Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Rendah Diri

Ahad, April 28, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:51 PTG
Ramai orang akan rasa rendah diri apabila dipandang rendah oleh orang lain... seterusnya mereka akan hilang motivasi diri... saya dari kecil lagi selalu dipandang rendah oleh orang lain... mungkin sebab saiz badan yang kecil dan bersikap keanak-anakan... tapi biasanya saya tak terkesan dengan situasi ini sebab saya mempunyai motivasi diri yang tinggi... (berlagak...hehe...)

Masa sekolah saya tidak pernah dilantik memegang apa-apa jawatan ... masa kerja orang tak berani bagi subjek susah pada saya...mungkin sebab orang pandang rendah kepada saya... namun serendah mana pun orang pandang kita ... pandangan orang kepada kita akan berubah apabila kita mampu menonjolkan siapa diri kita... post ini saya tujukan kepada orang-orang yang senasib dengan saya yang selalu dipandang rendah...

Orang yang belum kenal siapa saya memang akan pandang rendah kepada saya... mungkin kerana penampilan saya yang agak selekeh ... tapi janganlah nilai buku itu dari kulitnya... biarlah orang nak nilai saya ni macam mana pun... asal saya tahu siapa diri saya yang sebenar... dan orang boleh tahu siapa saya dari hasil kerja yang saya lakukan....

Sebenarnya ada kelebihan bila orang pandang rendah kepada diri kita... ia akan menjadikan diri kita orang yang rendah hati... lansung tak pandai nak sombong atau meninggi diri... tapi hati2 jangan sampai diri sendiri pun pandang rendah pada kita... dan satu lagi orang tak akan overestimate kita dan takkan kecewa dengan kita....

Mengundi... Demokrasikah?

Rabu, April 10, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:12 PTG
Dah lama saya nak post pasal benda ni... tapi saya nak juga post benda ni bila mana masa mengundi semakin tiba... saya nak kongsi pengalaman pertama saya mengundi... bukan mengundi untuk pilihanraya umum tapi hanya mengundi untuk pilihanraya kampus... tapi pandangan pertama mengubah segalanya... betul tak?

Masa mula2 nak undi untuk pilihanraya kampus memang tak sabar rasanya nak jadi pemilih... biarpun pilihanraya kecil... kali pertama nak dikatakan... tapi apa yang mengecewakan saya... malam sebelum mengundi tu datang orang dari salah satu parti mengancam... dan memaksa.... "Kamu kena undi calon nombor sekian... sila hafal nombor calon... jika kamu undi yang lain kamu akan di buang kampus..."

Setelah dapat amaran ini... secara terus saya jadi 'down' untuk mengundi.... kata ni negara demokrasi... kenapa harus dicemari dengan paksaan ... kalau begitu baik tak payah buat undian... lantik jer calon yang dikehendaki... habis cerita... kalau kami tak diberi hak untuk bersuara...

Kemudian... saya simpan sahaja manifesto calon yang menang sehingga akhir tahun tersebut... satu pun tak di laksanakan... hahaha... semuanya penipu dan temberang... manifesto yang hanya manis di bibir... hanya untuk memancing undi...

Kalau beginilah kisahnya... adakah perlu saya jauh balik mengundi... menghabiskan duit dan masa... sedang mungkin hasilnya sama dengan pengalaman pertama saya yang mengecewakan.... saya rasa tak perlu untuk saya kecewa buat kali kedua....

Berikut adalah sebab untuk memungkinkan saya tidak balik mengundi... kos yang tinggi... masa mengundi adalah masa untuk saya menanda kertas peperiksaan... cuti saya dah habis... saya sayang jari saya dari calit dakwat kekal... saya tak perlu mengundi calon yang saya tak kenal dan tak akan menjadi pemimpin saya sebab saya tak tinggal tempat saya mengundi... biarlah penduduknya sendiri yang menentukan pemimpin mereka....  tapi yang paling utama sekali... saya tak nak dipermainkan lagi.... (tapi kalau dapat tiket free dan cuti tu nak jer saya balik mengundi...hehe...)

Suatu malam lepas saya dengar perbincangan pasal isu dakwat kekal... saya bermimpi di hari mengundi berlaku kekacauan yang amat dasyat.... saling berbunuhan bukan setakat membuang undi... tapi bertanding siapa lagi hebat... siapa lagi bijak mengatur strategi untuk  menang... saya harap mimpi saya tu tak jadi kenyataan dan Malaysia akan terus aman damai...

Nota tambahan: Akhirnya saya balik mengundi kerana saya dapat tiket free... namun malangnya perjalanan saya jadi kucar kacir kerana ada pihak yang menyekat kenderaan kami... akhirnya terpaksalah balik dari KL ke KB dengan duit sendiri... Saya tak akan lupakan perjalan balik mengundi ini sebagai satu kenangan dan pengalaman dalam hidup saya... jem dari KL ke KB (keseluruhan perjalanan lebih hampir 24 jam)... dan yang paling teruk jem di bandar kb... perjalanan hampir 2 jam untuk jarak yang biasa hanya menggunakan 10 minit...

Berubah

Selasa, April 09, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:47 PTG
Akhir akhir ni.... ramai orang di sekeliling aku dah berubah ke arah kebaikan... yang tak pakai stokin dah pakai stokin... aku jer masih di takuk yang lama... tak cuba untuk berubah... kalau berubah pun setakat hangat-hangat tahi ayam.... dah cukup sempurna ker aku ni? mesti lah tidak... jauh sekali...

Aku pun nak berubah jadi lebih baik dari hari ke  hari... ya Allah kuatkan aku untuk istiqomah... biarlah perubahan tu sedikit... asalkan berterusan hingga hujung nyawa... pakaian aku akhir2 ni dah makin ketat... aish... tu yang aku nak suami yang boleh menegur aku... aku nak pakai baju lepas punggung la lepas ni... nak borong banyak2 kat bandung nanti... 

Tapi aku pening juga nak buat apa baju yang aku ada? nak bagi orang baju dah buruk.... nak pakai tak boleh sebab aku nak tukar imej jadi lebih baik... nak beli tudung turkey bidang 50  atau pahminabanyak2... nak guna bidang 60  atau tudung bulat tak cukup berani lagi... tapi kena tunggu tudung sedia ada tu betul2 buruk la...

Bila kita betul2 nak jadi baik ni... Allah akan hantar orang untuk bimbing kita... tapi jangan silap niat pula...Nak jadi lebih baik dari hari ke sehari kena kuatkan semangat... hati mesti teguh baru boleh berjaya...baru boleh berubah ke arah kebaikan...