Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Ceritera Cinta

Rabu, Julai 26, 2017 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:20 PTG
Aku adalah insan yang ingin menjaga kesucian cinta. Bak kata orang cinta selepas kahwin itu indah dan suci. Aku juga terpengaruh ingin untuk bercinta selepas kahwin. Pernah terfikir nak kahwin paksa supaya tidak bergelumang dengan cinta sebelum kawin. Aku adalah jenis orang yang mempunyai matlamat dan perancangan yang teliti untuk memastikan  matlamat aku menjadi kenyataan. Aku tahu aku tak mungkin dapat kahwin paksa kerana ibubapa aku bukan jenis yang memaksa. Calon suami pun aku kena cari sendiri. Untuk matlamat tidak bergelumang dengan cinta sebelum kahwin itu, aku dah buat perancangan dari segi kewangan, baju kawin, kad kawin dan lain-lain. Kira kalau jumpa calon je terus “ON”.  Tetapi nak cari calon zaman sekarang bukan mudah nak memenuhi kriteria aku. Ya, aku jenis yang agak memilih.

Sebelum ini aku pernah minat dengan beberapa calon, tetapi atas sebab ingin menjaga batas pergaulan atau nama lainnya ikhtilat. Aku tak pernah bercakap dengan mereka dan akhirnya aku melepas. Mungkin bukan jodoh aku, aku tak salahkan takdir. Allah akan hadirkan orang yang tepat pada masa yang tepat. Bila aku jumpa calon ini, aku melonggarkan sedikit ikhtilat yang aku jaga selama ini. Aku berkawan dengan dia. Tapi masih terkawal, kami berhubung pun  ON/OFF selama beberapa tahun. Selepas beberapa bulan dia mendiamkan diri, tiba-tiba dia muncul dan menyatakan hasrat hatinya untuk kenal aku dengan lebih dekat namun dia masih belum bersedia.

Hanya Allah tahu betapa bahagia perasaan aku waktu itu apabila akhirnya cinta yang aku tunggu berbalas. Tetapi ia bercampur sedih, kerana dia tidak dapat menghalalkan aku. Buat lelaki yang diluar sana, janganlah kamu meluahkan cinta di hati kamu jika kamu belum bersedia. Sakit tahu tak nak jaga hubungan yang tak halal dan bila kita tak dapat halalkan hubungan itu. Aku bukan ingin cinta seorang lelaki yang tak halal untuk aku. Tapi aku inginkan seorang suami yang halal untuk aku. Tiap doa, aku pohon mudahkanlah jalan dia dan berikanlah dia keyakinan untuk menghalalkan aku. Aku tidak ingin menghampiri zina, merindui insan yang tak halal untuk aku rindui. Perjalanan hidup kita ni Allah yang tulis, dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Hati kita dan orang yang kita suka juga Allah yang jaga.

Bila aku fikir balik, betul ke aku sudah bersedia untuk berkahwin dengan lelaki yang aku hanya kenal di alam maya. Dia dan aku daripada latar belakang hidup yang sangat berbeza. Menjadikan kami induvidu yang berbeza kerana pengalaman yang membentuk siapa diri kita hari ini. Macam mana aku nak hidup dengan orang yang jauh berbeza daripada aku daripada segi pemikiran dan sikap. Aku rasa cinta itu sangat berbeza daripada apa yang aku bayangkan dan aku lihat dikaca televisyen. Cinta itu tidak seindah yang dimpikan. Tapi cinta itu sungguh rumit dan membebankan. Apatah lagi selepas kahwin yang penuh dengan tanggungjawab. Perkahwinan sepatutnya membawa seorang perempuan ke syurga bukan neraka. Jadi perlu dipertimbangkan juga bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang taat dan tidak melukakan hati seorang suami. Biasa hidup sendiri tidak perlu fikir perasaan orang lain. Bila sudah berkahwin nanti perlu jaga hati suami sebaiknya. Buat aku terfikir bagaimana budak kecil bermain dengan cinta yang sungguh merumitkan ini.

Sementara menunggu kesediaan si dia, aku fikir lebih baik aku memperbaiki diri aku jadi lebih baik. Kerana aku percaya, kuasa cinta itu hebat jika digunakan dengan cara yang betul. Ia memberi kesungguhan untuk aku berubah bukan kerana dia tapi kerana Dia yang Maha Berkuasa. Kerana aku percaya janji Allah itu benar, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jika aku inginkan suami yang baik aku haruslah terlebih dahulu menjadi perempuan yang baik. Dia bukanlah lelaki yang bermulut manis yang menghidangkan aku dengan pujian yang indah. Tapi dia adalah kawan yang ingin melihat aku menjadi insan yang lebih baik. Dia selalu kutuk aku, memberi aku semangat untuk terus berubah. Dengan sokongan sahabat disekeliling membantu aku untuk melihat sisi gelap aku yang perlu aku baiki. InsyaAllah dengan hadirnya cinta ini, jika jodoh ku bukan dengan dirinya, sekurang-kurangnya ia telah bantu menjadikan aku insan yang lebih baik. Allah adalah sebaik-baik perancang.


Komen: