Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Lupa

Selasa, Mac 16, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:27 PTG
Kita memang pelupa
Mudah lupa apa saja
Tentang dunia kita lupa
Tentang akhirat pun lupa

Lupa oh lupa
Kita lupa akan janji
Kita lupa akan tugas
Kita lupa akan amanah
Lupa janji kita pada tuhan
Lupa tugas kita didunia
Lupa amanah yang kita galas

Kita lupa atau buat-buat lupa?
Bahawa dunia itu sementara
Bahawa mati itu pasti
Bahawa akhirat tempat pembalasan

Kadang-kadang
Kita juga lupa
Mati akan datang bila-bila masa
Hidup bukan untuk 'enjoy' saja
Kita memang pelupa

Kita lupa atau alpa?
Dengan nikmat dunia
Dengan fantasi kehidupan
Ingatlah pada tuhan
Janganlah lupa lagi