awak. Ingat, kita tak de apa2 hubungan pun lagi. Kita hanyer bertunang jer. Bukan nyer kawin lg. Panggil sy Yus jer macam dulu.”
Huhh..garang nyer tunang aku ni. Dah lah ramai orang kat situ. Malu aku dia buatnyer. Aku menurut kan jer la. Kalu nak ikut ego lelaki aku, aku dah tampar dia. Tapi sayang punyer pasal, ego pun hilang. Memang dia ni tak pandai jaga mulut langsung. Dah la tak berterima kasih pun kat aku yang berhabis duit beli hadiah tu untuk dia.
.....................................................................................

Hari yang ku tunggu2 selama ni akhirnya tiba. Si dia sah menjadi milikku. Yeye..aku dah menang..hehe..Si dia dah tak dapat lari dari aku lagi...
Semasa aku masuk bilik beradu pengantin. Aku tengok si dia datang kepadaku, bersalam dengan ku sambil menangis. Aku kaget.
“Abang, maafkan saya kerana selalu berkasar dengan abang sebelum ni. Maafkan saya kerana memalukan abang masa abang melamar saya malam tu dan masa abang bagi hadiah kat saya masa kita jumpa hari tu. Saya tak nak kawan ngan abang dan tak boleh terima abang waktu tu bukan kerana saya tak tak ada hati pada abang. Tapi saya takut nafsu yang akan menguasai saya. Jadi lebih baik saya berwaspada dari awal lagi. Saya tak der niat pun nak malukan abang. Saya nak uji keikhlasan abang jer. Sebenarnya abang dah mencuri hati saya masa PLKN tu lagi. Maafkan saya abang.”
“Jangan nangis sayang, abang dah lama maafkan sayang. Sayang adalah segala2 nyer bagi abang. Abang sanggup buat apa sajer untuk sayang”
Sambil aku cuba menenangkannyer dan mengesat air matanye. Dia meletakkan jari telunjuknyer pada bibirku.
“Abang, jangan cakap begitu. Saya tak nak abang sayangkan saya sampai begitu sekali. Saya dah tak punyer apa2 untuk abang”
Aku terkejut, aku pandang tepat pada matanyer
“Kenapa sayang cakap macam tu . Sayang tak sayang abang ker?”
“Saya hanyer ada hati saya yang kosong jer untuk abang”
“Hati jer...mana hilang cinta, kasih dan sayang yang ada dalam diri sayang?”
“Cinta saya hanya untuk pencipta kita. Tuhan yang Maha Esa. Kasih saya hanya untuk kekasih Allah, Rasulullah. Dan sayang saya dah saya bagi pada keluarga saya. Cuma tinggal hati yang kosong untuk abang”
“Ooo...Kalau buat sayang buat macam tu. Abang pun nak buat macam tu. Nanti abang panggil sayang my heart yer..Abang akan isi hati sayang dengan kebahagiaan”
“Ikut suka abang la.. cuma saya minta abang isi hati ni dengan keimanan. Cuma keimanan dan ketaqwaan yang dapat membahagiakan kita di dunia dan akhirat. Lengkapkan hati saya. Cantumkan hati kita. Saya akan serahkan segalanyer pada abang. Zahir dan batin hanya untuk suamiku yang sah.”
“Percayalah my heart. Abang takkan persiakanmu. My heart takkan menyesal hidup bersama abang. Takkan abang nak persiakan hidupmu sesudah abang bersusah payah untuk mendapatkan mu. Marilah kita bina keluarga bahagia. Kita masuk kealam percintaan yang kita bina selepas perkahwinan. Moga ia mendapat redha Illahi.”

Alhamdullilah. Sesungguhnyer aku bersyukur mendapatkan si dia sebagai isteri. Aku tau dia insan istimewa. Lain dari gadis yang lain. Si dia adalah miss perfect ku. Sungguh lengkap comel, periang, nakal, pandai jaga diri, baik, dan ada pegangan agama yang kukuh. Dia simpan segalanye hanya untuk pemilik tulang rusuknyer. Beruntunglah aku menjadi pemiliknya. Si dia cinta awal dan akhirku. Kini bukan fantasi tapi realiti.
Komen: