Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Susahnya Untuk Berubah

Ahad, Julai 06, 2014 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:06 PG
Assalamualaikum,

Lama sudah saya tidak berceloteh dan menulis sesuatu disini... tidak ada kesempatan... kerana terasa masa bagai terlalu cepat berlalu... ini sebenarnya kesinambungan daripada post yang lalu... jodoh akan datang bergolek...

Sebelum ni saya ada kata... kita tak perlu usaha mencari sampai tersilap jalan... cukuplah usaha untuk merubah diri dan doa yang bersungguh-sungguh tanpa putus harapan... saya percaya lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik... dan saya tahu saya belum cukup baik untuk dapat lelaki yang baik... saya mula menjadi takut untuk mencari jodoh saya sebab saya takut tak dapat lelaki yang baik kerana saya masih belum baik...

kerana itu saya nekad.... saya perlu jadi baik seperti target yang saya nak... insyaAllah... nanti Allah datangkan lelaki yang baik untuk saya seperti yang saya impikan... tapi segalanya tak mudah seperti yang saya sangkakan.... dulu saya sangka nak ubah orang jer susah... rupanya nak ubah diri sendiri pun susah.. apatah lagi nak ubah orang.... susahnya saya nak displinkan diri untuk mengikut jadual harian yang saya sediakan....

Saya berharap ramadhan yang datang ini adalah bulan yang akan melatih saya menjadi seorang insan yang baik seperti yang saya impikan... kerana saya tahu bulan ramadhan adalah bulan latihan... semoga latihan ini Berjaya di teruskan ke bulan-bulan yang seterusnya...

kekadang saya terfikir... ikhlas kah saya untuk berubah menjadi baik.... kerana Allah atau kerana seorang lelaki yang bakal bergelar suami.... hmmm.... susah betul nak ikhlas yer... dah la nak berubah pun susah... nak ikhlas pun susah.... tapi kita kena cuba... kerana saya percaya dari paksaan akan bertukar menjadi kebiasaan....insyaAllah.... moga aku terus kuat untuk berubah dan bertahan dalam hidup kesendirian....

Jodoh Akan Datang Bergolek

Ahad, Mac 16, 2014 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:03 PTG
Biasa kita dengar orang kata... ‘Jodoh takkan datang bergolek’... Kata-kata ini jugalah yang suatu hari dahulu pernah menggugat prinsip saya dalam menjaga ikhtilat dan mencari jodoh... Saya ingin kongsikan cerita di sini bukan untuk mendedahkan kehidupan peribadi saya ataupun membuka pekung di dada sendiri... Hanya sekadar peringatan buat saya di lain masa supaya tidak menggoyahkan prinsip yang dipegang...

Saya dibesarkan dengan hanya mempunyai kawan perempuan kerana bersekolah di sekolah perempuan sahaja... Cuma bila masuk PLKN baru ada classmate lelaki... Tu pun tak pernah bercakap sebab masih tak biasa dengan lelaki...Bila masuk matrik saya di dedahkan dengan haramnya budaya couple... Dan perhubungan antara lelaki dan perempuan hanyalah untuk urusan penting jer.... Prinsip tu saya pegang kuat-kuat.... Jadi memang saya jagalah ikhtilat saya... Tak pernah kut berbual dengan lelaki masa kat matrik... Alhamdulillah semuanya terjaga masa tu...

Masuk universiti... Prinsip tu masih terjaga rapi... Tapi kadang2 saya terleka juga di dunia tanpa sempadan... Bila saya rasa saya agak jauh menyimpang dari prinsip saya... Saya akan rasa tak selesa... Tak tenang... Saya akan kembali kepada prinsip saya dengan memutuskan persahabatan saya dengan mana-mana lelaki di alam maya... Jadi kalau saya kawan pun sekejap jer... Tak sampai sebulan...

Memasuki alam pekerjaan membuatkan saya lebih serius memikirkan hal jodoh... Tengok orang di sekeliling... Semua dah ada pasangan... Mana saya nak cari jodoh saya ni... Saya kembali memikirkan prinsip saya... Tambah-tambah apabila membaca artikel tentang jodoh tak datang bergolek... Saya tanya kepada diri saya sendiri, adakah sebelum ini prinsip saya terlalu keras sehingga tidak membuka ruang untuk mana-mana lelaki mengenali diri saya...

Setelah umur melebihi suku abad... Saya rasa saya patut berusaha mendapatkan jodoh saya kerana saya rasa saya sudah bersedia... Saya membuka ruang untuk berkawan dengan lelaki atas dasar perkongsian ilmu dan usaha mendapat jodoh... Alhamdulillah saya dapat kenal dengan seorang lelaki yang memenuhi ciri lelaki idaman saya walaupun kebanyakkan kawan perempuan saya kata agak mustahil nak jumpa lelaki idaman saya tu...

Hati saya tertanya... adakah Allah hadirkan dia dalam hidup saya untuk menguji kesetiaan saya kepada bakal suami saya... Saya cuba jaga hati saya... Saya perlu pilih untuk setia berbanding dia... Saya tekad... Hubungan persahabatan ini hanya boleh bertahan paling lama setahun... Kalau tidak membawa kepada perkahwinan... Biarlah ia putus begitu sahaja... Sepatutnya saya nak 3 bulan sahaja untuk kenal dia... Tapi saya lanjutkan atas sebab-sebab tertentu. Setelah 6 bulan lebih menjalin persahabatan...

Suatu malam saya tengok suatu forum... Ia mengingatkan saya kembali pada prinsip saya...dan saya rasa sangat berdosa... Walaupun mungkin pada orang hubungan tu tak salah sebab kami hanya bermesej perkara ilmiah dan bukannya setiap hari... Kekadang hanya sekali seminggu... Alhamdulillah Allah kurniakan kesibukan untuk menjaga hubungan kami.. Pagi esoknya saya langsung memutuskan hubugan tersebut...InsyaAllah dengan saya memutuskan dengan yang haram moga saya dapat yang halal.... Dengan ini saya buktikan saya benar-benar setia dengan bakal suami saya walaupun saya masih belum mengenalinya...

Saya kata pada diri saya... Mungkin aku ditakdirkan untuk tidak berkawan dengan mana-mana lelaki... dan tak perlu untuk mana-mana lelaki mengenali saya selain daripada suami saya sendiri... Biar mungkin orang kata saya terlalu keras atau jumud... Tapi itu hanya untuk menjaga hati saya... Siapa lagi nak jaga kalau bukan saya.... Saya percaya suatu hari nanti... Allah akan datangkan jodoh saya... Tapi saya tak tahu mana yang datang dulu... Jodoh saya ataupun ajal saya...

Hakikatnnya jodoh memang akan datang... Bukan salah untuk kita berusaha... Tapi yang salahnya jika kita berusaha dengan cara yang salah... Usaha boleh dengan membanyakkan amal ibadah, doa, zikir dan ubah sikap jad lebih baik... Supaya apabila kita lebih mencintai Allah... Allah akan kurniakan jodoh kepada kita juga yang mencintaiNya dan membawa kita mendekatiNya....

Peluang Terbaik Berbakti

Sabtu, Mac 15, 2014 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:13 PTG
Mungkin ramai yang terasa mempunyai keluarga yang mempunyai masalah kewangan adalah membebankan... atau menjadi tunggak utama itu suatu masalah besar... hakikatnya itu adalah peluang terbaik untuk berbakti kepada ibubapa yang membesarkan kita...Ramai daripada kita lebih suka memandang daripada segi negatif berbanding positif.... saya hanya memberi pandangan daripada kaca mata saya yang kurang mempunyai ruang untuk membantu keluarga daripada segi kewangan...

Kepada yang mepunyai peluang membantu keluarga.... saya sebenarnya cemburu kepada anda... saya nak bagi duit kat mak ayah saya pun... mereka bagi balik duit tu kat saya.... saya bawa mereka pergi melancong pun... mereka bayar semula kos pelancongan tersebut kepada saya... saya rasa bukan saya seorang yang cemburu kepada anda... tapi orang-orang yang telah kematian ibubapa mereka tanpa sempat berbakti sewaktu mereka masih hidup juga cemburu kepada anda...

Anda bertuah... ada peluang dapat membantu keluarga anda... biar pun duit anda habis setiap bulan untuk menyara keluarga anda... tapi hakikatnya duit tu milik anda di akhirat sana... berbanding dengan duit yang berada di dalam bank walaupun banyak kosong kosongnya... tapi tiada nilainya jika tak digunakan pada jalan yang betul... jangan stress untuk bantu keluarga anda selagi ada peluang... anda patut bersyukur mempunyai peluang ini....

Saya juga berharap saya juga ada peluang untuk berbakti kepada ibubapa saya.. sudah la kerja jauh di perantauan... hanya dengan kekerapan balik yang tinggi mungkin memberi peluang untuk saya  memberi keprihatinan kepada ibubapa saya... berapa pun harga tiket... insyaAllah saya sanggup bayar... doakan saya supaya dapat pindah kerja di kampong halaman,...supaya terus dapat berbakti kepada ibubapa.... apa guna jadi insan Berjaya... kalau tak mampu untuk membalas jasa ibubapa yang melahir dan mendidik kita menjadi insan berguna...


Mencari Hikmah Mengenal Redha

Khamis, Februari 13, 2014 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:47 PTG
Kita selalu cakap... setiap yang berlaku ada hikmahnya... kita juga selalu menasihati... redhalah dengan ketentuanNya... sesungguhnya itulah yang terbaik... tapi kita sendiri lupa untuk menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian... dalam tulisan ini saya ingin mengingkapi kedua-dua perkataan itu berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri... 3 tahun saya mencari hikmahnya... dan 3 tahun juga saya belajar untuk mengenal redha... setelah 3 tahun hati saya terluka...

Saya sebenarnya seorang cukup bertuah sebenarnya kalau saya kenal erti syukur... dilahirkan cukup sifat walaupun bukanlah seorang manusia yang cukup sempurna... kerana setiap manusia pasti ada kelemahan dan kekurangannya sendiri... Saya pasti ramai perempuan di luar saya ingin berada di tempat saya.... mempunyai ibubapa yang sangat penyayang dan memahami... langsung tidak mempunyai bebanan kewangan... mempunyai pekerjaan yang dianggap stabil dengan gaji lebih dari cukup untuk menyara diri... juga mempunyai kawan-kawan disekeliling yang sangat mengambil berat tentang saya.... setia mendengar dan memberi nasihat... mempunyai keputusan dalam bidang akademik yang cukup memuaskan... Alhamdulillah... itulah yang patut saya ucapkan...syukur atas segala limpahan nikmat pemberian Allah....

Sejak daripada kecil lagi...boleh dikatakan segala apa yang saya inginkan saya perolehi... apa yang tak mampu diberikan oleh ibubapa saya kepada saya akan diterangkan sebabnya dengan jelas... Kerana segala yang saya impikan saya dapat dengan mudahnya dengan bantuan Allah... menjadikan saya seorang gadis yang mempunyai cita-cita yang amat besar... tapi mempunyai impian tak semudah mengotakkannya... hanya Allah sebaik-baik penentu... kita hanyalah perancang yang tidak tahu penghujungnya...saya dapat apa yang saya cita-citakan... nak sambung belajar di matrikulasi lepas SPM... dapat sarjana muda dalam bidang dan universiti yang saya impikan.... dan sekarang juga saya bekerja seperti cita-cita yang saya bina dan tulis semasa darjah 1 dahulu dan dalam bidang yang saya benar-benar minati.... Alhamdulillah... saya dapat semua yang saya nak... Allah permudahkan semua jalan untuk saya.... namun kenapa saya masih bersedih?

Mungkin biasanya para penuntut di IPT biasanya bercinta dengan kekasih hati... tapi saya memilih jalan lain... saya bercinta dengan cita-cita saya... saya bercinta dengan ilmu di gedung ilmu pengetahuan itu... saya nak keluar daripada universiti dengan sebuah PhD... bukan sekadar segulung ijazah... itu impian saya... saya cuba usaha betul... saya ambil biasiswa yang memungkinkan saya untuk menyambung master dengan tajaan... namun takdir Allah... perjanjian tersebut diubah... pihak biasiswa tak akan menaja saya menyambung master... namun saya tekad,.. tetap ingin memburu impian... saya simpan duit sendiri... dan akhirnya saya berjaya menyambung pengajian di peringkat master tanpa pengetahuan pihak biasiswa... saya pilih mode research sebab melalui mode tersebut dapatlah saya duit geran untuk menyara kehidupan saya dan dapat saya menyimpan untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD nanti...

Panas ingatkan sampai kepetang... rupanya hujan ditengah hari... semasa saya menghayati hidup yang yang penuh indah... dikala impian seolah dalam genggaman... saya terfikir... berimankah aku andai aku tidak diuji... ramai manusia lain yang teruji dengan segala kesusahan... segala cabaran dalam kehidupan... sedangkan aku enak diulik kehidupan... tidak sayangkah Allah kepada aku kerana Dia tidak mengujiku... mungkin salah saya juga kerana meminta untuk diuji... Setelah tamat semester pertama pengajian master saya... saya mendapat surat daripada pihak biasiswa mengarahkan saya untuk melapor diri bekerja....disini saya belajar... apa yang digenggam belum tentu milik kita... inilah ujian yang besar dalam hidup saya,... mungkin inilah ujian yang saya nantikan... ibarat kaca jatuh berkecai dilantai... begitulah hati saya ketika itu... mungkin orang lain dikecewakan dengan cinta... cukuplah bagi saya untuk kecewa dengan cita-cita...

Untuk melupakan kekecewaan tersebut... saya cuba untuk sibukkan diri dengan bekerja... supaya saya lupa impian saya yang dulu... saya percaya pada layang-layang... angin mungkin berubah... tapi kita boleh mengubah arah layang-layang itu agar ia sentiasa naik  ke atas... dengan kerja sebagai seorang pendidik... saya ingin menjadi seorang pendidik yang baik... ingin melihat anak didik saya berjaya dunia dan akhirat... pada saya ketika itu biar saya seorang sahaja yang kehilangan cita-cita... saya tak nak ada lagi pelajar saya yang kecewa seperti saya... namun pengalaman banyak mengajar saya erti kehidupan... untuk mengubah insan lain tidak semudah mengubah diri sendiri... kita tak mampu mengubah orang lain selagi diri mereka sendiri tidak mahu berubah...

Kerana itu sepanjang 3 tahun... banyak air mata saya yang mengalir...membasuh luka dihati ini... kekadang saya rasa tak berbaloi meninggalkan impian saya... kerana saya selalu dikecewakan pelajar saya... kekadang saya terfikir ikhlaskah saya membantu mereka... atau hanya mengharap balasan atau penghargaan dari mereka... mungkin boleh saya kongsikan pengalaman saya sebagai pendidik di tulisan yang lain... akhirnya saya cuba mencari hikmah disebalik apa yang berlaku..

Melihat kembali hikmah disebalik yang saya miliki sekarang ini... sebenarnya saya memiliki apa yang orang lain inginkan... saya ada kerjaya tetap dengan gaji yang agak lumayan untuk saya... pada usia yang cukup muda... saya tak pernah menganggur atau memohon sebarang pekerjaan... (resume untuk minta kerja pun tak pernah buat... hehe...)... saya bekerja dalam bidang yang saya impikan dan sangat saya minat... kalau master dulu sebab nak yang ada geran... tajuknya bukan yang saya minat... saya berada dalam bidang ilmu dan saya sangat cintai ilmu... hari-hari saya lalui ditaman syurga... kerana majlis ilmu itu adalah taman syurga... saya boleh hidup ditempat yang penuh dengan keindahan alam untuk diterokai... sebenarnya terlalu banyak lagi untuk saya senaraikan...

Disini... 3 tahun hidup yang saya lalui... dengan hampir setiap malam ditemani air mata... sebenarnya banyak mengajar saya erti kehidupan... persahabatan... kerjaya... pengorbanan... kasih sayang... pengalaman yang saya tak mungkin dapat kalau saya tidak lalui sendiri... setelah 3 tahun mencari... akhirnya Allah menemukan saya dengan hikmahnya... setelah saya membina impian baru... setelah 3 tahun hidup tanpa impian untuk diri sendiri kerana takut kecewa lagi... kini saya ingin bangkit semula... kerana hikmah itu telah mengajar saya erti sebenar redha untuk menerima segala takdir yang Allah tentukan setelah kita berusaha sedaya mungkin... mempercayai jalan yang dilalui ini sebenarnya jalan yang terbaik Allah berikan untuk kita.... walaupun mungkin nampak seolah jalan tersebut penuh halangan tapi hakikatnya halangan itulah yang membawa kita dekat dengan Dia...

Setelah mengenal redha,... saya tak takut lagi menanam impian...saya tak mungkin lagi dikecewakan impian... kerana saya yakin... apa yang berlaku... itulah yang terbaik buat saya walaupun ia tidak saya inginkan.... saya harus cuba untuk dapatkan yang terbaik... namun belum tentu dapat apa yang saya inginkan... dari situ saya harus belajar redha,.... mungkin ia ujian buat saya bagi meningkatkan keimanan saya atau menghapus dosa saya... namun ujian Allah itu sangatlah luas... bila diuji kesusahan ramai yang sabar... bila diuji kesenangan ramai yang rebah... Ya Allah... Kuatkan aku dalam menghadapi ujianMu... bersyukurlah wahai atas nikmat yang diberi... bersabarlah wahai hati atas ujian yang diberi... hanya bahagia yang ku dambakan...