Prakata : Di Rostock Aku Mencari Asimtot
Jumaat, November 11, 2016 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:42 PG
Lama sudah tak update blog ni...
Kalau rumah rasanya dah naik pokok...
Oklah.. nak tebas semua pokok yang dah naik... nak buang semua sarang anai2 dan labah2 yang ada... nak buat kisah baru... 'Di Rostock Aku Mencari Asimtot'. Tajuk ni diinspirasikan oleh seorang kawan. Dia tahu siapa dirinya. Terima kasih saya ucapkan.
Kisah realiti pengembaraan seorang gadis sendirian di bumi asing yang saya namakan dalam cerita ni sebagai 'Aku' berlatar belakangkan sebuah pekan yang agak jauh dari kota bernama Rostock terletak di negara Jerman.
Mungkin anda tertanya apakah maksud asimtot? Pakwe dia kah? Tidak sama sekali. Asimtot dalam bahasa mudahnya adalah satu garisan yang tak mampu dicapai oleh graf ia hanya mampu dihampiri oleh garisan graf tersebut.
Jadi apa kaitan asimtot dengan kisah ini. Gadis ini tekad untuk merantau dalam keterpaksaan mencari sebuah pengalaman hidup yang sangat berharga. Dia percaya dengan pengalaman hidup yang diperolehinya ini dapat mendidik dia menjadi seorang insan yang lebih sempurna. Ya, sempurna itulah asimtot yang dimaksudkan. Manusia takkan mampu sempurna walaupun sampai infiniti tahun berusaha ke arah itu. Cuma mampu menghampiri kesempurnaan. Kesempurnaan adalah milik mutlak Allah sahaja.
Semoga daripada kisah ini ada pengajaran dan pedoman yang dapat dikongsi. Yang buruk kita jadikan sempadan dan yang baik kita adaptasikan dalam kehidupan kita.
"Sendirian jalani hidup dibumi asing. Hanya padaMu aku bergantung harap."