Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Manusia Sudah Berubah

Selasa, Jun 23, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:15 PG
adab sopan zaman-berzaman
menjadi ikutan turun temurun
melayu terkenal kerana adab
manusia dihormati kerana kesopanan

dunia kini sudah berumur
manusia juga sudah berubah
adab sopan telah tiada
budaya barat jadi ikutan

apabila barat diagung-agungkan
adab sopan ditinggal-tinggalkan
manusia kini hilang adab
bangsa pula hilang identiti

manusia sekarang sudah berubah
manusia sekarang tidak beradab
adab sopan dikira lapuk
adab sopan dikeji dihina

orang tua tidak dihormati
jiran pula tidak dikenali
ibubapa jadi orang suruhan
kawan pula jadi bahan ejekan

duit rasuah dikira rezeki
mencuri menjadi satu pekerjaan
manusia dihormati bukan kerana adab
manusia disanjung kerana kekayaan
kerana itu adab telah tergadai
demi sebuah kekayaan didunia

hidup kita kena beradab
kerana adab pemancu bangsa
hilang adab runtuhlah bangsa
hilang adab musnahlah negara