Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Solat Tiang Rumah Tangga

Sabtu, Disember 22, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:45 PTG
Huish... dah berbicara pasal rumah tangga... dah nak kawin ker? insyaAllah kalau dah jumpa jodoh... haha... baru2 ni... saya ada pergi kursus kawin... senang nanti jumpa calon.. terus boleh pergi isi borang  kawin dan cek HIV... hajat di hati nak cari juga calon semasa kursus kawin... tapi almaklumlah... orang yang pergi kursus kawin tu majoritinya yang dah berpunya.... tangkapan tak berjaya lah jawabnya...

Ok... masa kursus kawin tu penceramah agak terbuka la berbicara benda-benda yang boleh dianggap lucah... tapi yang saya peliknya... perempuan dengan selambanya ketawa apabila unsur lucah di timbulkan... mana hilangnya malu seorang perempuan... kalau orang zaman dulu2... rasanya sekadar senyum tersipu2 malu... ni tidak... perempuan zaman sekarang ketawa berdekah2... sama naik dengan lelaki...

Berbalik kepada tajuk asal... isu solat... masa saya menghadirkan diri untuk kursus tu... saya rasa lebih daripada 80% lelaki yang hadir kursus tersebut tak solat... hanya 10% lebih jer yang nampak solat di surau yang disediakan... jadi macam mana nak didik isteri kalau diri sendiri pun tak terdidik...

Kita sedia tahu... isu cerai sekarang amat  membimbangkan... kawin sekejap dah nak bercerai... kenapa semua ini terjadi... pada hemah saya... semuanya berpunca dari solat... solat bukan sahaja tiang kepada agama... tapi juga tiang kepada rumah tangga yang utuh... kerana solat membentuk manusia jadi seorang yang baik dari segenap sudut kehidupan....

Bila pasangan tersebut solat... lelaki bukan sahaja boleh jadi ketua keluarga... tetapi imam ketika solat... kalau dalam solat isteri boleh mengikut di belakang suami... takkan di dalam kehidupan isteri tak mampu... sedangkan dia dah berlatih dalam solat... pasangan yang tidak solat juga akan melahirkan generasi yang tak solat... ini akan membuatkan bertambah ramai umat islam yang islam hanya pada nama tapi tak menyempurnakan rukun islam... ibubapa saya sangat menekankan tentang solat... kerana solat itu sangat penting untuk melahirkan induvidu muslim yang berjaya dunia dan akhirat... cuba lihat hari ini kerosakan yang berlaku dalam masyarakat adalah dilakukan oleh orang yang tidak menyempurnakan rukun islam yang ke dua iaitu solat...namun saya kesal kerana solat tidak diberi penekanan yang mendalam dalam kursus perkahwinan... tanggungjawab suami isteri juga tidak dihuraikan secara terperinci....

Saya harap korikulum kursus perkahwinan akan ditambah baik lagi... dengan menggalakkan peserta solat berjemaah semasa kursus... dan saya rasa kursus tu terlalu singkat untuk kita mempelajari semua ilmu rumah tangga dengan berkesan... kalau boleh buat 2 hari satu malam pun ok... siap dengan qiamulalai sekali... dan mewajibkan solat secara berjemaah... mungkin ini akan membantu setiap pasangan lebih mengenali pasangan masing2....