Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
Saya ni makan gaji... tiap-tiap bulan cucuk kad pada dinding pasti keluar duitnya... tetapi kekadang kerja banyak sampai hampir tak terbuat... letih tak termampu rasanya...di pejabat dari 8-5 tanpa rehat tengah hari... naik solat jer sekejap... lepas tu hujung minggu pun duduk office..... kadang-kadang tak ada kerja sangat.... masa tak ada kerja ni la rasa nak mengular saja... masuk office jam lapan... jam 11 dah naik atas tidur dan solat sampai pukul 3.... jam 5 balik... macam mana rezeki nak berkat... adeh... tapi duduk ofis tak ada kerja nak buat pun bosan juga.... kalau gaji ikut masa kita kerja kan best... tak ada lah rasa bersalah makan gaji haram.... sebab gaji tetap akan dibayar walaupun waktu kerja kita mengular... kalau kita dapat punch kad ikut waktu bebas yg kita kerja dan gaji dibayar ikut jam kita bekerja kan best... tak ada la kita termakan duit haram kecuali kita menipu... hanya ada 1 cara kita nak pastikan gaji kita halal.... kita catatkan masa kita ponteng kerja... dan kita gantikan di waktu lain... pastikan kita tidak berhutang waktu kerja... insyaAllah rezeki yang kita dapat setiap bulan tu halal dan berkat....
Terfikir best juga kalau dapat kerja kais pagi makan pagi...kita ni manusia... ada mood nak kerja ker malas...kalau kerja sendiri...ikut kerajinan kita la... boleh adjust sendiri... ikut suka kita.... jadi nelayan ker... pekebun ker... peniaga ker....rasa rajin kita kerja lebih... rasa malas... kita rehat jer... gaji kompom halal sebab atas usaha kita...bebas... tak perlu fikir banyak... tak terbeban dengan tugas yang terpaksa dipikul... cuma tak boleh hidup mewah jer la... mewah ker saya sekarang? (tak ada la mewah... cuma tak ada masalah kewangan dan tak perlu fikir pasal wang.... )
Bahagia ker ada banyak duit tapi terpenjara dalam tugas? Kebebasan adalah sesuatu yang berharga yang lebih bernilai dari wang ringgit... tak boleh dibeli... tapi kalau kais pagi makan pagi ni satu jer masalah... terhimpit dari segi kewangan.... susah nak rancang pelan kewangan... tak suka juga kalau hari-hari terpaksa fikir pasal duit... kalau semua benda tak suka... tak payah hidup la... hidup bukan untuk suka-suka tapi untuk diuji...
Saya ada baca 1 cerita... ada orang kaya ni... dia kerja kuat... sehingga kadang2 tiada masa dengan keluarga... dia berbual dengan seorang nelayan yang kais pagi makan pagi ni... nelayan tu tanya... apa yang awak cari sebenarnya dalam hidup ni.... si kaya kata dia nak bagi kebahagiaan kepada keluarga dia... si nelayan kata... macam mana si kaya nak bagi kebahagiaan kepada keluarganya sedangkan masa pun dia tak mampu luangkan untuk keluarga dia... dia hanya mampu bagi material tapi tak mampu bagi kasih sayang dan perhatian.... sedangkan si nelayan mampu meluangkan masa memberi perhatian dan kasih sayang kepada keluarganya sehingga dapat membahagiakan keluarganya walaupun sekadar mampu memberikan sedikit material kepada keluarganya... agak2 keluarga siapa yang lebih bahagia... saya tinggalkan disini untuk anda fikirkan sendiri....
Labels:
PeDoMaN
Bila orang sibuk bicara pasal racist ni... saya pun nak cakap pasal racist juga... ikut perkembangan semasa la nak dikatakan... dibesarkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya... ini saya luahkan pandangan saya sebagai orang Melayu disini...
Sebelum itu... saya ceritakan dulu sejarah saya... Saya dibesarkan dalam keluarga melayu... ada sorang sepupu kawin dengan cina... masa tadika saya tak ada kawan lain bangsa sebab saya belajar di tadika islam... Tapi sejak darjah 1 hinggalah berkerja saya telah bercampur dan berkawan dengan pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk malaysia....opps... lupa... saya asal dari kelantan yang majoritinya adalah melayu...
Hari tu masa anak kepada sepupu saya yang maknya cina tu kawin... ramai sanak saudaranya datang melawat sambil menolong memandangkan kerja kenduri ni 'bekwoh' (big work)... tiada masalah kami bersama di dapur memasak... bersama di ruang tamu berbual meraikan pengantin...yup tiada racist disini walaupun kami berlainan agama dan bangsa...sekarang anak sepupu saya tengah tunggu hari jer untuk melahirkan anaknya yang sulung...
Masa zaman sekolah mungkin saya kurang rapat dengan bangsa lain kerana mereka terlalu sedikit... sebab saya kan berasal dari kelantan...saya cuma bertegur sapa sahaja... ohh.. teringat masa darjah 3... rakan sekelas yang berbangsa cina taja Aiskrim untuk 1 kelas pada jamuan akhir tahun... best....masa di matrikulasi dan PLKN pun saya juga tidak terlalu rapat dengan bangsa cina sebab mereka tak ramai hanya mungkin 10% sahaja...
Saya mula rapat dengan bangsa cina ni masa saya belajar di universiti... maklumlah kerja kumpulan kena buat berbilang agama, bangsa dan jantina... itu syarat dari pensyarah untuk menyatukan kami anak Malaysia... saya sangat suka berkerja dengan bangsa cina ni berbanding dengan bangsa melayu itu sendiri... ini semua masalah sikap... nama jer Melayu dan Islam tapi tak bertanggungjawab dan tidak menepati masa.... orang melayu jangan marah.. ini realiti... kita sendiri yang kena ubah....
Realiti yang sebenar kenapa sampai sekarang melayu masih dibawah.... melayu perlu akui... ini semua salah kita bukan salah orang lain... cuba lihat... berapa ramai orang kita jadi sampah masyarakat... ini salah kita bukan salah orang lain... kita yang menentukan hidup kita... kita kena usaha... kita ada Allah untuk berdoa... kerana doa itu senjata muslim... solat dan aurat sendiri pun tak terjaga macam mana nak jaga agama kononnya...
cuba kita periksa diri kita sendiri... kenapa kita hanya disini... cuma tengok kerjasama dikalangan orang melayu,.. benda kecil pun boleh gaduh besar... cuba tengok dengan janji melayu... saya hairan macam mana orang melayu boleh bangga dengan janji melayu yang langsung tak beretika kerana tidak menepati masa... cuba tengok amanah yang diberikan... adakah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan baik... kita nilai sendiri kenapa kita terus ditindas di negara sendiri... kerana kita yang menindas diri kita sendiri... selesa berada di zon selesa...
saya nak kongsi pengalaman saya semasa belajar... kenapa orang cina ni boleh berjaya... sebab mereka ada sifat kerjasama... diorang bersatu... diorang akan tolong kawan dan junior diorang yang lemah... diorang sangat rajin...kerja dengan sangat bersungguh-sungguh kalau buat projek berkumpulan dengan diorang tak perlu lah risau kerana mereka akan memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk menyiapkan projek tersebut... kalau buat mesyuarat memang datang tepat pada masanya.... bukankah ini semua nilai yang diajar oleh islam... kenapa kita melayu yang beragama islam tak mengamalkannya... lepas tu salahkan cina bila mereka berjaya...
bila saya kerja sebagai seorang pendidik... saya mendidik pelajar dari pelbagai bangsa dan agama sebab saya mendidik anak bangsa di seberang laut...saya dapat lihat dengan jelas sikap pelajar islam sangat berbeza dengan pelajar bukan islam... pelajar bukan islam sangat rajin berusaha... mereka nak keputusan yang cemerlang... tapi malangnya pelajar islam hanya target nak lulus saja... mereka bukan lemah... tapi mungkin kurang motivasi... dan pendedahan tentang kepentingan ilmu
saya masa kecil sebenarnya agak racist... kenapa cina nak rampas hak orang melayu... kenapa melayu gagal ditanah sendiri dan ditindas orang cina... hanya menjadi pekerja bawahan... tapi bila dah belajar tinggi... bergaul lebih rapat dengan mereka... saya tahu... mereka berjaya kerana sikap mereka... kita gagal kerana kita gagal mengubah sikap kita... sampai bila kita nak terus begini?
mereka bukan musuh kita... salah satu ayat dalam al-Quran... kita diciptakan dari perbagai bangsa untuk saling mengenali... bukan untuk saling bermusuhan... mungkin kebanyakkan dari kita yang berbangsa melayu ini beragama islam... dan mungkin kebanyakan dari mereka itu beragama lain... bergaul dengan mereka dengan sikap yang baik mungkin itu adalah salah satu jalan dakwah bagi kita untuk mendekatkan mereka dengan agama fitrah ini...
tolak titik perbezaan carilah titik persamaan... bukan bermaksud kita menerima agama mereka... tapi kita terima mereka sebagai sama-sama rakyat Malaysia yang sangat dicintai ini... Keamanan untuk Malaysia... Kami sayang Malaysia...
Labels:
PeDoMaN
Ramai orang akan rasa rendah diri apabila dipandang rendah oleh orang lain... seterusnya mereka akan hilang motivasi diri... saya dari kecil lagi selalu dipandang rendah oleh orang lain... mungkin sebab saiz badan yang kecil dan bersikap keanak-anakan... tapi biasanya saya tak terkesan dengan situasi ini sebab saya mempunyai motivasi diri yang tinggi... (berlagak...hehe...)
Masa sekolah saya tidak pernah dilantik memegang apa-apa jawatan ... masa kerja orang tak berani bagi subjek susah pada saya...mungkin sebab orang pandang rendah kepada saya... namun serendah mana pun orang pandang kita ... pandangan orang kepada kita akan berubah apabila kita mampu menonjolkan siapa diri kita... post ini saya tujukan kepada orang-orang yang senasib dengan saya yang selalu dipandang rendah...
Orang yang belum kenal siapa saya memang akan pandang rendah kepada saya... mungkin kerana penampilan saya yang agak selekeh ... tapi janganlah nilai buku itu dari kulitnya... biarlah orang nak nilai saya ni macam mana pun... asal saya tahu siapa diri saya yang sebenar... dan orang boleh tahu siapa saya dari hasil kerja yang saya lakukan....
Sebenarnya ada kelebihan bila orang pandang rendah kepada diri kita... ia akan menjadikan diri kita orang yang rendah hati... lansung tak pandai nak sombong atau meninggi diri... tapi hati2 jangan sampai diri sendiri pun pandang rendah pada kita... dan satu lagi orang tak akan overestimate kita dan takkan kecewa dengan kita....
Labels:
PeDoMaN
Dah lama saya nak post pasal benda ni... tapi saya nak juga post benda ni bila mana masa mengundi semakin tiba... saya nak kongsi pengalaman pertama saya mengundi... bukan mengundi untuk pilihanraya umum tapi hanya mengundi untuk pilihanraya kampus... tapi pandangan pertama mengubah segalanya... betul tak?
Masa mula2 nak undi untuk pilihanraya kampus memang tak sabar rasanya nak jadi pemilih... biarpun pilihanraya kecil... kali pertama nak dikatakan... tapi apa yang mengecewakan saya... malam sebelum mengundi tu datang orang dari salah satu parti mengancam... dan memaksa.... "Kamu kena undi calon nombor sekian... sila hafal nombor calon... jika kamu undi yang lain kamu akan di buang kampus..."
Setelah dapat amaran ini... secara terus saya jadi 'down' untuk mengundi.... kata ni negara demokrasi... kenapa harus dicemari dengan paksaan ... kalau begitu baik tak payah buat undian... lantik jer calon yang dikehendaki... habis cerita... kalau kami tak diberi hak untuk bersuara...
Kemudian... saya simpan sahaja manifesto calon yang menang sehingga akhir tahun tersebut... satu pun tak di laksanakan... hahaha... semuanya penipu dan temberang... manifesto yang hanya manis di bibir... hanya untuk memancing undi...
Kalau beginilah kisahnya... adakah perlu saya jauh balik mengundi... menghabiskan duit dan masa... sedang mungkin hasilnya sama dengan pengalaman pertama saya yang mengecewakan.... saya rasa tak perlu untuk saya kecewa buat kali kedua....
Berikut adalah sebab untuk memungkinkan saya tidak balik mengundi... kos yang tinggi... masa mengundi adalah masa untuk saya menanda kertas peperiksaan... cuti saya dah habis... saya sayang jari saya dari calit dakwat kekal... saya tak perlu mengundi calon yang saya tak kenal dan tak akan menjadi pemimpin saya sebab saya tak tinggal tempat saya mengundi... biarlah penduduknya sendiri yang menentukan pemimpin mereka.... tapi yang paling utama sekali... saya tak nak dipermainkan lagi.... (tapi kalau dapat tiket free dan cuti tu nak jer saya balik mengundi...hehe...)
Suatu malam lepas saya dengar perbincangan pasal isu dakwat kekal... saya bermimpi di hari mengundi berlaku kekacauan yang amat dasyat.... saling berbunuhan bukan setakat membuang undi... tapi bertanding siapa lagi hebat... siapa lagi bijak mengatur strategi untuk menang... saya harap mimpi saya tu tak jadi kenyataan dan Malaysia akan terus aman damai...
Nota tambahan: Akhirnya saya balik mengundi kerana saya dapat tiket free... namun malangnya perjalanan saya jadi kucar kacir kerana ada pihak yang menyekat kenderaan kami... akhirnya terpaksalah balik dari KL ke KB dengan duit sendiri... Saya tak akan lupakan perjalan balik mengundi ini sebagai satu kenangan dan pengalaman dalam hidup saya... jem dari KL ke KB (keseluruhan perjalanan lebih hampir 24 jam)... dan yang paling teruk jem di bandar kb... perjalanan hampir 2 jam untuk jarak yang biasa hanya menggunakan 10 minit...
Labels:
PeDoMaN
Akhir akhir ni.... ramai orang di sekeliling aku dah berubah ke arah kebaikan... yang tak pakai stokin dah pakai stokin... aku jer masih di takuk yang lama... tak cuba untuk berubah... kalau berubah pun setakat hangat-hangat tahi ayam.... dah cukup sempurna ker aku ni? mesti lah tidak... jauh sekali...
Aku pun nak berubah jadi lebih baik dari hari ke hari... ya Allah kuatkan aku untuk istiqomah... biarlah perubahan tu sedikit... asalkan berterusan hingga hujung nyawa... pakaian aku akhir2 ni dah makin ketat... aish... tu yang aku nak suami yang boleh menegur aku... aku nak pakai baju lepas punggung la lepas ni... nak borong banyak2 kat bandung nanti...
Tapi aku pening juga nak buat apa baju yang aku ada? nak bagi orang baju dah buruk.... nak pakai tak boleh sebab aku nak tukar imej jadi lebih baik... nak beli tudung turkey bidang 50 atau pahminabanyak2... nak guna bidang 60 atau tudung bulat tak cukup berani lagi... tapi kena tunggu tudung sedia ada tu betul2 buruk la...
Bila kita betul2 nak jadi baik ni... Allah akan hantar orang untuk bimbing kita... tapi jangan silap niat pula...Nak jadi lebih baik dari hari ke sehari kena kuatkan semangat... hati mesti teguh baru boleh berjaya...baru boleh berubah ke arah kebaikan...
Labels:
PeDoMaN