Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



100 Impian

Sabtu, Disember 31, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:24 PTG
dulu aku ingat... impian aku paling penting dalam hidup aku... betapa aku kecewa apabila impian aku terpaksa ditangguhkan...  hampir untuk aku menyalahkan takdir yang berlaku... teruk betul aku ni...tapi Alhamdulillah sekarang aku sedar... impian aku bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan impian lebih 100 orang... betapa gembiranya jika dapat membantu orang lain menggapai impian mereka.... jauh lebih gembira berbanding impian sendiri yang tercapai... mungkin kerana sudah banyak impian aku yang telah aku genggam.... kurang bersyukurkah aku?

mungkin hingga kini sudah setahun aku melepaskan impian aku... kekadang aku masih sedih teringatkannya... bertambah terharu bila melihat rakan-rakan yang berjaya menggenggam impian mereka... susah untuk mendidik hati redha dengan takdirNya... sebenarnya aku terperangkap dalam impian sendiri... dalam mengejar impian aku menabur janji untuk merealisasikan impian aku...tapi janji hanya sekadar tinggal janji...  hanya aku yang terpaksa menunaikan janji... walaupun sepatutnya aku bersyukur kerana hakikatnya betapa ramai yang ingin berada ditempatku... kata orang mempunyai pendapatan tetap... tetapkah? bukan sekarang ada exit policy???

janji aku bukan pada seorang dua... tapi seluruh rakyat malaysia.. kerana mereka menanggung aku belajar dulu... akan ku kotakan... dan akan aku berikan perkhidmatan yang terbaik... tak akan aku seiakan duit yang mereka berikan kepada aku...kini masa untuk aku menabur bakti.... membantu insan lain menggenggam impian mereka... aku mahu melihat mereka berjaya seperti aku... malah lebih baik daripada aku...

Mungkin orang akan kata... aku gila kerja... tapi mereka tak rasa apa yang aku rasa.... apa yang aku rasa apabila aku terpaksa melepaskan impian akau kerana kerja ini... betapa hati kecil ku memberontak... seolah-olah macam orang putus cinta... (walaupun aku tak pernah rasa sakitnya putus cinta)... biarlah aku melempiaskan kekecewaan aku ini pada kerja yang aku buat... aku mahu buat yang terbaik yang aku boleh... biar berbaloi aku lepaskan impian aku... mungkin juga kesibukan kerja aku mampu aku lupakan kekecewaan ini... bila melihat orang lain mencapai impian mereka... aku mampu tersenyum bangga... kerana aku melepaskan impian aku seorang... lebih ramai yang mampu menggenggam impian mereka... realiti yang perlu aku sematkan dijiwa sekarang adalah impian 100 orang lebih penting berbanding impian aku seorang....

Susah ker cari duit?

Selasa, Disember 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:05 PTG
kalau ada yang tanya soalan ini pada aku... jawapan aku.. cari duit tak susah... cuma nak laksanakan amanah bekerja itu susah... nak cari duit memang tak susah... sebab tu aku tak pernah cari kerja... yang pasti setiap bulan gaji akan masuk tanpa aku cari... tapi kalau nak pastikan gaji yang masuk setiap bulan tu berkat... tu yang paling susah... macam mana kita nak tahu... kerja yang kita lakukan tu dah berbaloi dengan gaji yang dibayar kepada kita... takutkan kita terlebih rehat susah juga... tak ada kayu ukurnya... apa yang boleh kita buat adalah buat yang terbaik dalam apa saja kerja yang kita lakukan...

sebenarnya segalanya terpulang pada kenapa kita bekerja??... tak dinafikan kita kerja untuk menampung hidup kita... tapi adakah itu matllamat utama kita? bukankah apa yang kita perlu utamakan hanya kerana Allah...baru lah kerja akan jadi ibadat...  hidup dan matiku hanya untuk Allah... Allah tu siapa? Allah tu Raja Sekelian Alam...  Apabila kita tahu kita bekerja kerana dan untuk Allah... billah lillah..kita tahu Allah tu Maha Melihat... Maha Mendengar.. mana mampu untuk kita curi tulang dah culas dalam melakukan kerja... kerana dia pasti melihat segala perbuatan kita... kita bukan bekerja dengan manusia yang banyak kelemahan... bukan bekerja dengan kerajaan yang memerintah... tapi kita bekerja dengan Allah yang Maha Agung....

tak kira anda bekerja dengan jawatan apa sekalipun... anda pasti boleh jadikan kerja anda sebagai ibadat anda... asalkan ianya kerja yang halal... bukan mencuri dan merompak... realitinya... kerja sebenarnya tak susah... tapi untuk melunaskan amanah yang ada dalam tugas tu susah... melaksanakan amanah tidak boleh sekadar melepaskan batuk ditangga... biar orang kata kita terlalu workaholic... asalkan kita puas hati dengan amanah yang kita jalankan... kerana yang paling berat perlu kita pikul adalah amanah... jangan biarkan amanah kita mengheret kita ke neraka di hari pengadilan nanti...