Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
dulu aku ingat... impian aku paling penting dalam hidup aku... betapa aku kecewa apabila impian aku terpaksa ditangguhkan... hampir untuk aku menyalahkan takdir yang berlaku... teruk betul aku ni...tapi Alhamdulillah sekarang aku sedar... impian aku bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan impian lebih 100 orang... betapa gembiranya jika dapat membantu orang lain menggapai impian mereka.... jauh lebih gembira berbanding impian sendiri yang tercapai... mungkin kerana sudah banyak impian aku yang telah aku genggam.... kurang bersyukurkah aku?
mungkin hingga kini sudah setahun aku melepaskan impian aku... kekadang aku masih sedih teringatkannya... bertambah terharu bila melihat rakan-rakan yang berjaya menggenggam impian mereka... susah untuk mendidik hati redha dengan takdirNya... sebenarnya aku terperangkap dalam impian sendiri... dalam mengejar impian aku menabur janji untuk merealisasikan impian aku...tapi janji hanya sekadar tinggal janji... hanya aku yang terpaksa menunaikan janji... walaupun sepatutnya aku bersyukur kerana hakikatnya betapa ramai yang ingin berada ditempatku... kata orang mempunyai pendapatan tetap... tetapkah? bukan sekarang ada exit policy???
janji aku bukan pada seorang dua... tapi seluruh rakyat malaysia.. kerana mereka menanggung aku belajar dulu... akan ku kotakan... dan akan aku berikan perkhidmatan yang terbaik... tak akan aku seiakan duit yang mereka berikan kepada aku...kini masa untuk aku menabur bakti.... membantu insan lain menggenggam impian mereka... aku mahu melihat mereka berjaya seperti aku... malah lebih baik daripada aku...
Mungkin orang akan kata... aku gila kerja... tapi mereka tak rasa apa yang aku rasa.... apa yang aku rasa apabila aku terpaksa melepaskan impian akau kerana kerja ini... betapa hati kecil ku memberontak... seolah-olah macam orang putus cinta... (walaupun aku tak pernah rasa sakitnya putus cinta)... biarlah aku melempiaskan kekecewaan aku ini pada kerja yang aku buat... aku mahu buat yang terbaik yang aku boleh... biar berbaloi aku lepaskan impian aku... mungkin juga kesibukan kerja aku mampu aku lupakan kekecewaan ini... bila melihat orang lain mencapai impian mereka... aku mampu tersenyum bangga... kerana aku melepaskan impian aku seorang... lebih ramai yang mampu menggenggam impian mereka... realiti yang perlu aku sematkan dijiwa sekarang adalah impian 100 orang lebih penting berbanding impian aku seorang....
Labels:
Dunia Pendidik,
PeDoMaN
kalau ada yang tanya soalan ini pada aku... jawapan aku.. cari duit tak susah... cuma nak laksanakan amanah bekerja itu susah... nak cari duit memang tak susah... sebab tu aku tak pernah cari kerja... yang pasti setiap bulan gaji akan masuk tanpa aku cari... tapi kalau nak pastikan gaji yang masuk setiap bulan tu berkat... tu yang paling susah... macam mana kita nak tahu... kerja yang kita lakukan tu dah berbaloi dengan gaji yang dibayar kepada kita... takutkan kita terlebih rehat susah juga... tak ada kayu ukurnya... apa yang boleh kita buat adalah buat yang terbaik dalam apa saja kerja yang kita lakukan...
sebenarnya segalanya terpulang pada kenapa kita bekerja??... tak dinafikan kita kerja untuk menampung hidup kita... tapi adakah itu matllamat utama kita? bukankah apa yang kita perlu utamakan hanya kerana Allah...baru lah kerja akan jadi ibadat... hidup dan matiku hanya untuk Allah... Allah tu siapa? Allah tu Raja Sekelian Alam... Apabila kita tahu kita bekerja kerana dan untuk Allah... billah lillah..kita tahu Allah tu Maha Melihat... Maha Mendengar.. mana mampu untuk kita curi tulang dah culas dalam melakukan kerja... kerana dia pasti melihat segala perbuatan kita... kita bukan bekerja dengan manusia yang banyak kelemahan... bukan bekerja dengan kerajaan yang memerintah... tapi kita bekerja dengan Allah yang Maha Agung....
tak kira anda bekerja dengan jawatan apa sekalipun... anda pasti boleh jadikan kerja anda sebagai ibadat anda... asalkan ianya kerja yang halal... bukan mencuri dan merompak... realitinya... kerja sebenarnya tak susah... tapi untuk melunaskan amanah yang ada dalam tugas tu susah... melaksanakan amanah tidak boleh sekadar melepaskan batuk ditangga... biar orang kata kita terlalu workaholic... asalkan kita puas hati dengan amanah yang kita jalankan... kerana yang paling berat perlu kita pikul adalah amanah... jangan biarkan amanah kita mengheret kita ke neraka di hari pengadilan nanti...
Labels:
PeDoMaN
Tahun baru dengan templete baru.... yeh... saya cukup sibuk sekarang ni tak sempat nak menulis yang sempat tukar templete jer sempena tahun baru atas permintaan seorang sahabat... katanya templete lama seperti buku... membosankan bila baca... sekarang saya tukar kepada templet yang ringkas tapi masih menepati nama dan tema blog ni...
dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat tahun baru... semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas... harap2... impian dan azam tahun ini dapat dicapai... apa ek impian tahun ni??? biarlah rahsia... haha.. masa terus berlalu tanpa sedetik pun menunggu kita... kita perlu terus mengejar masa tanpa rasa penat... kerana walaupun kita berhenti rehat seketika cuma... masa akan terus berlalu pergi...
mungkin tahun ini tahun terakhir kita hidup... mungkin tahun ini kita bertemu jodoh... mungkin juga tahun ini kita kehilangan orang yang tersayang... mungkin juga tahun ini menanti dugaan penuh pancaroga... namun.. tahun ini tetap kita perlu lalui dengan penuh semangat dan inspirasi... kerana kenyataan itu pasti...
ramai orang mahu menjadi cantik, bijak, berjaya, kuat dan kaya... tapi tahukan makna sebenar perkataan ini? ia bukan sekadar dilihat dari luaran... tapi teliti yang tersirat didalamnya..
Cantik - elok budi pekerti
Sehodoh mana pun orang tu... kalau budi pekerti dia baik... pasti ramai orang akan mendekatinya... sehingga manusia tak nampak kecacatannya dek terpana dengan keindahan budi perkertinya... cuba kalau orang yang cantik menawan tidak berbudi pekerti mulia... pasti manusia akan menjauhinya... dan kecantikannya terkabur dek kerana buruknya akhlak dia...
Bijak - mengingati mati
Bila mengingati mati... kita akan berusaha untuk kehidupan setelah mati... iaitu kehidupan yang kekal buat selamanya... pastinya orang yang bijak akan mengejar kejayaan yang kekal abadi bukan kejayaan dan kesenangan yang sementara... kerana yang sementara itu akan hilang akhirnya... orang yang bijak akan menggunakan kehidupan ini sebaiknya untuk mengejar kejayaan di akhirat nanti... bijakkah kita jika sibuk mengejar dunia sehingga melupakan Allah??
Berjaya - menghargai masa
Orang yang berjaya adalah orang yang menggunakan setiap detik yang mereka ada dengan sebaiknya. Orang yang tak tahu menghargai masa tak mungkin akan berjaya kerana mereka pasti akan mensiakan masa yang mereka ada untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Masa itu Emas... hakikatnya masa lebih tinggi nilainya berbanding emas... kerana masa yang sudah berlalu tak mungkin berulang kembali... kerana itu... Allah telah berfirman... Demi masa sesungguhnya manusia kerugian (manusia yang tak tahu menghargai masa)...
Kuat - mampu melawan amarah sendiri
kalau hanya fizikal anda kuat... ada tak ada la kuat mana... kerana untuk berlawan dengan manusia... tak ada la sesusah berlawan dengan amarah sendiri dan berlawan dengan nafsu sendiri... lawan lah amarah kita dengan beristighfar dan mengambil wuduk...
Kaya - suka menderma
kalau menderma sepatutnya jadi semakin miskin la... duit makin sikit... tapi hakikatnya orang yang menderma mungkin jadi semakin miskin di dunia... tapi pasti jadi semakin kaya di akhirat... apa nak kisah miskin di dunia yang sementara... asalkan kaya di akhirat yang kekal selamanya... derma itu sebenarnya pelaburan jangka panjang... asyik melabur untuk masa depan... melaburlah sekali untuk kehidupan lepas mati...
Baik hati - memaafkan orang lain
orang yang baik hati akan menyelamatkan orang lain masuk neraka... jadi dia akan memaafkan kesalahan orang pada dia... supaya orang lain tu dimaafkan Allah... orang yang baik hati juga pasti akan mendoakan kebaikan untuk orang lain... bukan sekadar doa untuk dirinya sahaja...
Sesiapa sahaja mampu menjadi apa yang mereka nak jadi... tapi bergantung kepada diri sendiri nak ker tidak?
kali ni aku nak bicara tentang rezeki... tapi lebih kepada duit la... tak tau nak bagi tajuk apa... pernah anda rasa cepatnya duit aku mengalir... macam air jer...huhu... mula2 aku nak kongsi pengalaman aku dulu... masa kat matrik... satu semester aku guna 1000 jer.. agak2 dalam 200 la aku belanja sebulan... mungkin sebab kehidupan kat situ murah...makanan pun murah... keluar bandar pun beberapa kali jer... walaupun selalu juga balik... kira ok la... dengan 200 sebulan tu tak ada la aku kena ikat perut... masa ambik degree pula... aku peruntukkan belanja dalam 1500 satu semester... tak termasuk yuran kolej... kira dalam 300 sebulan... belanja kekadang tak cukup juga.. tapi boleh la... tak rasa la kering sangat... sebab aku pun selalu keluar... benda aku nak dan perlu semua dapat la... bila aku sambung master... aku bajet dalam 500 sebulan... tengah hari makan kat fakulti... malam makan kat rumah... 500 tu termasuk semua perbelanjaan... dari kenderaan (Motor) sehinggalah tempat tinggal serta tiket balik... tu pun aku rasa lebih lagi duit... tapi bila dah kerja aku up kan sikit belanjawan... jadi 800 sebulan (tak termasuk ansuran kereta dan tiket balik kampung)... tapi asyik rasa tak cukup jer duit ni... entah apa yang aku beli aku tak tau... mungkin la harga bilik pun agak mahal sebab sewa sorang... pelik juga agak... patut duit ni lebih walaupun makanan kat sini agak mahal... tapi selalu jer tak cukup... sehari dua lepas gaji masuk... aku rasa macam dah sikit duit bayar itu ini... poket macamn dah kering... puas nak tunggu gaji masuk balik bulan depan... rezeki aku tak berkat ker?
aku cuba fikir balik... erm... masa aku kerja... aku cuba sebaik mungkin tak guna peralatan kerja untuk perkara peribadi... takut termakan duit haram... masa aku ambik master kalau ikutkan patut tak berkat lagi la duit aku.. patut aku baca jurnal... tapi aku main internet... haha... tapi kenapa masa master aku tak perlu fikir pasal duit tak cukup? ada sesuatu tersembunyi disitu... aku imbau balik kenangan aku belajar.. dalam 24 tahun aku hidup.. masa aku buat master paling aku jaga solat pada waktunya... mungkin ini kunci keberkatan rezeki... bila dah kerja ni... tengah hari tidur dulu... bangun tu baru solat... sebab tu rezeki tak berkat kut... lepas ni kena tepati temu janji dengan Allah...
aku nak kongsi kisah rezeki pelajar2 aku... aku dengar kisah mereka dari kawan aku... ada juga aku tanya pelajar aku sendiri... kebanyakkan mereka tak nak pinjam ptptn... kata mereka biar susah dahulu asal senang kemudian... mereka takut nanti tak mampu nak bayar... mereka guna dulu duit ibubapa mereka dan duit mereka bekerja lepas spm dulu... pendapatan ibubapa mereka bukan la besar... jadi berapa sangatlah yang ibubapa mereka mampu bagi...kalau ada yang pinjam ptptn tu... bukan mereka guna untuk diri mereka sendiri juga... mereka bagi duit tu kat keluarga mereka... tau apa yang mereka makan? roti dan maggi menjadi makanan asasi mereka... tu kalau makan... kalau yang tak makan pun ada... maggi bukan diorang makan sebungkus sekali makan... sebungkus mereka bahagi 6 orang... kira sendirilah berapa urat yang mereka dapat...
aku dulu masa belajar pernah juga makan roti dan maggi... tapi bukan disebabkan kesuntukan wang... tapi aku makan roti sebab kesuntukan masa... nak cepat... aku makan maggi pula sebab itu memang makanan kegemaran aku... macam mana mereka nak belajar dengan baik kalau perut lapar... mungkin ini mengajar aku erti rasa bersyukur dengan apa yang aku ada... nak bantu sponsor mereka makan pun aku tak mampu... demi untuk menuntut ilmu... mereka sanggup berlapar perut... aku sendiri nampak.. masa awal2 aku ajar... diorang agak berisi... sekarang ni dah semakin kurus... aku betul2 patut bersyukur dengan rezeki yang aku dapat... jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan mereka... Alhamdulillah... semoga Allah juga memurahkan rezeki untuk mereka....