Aku adalah insan yang ingin menjaga kesucian cinta. Bak kata
orang cinta selepas kahwin itu indah dan suci. Aku juga terpengaruh ingin untuk
bercinta selepas kahwin. Pernah terfikir nak kahwin paksa supaya tidak bergelumang
dengan cinta sebelum kawin. Aku adalah jenis orang yang mempunyai matlamat dan
perancangan yang teliti untuk memastikan
matlamat aku menjadi kenyataan. Aku tahu aku tak mungkin dapat kahwin
paksa kerana ibubapa aku bukan jenis yang memaksa. Calon suami pun aku kena
cari sendiri. Untuk matlamat tidak bergelumang dengan cinta sebelum kahwin itu,
aku dah buat perancangan dari segi kewangan, baju kawin, kad kawin dan
lain-lain. Kira kalau jumpa calon je terus “ON”. Tetapi nak cari calon zaman sekarang bukan
mudah nak memenuhi kriteria aku. Ya, aku jenis yang agak memilih.
Sebelum ini aku pernah minat dengan beberapa calon, tetapi
atas sebab ingin menjaga batas pergaulan atau nama lainnya ikhtilat. Aku tak
pernah bercakap dengan mereka dan akhirnya aku melepas. Mungkin bukan jodoh
aku, aku tak salahkan takdir. Allah akan hadirkan orang yang tepat pada masa
yang tepat. Bila aku jumpa calon ini, aku melonggarkan sedikit ikhtilat
yang aku jaga selama ini. Aku berkawan dengan dia. Tapi masih terkawal, kami
berhubung pun ON/OFF selama beberapa tahun. Selepas beberapa bulan dia mendiamkan diri, tiba-tiba dia muncul dan
menyatakan hasrat hatinya untuk kenal aku dengan lebih dekat namun dia masih
belum bersedia.
Hanya Allah tahu betapa bahagia perasaan aku waktu itu
apabila akhirnya cinta yang aku tunggu berbalas. Tetapi ia bercampur sedih, kerana dia tidak
dapat menghalalkan aku. Buat lelaki yang diluar sana, janganlah kamu meluahkan
cinta di hati kamu jika kamu belum bersedia. Sakit tahu tak nak jaga hubungan
yang tak halal dan bila kita tak dapat halalkan hubungan itu. Aku bukan ingin
cinta seorang lelaki yang tak halal untuk aku. Tapi aku inginkan seorang suami
yang halal untuk aku. Tiap doa, aku
pohon mudahkanlah jalan dia dan berikanlah dia keyakinan untuk menghalalkan aku.
Aku tidak ingin menghampiri zina, merindui insan yang tak halal untuk aku
rindui. Perjalanan hidup kita ni Allah yang tulis, dia tahu apa yang
terbaik untuk kita. Hati kita dan orang yang kita suka juga Allah yang jaga.
Bila aku fikir balik, betul ke aku sudah bersedia untuk
berkahwin dengan lelaki yang aku hanya kenal di alam maya. Dia dan aku daripada latar belakang hidup yang
sangat berbeza. Menjadikan kami induvidu yang berbeza kerana pengalaman yang
membentuk siapa diri kita hari ini. Macam mana aku nak hidup dengan orang yang
jauh berbeza daripada aku daripada segi pemikiran dan sikap. Aku rasa cinta itu
sangat berbeza daripada apa yang aku bayangkan dan aku lihat dikaca televisyen.
Cinta itu tidak seindah yang dimpikan. Tapi cinta itu sungguh rumit dan
membebankan. Apatah lagi selepas kahwin yang penuh dengan tanggungjawab.
Perkahwinan sepatutnya membawa seorang perempuan ke syurga bukan neraka. Jadi
perlu dipertimbangkan juga bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang taat dan
tidak melukakan hati seorang suami. Biasa hidup sendiri tidak perlu fikir
perasaan orang lain. Bila sudah berkahwin nanti perlu jaga hati suami sebaiknya.
Buat aku terfikir bagaimana budak kecil bermain dengan cinta yang sungguh
merumitkan ini.
Sementara
menunggu kesediaan si dia, aku fikir lebih baik aku memperbaiki diri aku jadi
lebih baik. Kerana aku percaya, kuasa cinta itu hebat jika digunakan dengan
cara yang betul. Ia memberi kesungguhan untuk aku berubah bukan kerana dia tapi
kerana Dia yang Maha Berkuasa. Kerana aku percaya janji Allah itu benar, lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik. Jika aku inginkan suami yang baik aku
haruslah terlebih dahulu menjadi perempuan yang baik. Dia bukanlah lelaki yang
bermulut manis yang menghidangkan aku dengan pujian yang indah. Tapi dia adalah
kawan yang ingin melihat aku menjadi insan yang lebih baik. Dia selalu kutuk
aku, memberi aku semangat untuk terus berubah. Dengan sokongan sahabat
disekeliling membantu aku untuk melihat sisi gelap aku yang perlu aku baiki.
InsyaAllah dengan hadirnya cinta ini, jika jodoh ku bukan dengan dirinya,
sekurang-kurangnya ia telah bantu menjadikan aku insan yang lebih baik. Allah
adalah sebaik-baik perancang.