Gila Kerja
Isnin, Disember 24, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:00 PTG
apa yang nak saya bincangkan di sini adalah kenapa kebanyakkan orang yang workaholic adalah orang yang tidak beragama islam... kalau orang islam pun yang tak berpegang teguh kepada ajaran islam... sedangkan islam mengajar kita untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh... bukan sekadar melepaskan batuk di tangga....
perkara ini saya dapat lihat sejak saya berada di universiti lagi... kalau ada apa2 projek berkumpulan... yang banyak buat kerja adalah orang yang bukan islam... yang islam bagi kerja sikit pun tak tentu boleh siap... datang meeting pun lambat... memang susah untuk mencari orang islam yang komited dengan tugas yang dilaksanakan... begitu juga lah apabila saya masuk ke alam pekerjaan....
cuba tengok yang kerja kerajaan... siapa yang banyak goyang kaki... ada banyak mana orang islam yang sanggup datang kerja hujung minggu tanpa boleh menuntut elaun kerja lebih masa... siapa yang paling lambat menghantar tugas yang perlu dihantar? siapa yang paling banyak mengular di waktu kerja.... siapa lagi jawapannya kalau bukan orang islam..... mana orang bukan islam tidak memandang rendah kepada orang islam...
Mana sifat amanah yang islam ajarkan? Mana sifat menepati masa yang islam terapkan? Nilai sendiri.... halalkah gaji yang kita dapat itu kalau kita hanya kerja sambil lewa... ingat... kerja itu satu ibadah... bukan sekadar mengejar duit... tapi ia juga bekalan di akhirat sana... Kita perlu bekerja bersungguh-sungguh dan menghasilkan kerja yang bermutu tinggi... barulah orang bukan islam pun respek kita... anda tak percaya? buatlah dulu... anda akan nampak hasilnya nanti....