Ceritera Cinta 2
Selasa, Mac 06, 2018 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:49 PTG
Zaman dulu aku fikir, aku perlu tunjuk semua kelemahan aku pada bakal pasangan untuk melihat penerimaannya. Tapi akhirnya aku sedar, aku tak boleh paksa orang terima kelemahan aku tanpa aku cuba memperbaikinya. Hidup ini bukan statik untuk kita terus berada di takuk lama. Hidup ini perlu lebih dinamik untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.
Tetapi tak semua kelemahan yang kita ada mampu kita ubah. Ada kelemahan yang memang kita tak mampu ubah walaupun kita sendiri rasa ingin berubah. Jadi kalau boleh carilah pasangan yang mampu terima kelemahan yang kita tak mampu ubah ni. Tak salah sebenarnya kalau kita nak bakal pasangan kita berubah menjadi lebih baik. Tapi kita perlu ingat manusia tu tak sempurna. Kita perlu juga untuk belajar menerima kelemahan pada bakal pasangan kita. Kerana kita juga punya kelemahan yang perlu dia terima.
Dalam masa 8 bulan ni aku banyak belajar tentang cinta dan perkahwinan daripada pengalaman aku, kawan aku dan juga KRT. Aku tengok kebanyakkan pasangan berkahwin untuk menuntut hak masing-masing sehingga lupa menjalankan tanggungjawab sendiri sebaik mungkin. Pada pendapat aku perkahwinan bukan sekadar untuk menerima. Tetapi ia lebih kepada untuk memberi dan membahagiakan pasangan.
Berbalik kepada aku, kalau nak kira hidup aku ni dah cukup sempurna (pada aku la). Aku sangat bahagia ada kawan2 yang baik disisi, ada keluarga yang penyayang, ada kerjaya dan diberi peluang untuk capai segala impian aku. Mungkin di sini aku diuji untuk bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan. Oleh itu aku nak kongsi bahagia yang aku ada ni dengan seseorang yang bernama suami. Sebab tu aku cari calon suami.
Tetapi malangnya bakal suami aku tu sesat entah mana2, tak sampai kesudah. Ini membuatkan aku berfikir pasal jodoh sampai aku rasa sangat sedih dan down. Padahal aku ada segala-galanya dalam hidup aku. Aku fikir apa beza aku ni dengan lelaki yang menjandakan isteri sendiri untuk membahagiakan janda lain? Aku ada bahagia, aku korbankan bahagia aku sebab duk fikir nak bahagiakan orang lain.
Bila aku jumpa ayat ni dalam surah Al-Talaq ayat 3:
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
Ayat ni buat aku terfikir adakah aku telah berserah bulat-bulat pada Allah soal jodoh? Kalau aku serah bulat-bulat kenapa perlu aku risau dan aku sedih bila jodoh seolah tak kunjung tiba. Aku juga takut kehilangannya. Sepatutnya apa yang berlaku dalam hidup aku ni aku terima seadanya dengan hati terbuka. Hidup ni singkat je, rugilah kalau hanya guna untuk meratapi nasib. Dia pasti bukan yang terbaik untuk aku kalau dia bukan jodoh aku.
Aku nekad, aku nak serah bulat-bulat soal jodoh ni pada Allah. Aku tak nak simpan lelaki yang tak halal untuk aku dalam hati aku ni. Aku pilih untuk setia dengan bakal suami aku walaupun aku tak tahu siapakah dia nanti. Adakah akan ditemui di dunia atau di akhirat sana? Apapun takdir yang berlaku, itulah takdir terbaik untuk aku. Walaupun kadang-kadang aku ni cemburu dengan pahala yang dapat dikumpul oleh orang yang kawin, cemburu dengan kasih sayang yang mereka dapat daripada seorang suami. Tapi mungkin kalau kawin aku tambah dosa dan bawa aku ke neraka atau seret aku ke lembah derita. Baik aku kekal bujang sampai ke tua. Kerana untuk jadi isteri solehah itu bukan perkara mudah. Perlu banyak pengorbanan dan kesabaran. Kesimpulannya cintailah diri sendiri dahulu sementara menunggu yang halal menjemput. Jangan lepaskan kebahagiaan yang kita ada untuk meraih kebahagiaan yang belum pasti.
P/s: Best perasaan ni bila tiada lagi cinta di hati buat yang tak halal... tenang je berserah pada takdir...