Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Mencari Hikmah Mengenal Redha

Khamis, Februari 13, 2014 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:47 PTG
Kita selalu cakap... setiap yang berlaku ada hikmahnya... kita juga selalu menasihati... redhalah dengan ketentuanNya... sesungguhnya itulah yang terbaik... tapi kita sendiri lupa untuk menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian... dalam tulisan ini saya ingin mengingkapi kedua-dua perkataan itu berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri... 3 tahun saya mencari hikmahnya... dan 3 tahun juga saya belajar untuk mengenal redha... setelah 3 tahun hati saya terluka...

Saya sebenarnya seorang cukup bertuah sebenarnya kalau saya kenal erti syukur... dilahirkan cukup sifat walaupun bukanlah seorang manusia yang cukup sempurna... kerana setiap manusia pasti ada kelemahan dan kekurangannya sendiri... Saya pasti ramai perempuan di luar saya ingin berada di tempat saya.... mempunyai ibubapa yang sangat penyayang dan memahami... langsung tidak mempunyai bebanan kewangan... mempunyai pekerjaan yang dianggap stabil dengan gaji lebih dari cukup untuk menyara diri... juga mempunyai kawan-kawan disekeliling yang sangat mengambil berat tentang saya.... setia mendengar dan memberi nasihat... mempunyai keputusan dalam bidang akademik yang cukup memuaskan... Alhamdulillah... itulah yang patut saya ucapkan...syukur atas segala limpahan nikmat pemberian Allah....

Sejak daripada kecil lagi...boleh dikatakan segala apa yang saya inginkan saya perolehi... apa yang tak mampu diberikan oleh ibubapa saya kepada saya akan diterangkan sebabnya dengan jelas... Kerana segala yang saya impikan saya dapat dengan mudahnya dengan bantuan Allah... menjadikan saya seorang gadis yang mempunyai cita-cita yang amat besar... tapi mempunyai impian tak semudah mengotakkannya... hanya Allah sebaik-baik penentu... kita hanyalah perancang yang tidak tahu penghujungnya...saya dapat apa yang saya cita-citakan... nak sambung belajar di matrikulasi lepas SPM... dapat sarjana muda dalam bidang dan universiti yang saya impikan.... dan sekarang juga saya bekerja seperti cita-cita yang saya bina dan tulis semasa darjah 1 dahulu dan dalam bidang yang saya benar-benar minati.... Alhamdulillah... saya dapat semua yang saya nak... Allah permudahkan semua jalan untuk saya.... namun kenapa saya masih bersedih?

Mungkin biasanya para penuntut di IPT biasanya bercinta dengan kekasih hati... tapi saya memilih jalan lain... saya bercinta dengan cita-cita saya... saya bercinta dengan ilmu di gedung ilmu pengetahuan itu... saya nak keluar daripada universiti dengan sebuah PhD... bukan sekadar segulung ijazah... itu impian saya... saya cuba usaha betul... saya ambil biasiswa yang memungkinkan saya untuk menyambung master dengan tajaan... namun takdir Allah... perjanjian tersebut diubah... pihak biasiswa tak akan menaja saya menyambung master... namun saya tekad,.. tetap ingin memburu impian... saya simpan duit sendiri... dan akhirnya saya berjaya menyambung pengajian di peringkat master tanpa pengetahuan pihak biasiswa... saya pilih mode research sebab melalui mode tersebut dapatlah saya duit geran untuk menyara kehidupan saya dan dapat saya menyimpan untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD nanti...

Panas ingatkan sampai kepetang... rupanya hujan ditengah hari... semasa saya menghayati hidup yang yang penuh indah... dikala impian seolah dalam genggaman... saya terfikir... berimankah aku andai aku tidak diuji... ramai manusia lain yang teruji dengan segala kesusahan... segala cabaran dalam kehidupan... sedangkan aku enak diulik kehidupan... tidak sayangkah Allah kepada aku kerana Dia tidak mengujiku... mungkin salah saya juga kerana meminta untuk diuji... Setelah tamat semester pertama pengajian master saya... saya mendapat surat daripada pihak biasiswa mengarahkan saya untuk melapor diri bekerja....disini saya belajar... apa yang digenggam belum tentu milik kita... inilah ujian yang besar dalam hidup saya,... mungkin inilah ujian yang saya nantikan... ibarat kaca jatuh berkecai dilantai... begitulah hati saya ketika itu... mungkin orang lain dikecewakan dengan cinta... cukuplah bagi saya untuk kecewa dengan cita-cita...

Untuk melupakan kekecewaan tersebut... saya cuba untuk sibukkan diri dengan bekerja... supaya saya lupa impian saya yang dulu... saya percaya pada layang-layang... angin mungkin berubah... tapi kita boleh mengubah arah layang-layang itu agar ia sentiasa naik  ke atas... dengan kerja sebagai seorang pendidik... saya ingin menjadi seorang pendidik yang baik... ingin melihat anak didik saya berjaya dunia dan akhirat... pada saya ketika itu biar saya seorang sahaja yang kehilangan cita-cita... saya tak nak ada lagi pelajar saya yang kecewa seperti saya... namun pengalaman banyak mengajar saya erti kehidupan... untuk mengubah insan lain tidak semudah mengubah diri sendiri... kita tak mampu mengubah orang lain selagi diri mereka sendiri tidak mahu berubah...

Kerana itu sepanjang 3 tahun... banyak air mata saya yang mengalir...membasuh luka dihati ini... kekadang saya rasa tak berbaloi meninggalkan impian saya... kerana saya selalu dikecewakan pelajar saya... kekadang saya terfikir ikhlaskah saya membantu mereka... atau hanya mengharap balasan atau penghargaan dari mereka... mungkin boleh saya kongsikan pengalaman saya sebagai pendidik di tulisan yang lain... akhirnya saya cuba mencari hikmah disebalik apa yang berlaku..

Melihat kembali hikmah disebalik yang saya miliki sekarang ini... sebenarnya saya memiliki apa yang orang lain inginkan... saya ada kerjaya tetap dengan gaji yang agak lumayan untuk saya... pada usia yang cukup muda... saya tak pernah menganggur atau memohon sebarang pekerjaan... (resume untuk minta kerja pun tak pernah buat... hehe...)... saya bekerja dalam bidang yang saya impikan dan sangat saya minat... kalau master dulu sebab nak yang ada geran... tajuknya bukan yang saya minat... saya berada dalam bidang ilmu dan saya sangat cintai ilmu... hari-hari saya lalui ditaman syurga... kerana majlis ilmu itu adalah taman syurga... saya boleh hidup ditempat yang penuh dengan keindahan alam untuk diterokai... sebenarnya terlalu banyak lagi untuk saya senaraikan...

Disini... 3 tahun hidup yang saya lalui... dengan hampir setiap malam ditemani air mata... sebenarnya banyak mengajar saya erti kehidupan... persahabatan... kerjaya... pengorbanan... kasih sayang... pengalaman yang saya tak mungkin dapat kalau saya tidak lalui sendiri... setelah 3 tahun mencari... akhirnya Allah menemukan saya dengan hikmahnya... setelah saya membina impian baru... setelah 3 tahun hidup tanpa impian untuk diri sendiri kerana takut kecewa lagi... kini saya ingin bangkit semula... kerana hikmah itu telah mengajar saya erti sebenar redha untuk menerima segala takdir yang Allah tentukan setelah kita berusaha sedaya mungkin... mempercayai jalan yang dilalui ini sebenarnya jalan yang terbaik Allah berikan untuk kita.... walaupun mungkin nampak seolah jalan tersebut penuh halangan tapi hakikatnya halangan itulah yang membawa kita dekat dengan Dia...

Setelah mengenal redha,... saya tak takut lagi menanam impian...saya tak mungkin lagi dikecewakan impian... kerana saya yakin... apa yang berlaku... itulah yang terbaik buat saya walaupun ia tidak saya inginkan.... saya harus cuba untuk dapatkan yang terbaik... namun belum tentu dapat apa yang saya inginkan... dari situ saya harus belajar redha,.... mungkin ia ujian buat saya bagi meningkatkan keimanan saya atau menghapus dosa saya... namun ujian Allah itu sangatlah luas... bila diuji kesusahan ramai yang sabar... bila diuji kesenangan ramai yang rebah... Ya Allah... Kuatkan aku dalam menghadapi ujianMu... bersyukurlah wahai atas nikmat yang diberi... bersabarlah wahai hati atas ujian yang diberi... hanya bahagia yang ku dambakan...

Akibat Kenaikan Harga

Jumaat, Disember 27, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:46 PTG
bila baca macam-macam komen pasal kenaikan harga ni... saya pun rasa nak komen sekali... nak bagi pendapat saya yang tak bernilai mana ni... mula-mula saya nak sentuh dulu tentang sebab kenaikan harga barang kemudian baru kita pergi pula kepada akibatnya.... kenaikan harga gula dan kenaikan harga makanan dikatakan untuk menjaga kesihatan rakyat... tapi saya minta pihak kementerian kesihatan menkaji balik hal ini... saya rasa ramai yang mendapat diebetis dan obesiti bukan kerana harga makanan yang murah... tapi akibat tidak cakna tentang pemakanan sihat... ramai yang terkena diebetis bukan kerana makan terlebih gula... tapi mereka banyak minum minuman bergas dan susu pekat manis... saya mohon kajian dilakukan pihak berwajib... mungkin kita tak perlu naikkan harga gula yang menjadi keperluaan asas... tetapi naikkan harga susu pekat manis dan minuman bergas... lagipun sememangnya membahayakan kesihatan... saya sokong kerajaan menaikkan barang yang memberi kesan negatif kepada kesihatan seperti makanan ringan... kerana sebenarnya inilah punca obesiti dikalangan rakyat malaysia...

Dari komen yang saya dapat lihat... ada meminta untuk melihat situasi kenaikan harga ini dengan pandangan yang positif... yer kita boleh tengok secara positif... bagi yang berpendapatan sederhana ataupun tinggi... benar pandangan anda... kita boleh tangani masalah ini dengan bekerja dengan lebih keras untuk menambah pendapatan sampingan... segalanya di tangan kita... tapi pernahkah kita melihat pada rakyat malaysia yang mempunyai pendapatan yang rendah... di bawah  taarif kemiskinan... pendapat bawah RM900... mungkin ada yang berkata ada orang berpendapat 200 pun boleh hidup... anda pernah rasa macam mana hidup dengan bajet 200 sebulan?

Jangan pernah bercakap kalau anda tak pernah rasai... kepada yang berada di atas sana... cuba rasa apa yang dibawah rasakan... saya bercakap berdasarkan pengalaman saya... saya pernah berbajet 200 sebulan untuk hidup seorang 5 tahun lepas... semasa saya masih bergelar seorang pelajar.... hanya bersarapan biskut tawar... lunch dengan roti 50 sen (saya rasa zaman sekarang dah tak ada roti 50 sen)... dan makan malam dengan nasi bersama telur berkongsi dengan roomate ... dapat la harga RM1... air yang saya minum hanyalah air percuma dari watercooler...saya bermotor ke kelas dengan perjalanan  pergi balik 3km sehari ataupun hanya sekadar berjalan kaki... boleh pak-pak menteri atau lebih mudah golongan pertengahan cuba hidup macam saya?

Itu saya seorang pelajar yang tidak mempunyai tanggungan... bagaimana pula kehidupan seorang bapa yang mencari rezeki untuk keluarga... bukan seorang diri... tapi beberapa orang insan... mohon golongan tengah dan atasan cuba selami hidup mereka? adakah mereka malas bekerja? Mereka sanggup bekerja dari pagi sampai malam hanya mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka. Kadang-kadang sehingga masa dan kasih saya untuk keluarga mereka... Mohon jangan terlalu mendongak ke langit tinggi... sungguh masih ramai lagi rakyat malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM900... saya sendiri terfikir... macam mana mereka nak menghadapi perkara ini... kata bijak agama senang... Allah akan cukupkan ... berserah pada Allah... tapi mana usaha kita?

Kepada golongan atasan dan pertengahan... kalau anda makan maggi... entah2 anda akan makan maggi kari big punya ... (saya bukan nak iklan maggi)... tapi tahukah anda... ada yang kurang bernasib baik... makan maggi yang dikira makanan paling murah pun tak mampu... satu mangkuk maggi dikongsi beberapa orang hanya untuk mengalas perut sahaja... (saya tak pernah alami... tapi ini kisah pelajar saya...)... macam mana mereka nak belajar dengan keadaan yang baik... apatah lagi selepas kenaikan kos hidup ini.... cuba fikir-fikirkan....

Oklah... bak kata golongan pertengahan ni... positifkan minda... saya cuba positifkan minda sambil melihat golongan atasan dan golongan bawahan... kemungkinan kenaikan harga barangan ini mampu menyatukan mereka... kenapa saya kata begitu? kerana kenaikan harga barang ni mungkin memberi peluang kepada golongan atasan untuk lebih banyak menderma kepada golongan bawahan... eh... nanti terbudaya pula budaya minta sedekah dan mengharap bantuan... tapi bukankah islam mengajar kita... yang mempunyai pendapatan tinggi hendaklah berzakat dan bersedekah membantu yang kurang mampu... kitakan hidup bersaudara sebagai rakyat malaysia yang hidup aman makmur berbilang bangsa... jom golongan atasan dan pertengahan... ayuh kita menderman membantu golongan bawahan...

tapi macam mana kalau mereka tak nak saling membantu... apa akan jadi... apa akibatnya pada golongan bawahan ini dikala hidup mereka semakin didesak... manusia mungkin hilang pertimbangan dan kewarasan apatah lagi jika tidak mempunyai pegangan agama yang kuat... manusia yang baik pun boleh berubah menjadi penjenayah apabila sudah terlalu terdesak...desakan kenaikan harga barangan ini mungkin menyebabkan kes jenayah semakin bertambah... golongan atasan dan pertengahan juga yang akan diancam bahaya akibat daripada kenaikan harga ini... kepada golongan atasan dan pertengahan ... bersediakah anda untuk mati dibunuh dan dirompak??? Malaysia tidak lagi aman... andai rakyat marhean hidup tertekan...

Villa Nabila Atau Flat GF

Rabu, November 20, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:52 PTG
hmmm... saya agak pelik dengan masyarakat kita hari ini... bila timbul isu remaja hilang di Villa Nabila kononya diculik makhluk halus... semua sibuk bercerita... semua orang nak ambil tahu... Siap polis datang cari... semua kisah hantu muncul kembali...

Tetapi apabila timbul yang remaja itu sebenarnya tidur di flat girlfriendnya... semua sudah tidak pedulikannya lagi... sebenarnya mana yang lebih menakutkan antara remaja diculik hantu atau remaja kita rosak akhlaknya? itulah persoalan yang timbul di benak saya... semua orang sudah tidak ambil kisah... lantaklah kau nak jadi apa... seolah pergaulan bebas tu perkara biasa... BIASA KER BF TIDUR RUMAH GF??? Kalau remaja tu bukan remaja ISLAM saya tak hairan...

Mana pihak berkuasa? Mana pihak jabatan agama? Atau ini hanya kes yang boleh dianggap remeh oleh semua pihak? Fikirlah demi masa depan Malaysia dan Islam... mana yang sebenarnya lebih perlu kita risaukan,...

Perjalanan Mencari Cinta

Selasa, September 24, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:26 PTG
Dalam perjalanan mencari cinta... kekadang manusia lupa dan alpa....
Kadang-kadang kita ni sibuk mencari cinta manusia sehingga lupa akan cinta Maha Pencipta
Sebenarnya... kalau kita fikir jauh2  dari kita sibuk mencari jodoh ...
Lebih baik saya kembali mencari cinta sempurna... cinta yang kekal abadi...
Jodoh untuk kita ni belum tentu lagi ada di dunia ni... mungkin kita akan menemuinya di syurga nanti...
Tu pun kalau kita masuk syurga...  kalau masuk neraka tak merasa la kita...

Bertitik tolak dari itu lebih baik kita fokuskan pada mencari cinta Allah...
Cinta itu pasti akan kita dapat andai kita mengejarnya... bukan saja dapat cinta Allah...
Tapi dapat jumpa jodoh kita di syurga nanti kalau kita ditakdirkan tiada jodoh di dunia...
Yang penting cinta itu mampu membawa bahagia kepada kita dunia dan akhirat...

Saya mahu cari cinta Allah... sebab saya percaya... bila kita sibuk cari cinta Allah...
Allah akan hadirkan teman untuk membimbing saya mencari cintaNya andai ada jodoh saya di dunia ini...
Pulang ke pangkal cinta untuk mencari cinta yang Maha Agung...
Cinta tulus yang langsung tidak akan menyakitkan hati... malah menenangkan hati...
Cinta yang pasti ada untuk saya andai saya mengejarnya....

Moga nanti hati saya tak lagi sunyi sendiri...
Kerana ia terisi dengan cinta hakiki...

Salahkah Aku Untuk Setia

Isnin, September 23, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:26 PTG
Salahkah aku untuk setia
Dengan cinta yang tak kunjung tiba
Dengan kasih yang tak tahu dimana
Dengan dia pemilik tulang rusukku

Salahkah aku untuk setia
Menanti hadirnya dia
Dalam hidup yang kian sunyi
Menanti masanya tiba
Dalam menghintung baki masa

Salahkah aku untuk setia
Tapi sampai bila mampu ku setia
Tapi sampai bila mampu ku bertahan
Kian hari kian goyah
Kian hari kian bosan
Menanti yang tak kunjung tiba