Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Peluang Terbaik Berbakti

Sabtu, Mac 15, 2014 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:13 PTG
Mungkin ramai yang terasa mempunyai keluarga yang mempunyai masalah kewangan adalah membebankan... atau menjadi tunggak utama itu suatu masalah besar... hakikatnya itu adalah peluang terbaik untuk berbakti kepada ibubapa yang membesarkan kita...Ramai daripada kita lebih suka memandang daripada segi negatif berbanding positif.... saya hanya memberi pandangan daripada kaca mata saya yang kurang mempunyai ruang untuk membantu keluarga daripada segi kewangan...

Kepada yang mepunyai peluang membantu keluarga.... saya sebenarnya cemburu kepada anda... saya nak bagi duit kat mak ayah saya pun... mereka bagi balik duit tu kat saya.... saya bawa mereka pergi melancong pun... mereka bayar semula kos pelancongan tersebut kepada saya... saya rasa bukan saya seorang yang cemburu kepada anda... tapi orang-orang yang telah kematian ibubapa mereka tanpa sempat berbakti sewaktu mereka masih hidup juga cemburu kepada anda...

Anda bertuah... ada peluang dapat membantu keluarga anda... biar pun duit anda habis setiap bulan untuk menyara keluarga anda... tapi hakikatnya duit tu milik anda di akhirat sana... berbanding dengan duit yang berada di dalam bank walaupun banyak kosong kosongnya... tapi tiada nilainya jika tak digunakan pada jalan yang betul... jangan stress untuk bantu keluarga anda selagi ada peluang... anda patut bersyukur mempunyai peluang ini....

Saya juga berharap saya juga ada peluang untuk berbakti kepada ibubapa saya.. sudah la kerja jauh di perantauan... hanya dengan kekerapan balik yang tinggi mungkin memberi peluang untuk saya  memberi keprihatinan kepada ibubapa saya... berapa pun harga tiket... insyaAllah saya sanggup bayar... doakan saya supaya dapat pindah kerja di kampong halaman,...supaya terus dapat berbakti kepada ibubapa.... apa guna jadi insan Berjaya... kalau tak mampu untuk membalas jasa ibubapa yang melahir dan mendidik kita menjadi insan berguna...