Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Episod 1: Di Rostock Aku Mencari Asimtot

Sabtu, November 12, 2016 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:05 PG
Episod 1: Di Sini Segalanya Bermula

Urggghhh...aku menggeliat, lenguh. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Sudah lebih 3 jam aku duduk dalam pesawat ini patut la lenguh. Ini bermakna aku sudah meninggalkan Malaysia 3 jam yang lepas. Buka video la tengok cerita lagi bagus. Aku menekan skrin di hadapan ku. Eh... ada 'Flight Info'. Aku memilih untuk melihat maklumat penerbangan. Aku sudah hampir keluar daripada benua Asia. Tetiba benakku terfikir, hatiku terusik. Betulkah pilihan yang aku buat ni? Rasa ingin saja aku pergi ke bahagian juruterbang dan mengarahkannya membawa aku pulang ke Malaysia. Ohh.. Malaysia tanah airku yang tercinta.

Mengimbau kembali apa yang telah berlaku. Aku pergi dengan kerelaan dalam keterpaksaan. Ini keputusan paling besar pernah aku buat dalam hidup aku. Aku buat keputusan ini untuk menjaga hati banyak pihak tapi bukan semata-mata kerana itu. Aku ada misi-misi aku sendiri untuk aku laksanakan disana nanti. Sebelum ini, tidak pernah terlintas dibenakku untuk belajar di luar negara. Aku tak pernah kagum dengan mana-mana insan yang menyambung pengajian di luar negara kerana bagi aku, kelulusan dalam negara juga sama hebat dan setanding. Ya, ini salah satu misi aku. Untuk bukti pemegang ijazah daripada Malaysia tidak kurang hebatnya asalkan rajin berusaha. Aku mahu tengok sejauh mana hebatnya pendidikan luar negara yang orang kagumkan sangat.

Tetapi keputusan ini paling gila. Kenapa aku kata gila? Sebab aku pergi tanpa persediaan yang baik. Aku masih belum mempunyai kontrak rumah kerana sibuk menyelesaikan kerja sebelum meninggalkan Malaysia. Aku hanya menyewa sebulan melalui Airbnb. Aku juga tidak tahu berbahasa Jerman. Apa yang aku dengar, orang Jerman tak pandai cakap bahasa inggeris dan ada yang anti dengan orang yang cakap inggeris. Sudahlah tidak tahu berbahasa Jerman, bahasa inggeris aku juga tunggang langgang. Tak banyak perkataan yang aku tahu. Macam mana aku nak berkomunikasi nanti? Itu baru bab komunikasi. Belum bab lain lagi. Tempat yang aku nak pergi ni, dalam survey aku tak jumpa pun orang Malaysia yang tinggal disitu. Kemungkinan besar tak ada. Ini baru mencabar. Aku sendiri yang masukkan diri aku ke kandang harimau. Pandai-pandailah aku nak hadap. 

Kapal terbang terus meluncur laju merentas masuk ke benua Eropah. Sambil melayan cerita melayu di skrin hadapanku, aku dihidangkan nasi lemak sebagai sarapan pagi. Oh... bahagianya dapat makan nasi lemak di bumi eropah. Apabila sudah nak masuk waktu subuh, aku bersedia spray wuduk. Aku serba salah, mahu solat dalam kapal terbang ataupun di lapangan terbang. Kedengaran pengumuman daripada Juruterbang, kapal terbang akan mendarat di London sebentar lagi. Ok lah... solat di lapangan terbang. Sampai saja cari tempat yang sesuai dan terus solat.

Lepas solat baru aku cari jalan keluar untuk penerbangan seterusnya dari London ke Hamburg. Sampai di Gate 5 untuk pergi ke terminal 5, perlu menaiki bas. Aku tunggu disitu dan aku lihat ada 2 orang lelaki menunggu bersama ku. Tapi bukan orang Malaysia walaupun aku agak mereka sama penerbangan dengan ku tadi. Apabila bas sampai aku terus naik bas dan rasa lebih selamat kerana tempat tadi agak sunyi. Setibanya di terminal 5 aku mencari kedai menjual air kerana agak dahaga. Maklumlah dalam kapal terbang mana minum banyak air. Setelah mendapatkan air aku mencari tempat lepak yang sesuai. Aku perlu cari wifi percuma untuk menghubungi keluarga aku dengan segera. Dah dapat wifi aku lepak la disitu hubungi keluarga dan rakan-rakan menggunakan whatsapp. Nasib baik wifi dia tak ada limit masa. 

Tiba-tiba aku mendapat mesej whatsapp daripada senior aku. Senior? Ya, senior tempat yang aku bakal belajar ni. Macam mana kenal? Aku cari menerusi Facebook. Facebook kan banyak jadi penghubung. Sekarang ni dunia tanpa sempadan. Dia seorang pelajar yang berasal daripada India dan seorang Muslim. Daripada dia aku mendapat banyak maklumat berkenaan pengajian dan makanan halal di Rostock. Dia banyak membantu dan sangat baik. Apa isi mesejnya? Ohhh... dia jemput aku makan malam di rumahnya. Tapi di rumahnya tiada perempuan. Hanya dia dan kawan baiknya dari Palestine. Mana mungkin aku dapat pergi ke rumah lelaki seorang diri di malam hari. Itu mencari nahas namanya walaupun aku tahu dia seorang yang baik dan beriman. Hmm... bagaimana aku ingin menolak jemputannya dengan cara yang baik tanpa mengguris perasaannya?

"Sendirian jalani hidup dibumi asing. Hanya padaMu aku bergantung harap."

Prakata : Di Rostock Aku Mencari Asimtot

Jumaat, November 11, 2016 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:42 PG
Assalamualaikum...
Lama sudah tak update blog ni...
Kalau rumah rasanya dah naik pokok...
Oklah.. nak tebas semua pokok yang dah naik... nak buang semua sarang anai2 dan labah2 yang ada... nak buat kisah baru...  'Di Rostock Aku Mencari Asimtot'. Tajuk ni diinspirasikan oleh seorang kawan. Dia tahu siapa dirinya. Terima kasih saya ucapkan.

Kisah realiti pengembaraan seorang gadis sendirian di bumi asing yang saya namakan dalam cerita ni sebagai 'Aku' berlatar belakangkan sebuah pekan yang agak jauh dari kota bernama Rostock terletak di negara Jerman.

Mungkin anda tertanya apakah maksud asimtot? Pakwe dia kah? Tidak sama sekali. Asimtot dalam bahasa mudahnya adalah satu garisan yang tak mampu dicapai oleh graf ia hanya mampu dihampiri oleh garisan graf tersebut.

Jadi apa kaitan asimtot dengan kisah ini. Gadis ini tekad untuk merantau dalam keterpaksaan mencari sebuah pengalaman hidup yang sangat berharga. Dia percaya dengan pengalaman hidup yang diperolehinya ini dapat mendidik dia menjadi seorang insan yang lebih sempurna. Ya, sempurna itulah asimtot yang dimaksudkan. Manusia takkan mampu sempurna walaupun sampai infiniti tahun berusaha ke arah itu. Cuma mampu menghampiri kesempurnaan. Kesempurnaan adalah milik mutlak Allah sahaja.

Semoga daripada kisah ini ada pengajaran dan pedoman yang dapat dikongsi. Yang buruk kita jadikan sempadan dan yang baik kita adaptasikan dalam kehidupan kita.

"Sendirian jalani hidup dibumi asing. Hanya padaMu aku bergantung harap."

Kenapa Ada Tragedi?

Isnin, Jun 08, 2015 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:08 PTG
Akhir-akhir ini, Malaysia dilanda dengan perbagai isu dan tragedi... bermula dari MH370.... sehinggalah sekarang tragedi gempa bumi di Sabah... kenapa semua ini berlaku... asalah siapakah menyebabkan semua ini berlaku... Bila tragedi-tragedi ini akan berhenti dari silih berganti?

Cuba kita lihat diri kita, kita lihat masyarakat kita, kita lihat alam kita? Segalanya macam dah hancur kan sekarang ni... Tengok saja anak muda kita... tanpa malu melakukan zina... membuang anak sana sini.... membunuh tanpa belas kasihan... begitu bangga melakukan dosa... pembalakan begitu rakus dilaksanakan... demi mengejar kemodenan,... bangunan tinggi juga dibina... tanpa memikirkan kesannya pada kestabilan geomatik bumi....

Kita tengok saja tragedi berlaku kepada MAS... adakah MAS ada mengambil langkah keinsafan... pada pendapat saya MAS masih belum insaf... walaupun MH370 dan MH17 menjadi mangsa... Arak masih terjual di dalam flight... Pramugari masih memakai baju yang menjolok mata.... Atau MAS menunggu tragedi ketiga sebelum ia insaf...

Begitu juga tragedi lain yang berlaku,... banjir besar di pantai timur semenanjung... taufan di Kedah... dan pelbagai tragedi menyayat hati lagi... saya tambah satu lagi contoh mangsa banjir di Kelantan... ditempatkan di masjid sebagai pusat pemindahan sementara... ada segelitir yang masih sibuk lepak di beranda masjid lagi semasa imam memulakan solat Jemaah... mana penyesalan kita daripada tragedi yang berlaku...

Ingatlah tragedi yang berlaku ini adalah peringatan Allah kepada kita... peringatan untuk kita taat kepadaNya... amaran supaya kita menjauhi larangannya.... peringatan supaya kita menjaga alam sekitar.... membina kemajuan tanpa mengabaikan kelestarian alam... inilah hokum alam... bila kita terlalu rakus mengejar kemodenan hidup... membina bangunan pencakar langit... meruntuhkan bukit bukau... ada sesuatu yang kita perlu bayar dengan bencana yang menimpa...

Sepatutnya bila ada tragedi begini... kerajaan dan rakyat perlu insaf... perlu berubah.. memperbaiki apa yang patut... bukannya meneruskan hidup seperti biasa tanpa mengambil apa-apa tindakan... kita hanya sibuk menviralkan tragedi... tanpa mengambil pengajaran darinya... umpama anjing yang hanya tahu menyalak... namun terkurung dalam pagar keselesaan... dan diam semula.... apabila tragedi berlalu...

Mahukah kita menunggu tragedi seterusnya.... sebelum kita memulakan langkah.... atau kita mahu tragedi yang besar yang meragut ratusan ribu nyawa sebelum kita insaf? Lihatlah Acheh... mereka kembali membangun setelah tragedi besar.... mereka kembali menambah kekuatan iman pada Allah.... tanda keinsafan yang lahir dari hati... Kembalilah memperbaiki segala kelemahan diri dan system yang ada di Negara ini.... sebelum tragedi seterusnya yang lebih besar menimpa kita....
fikirkan lah....





Susahnya Untuk Berubah

Ahad, Julai 06, 2014 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:06 PG
Assalamualaikum,

Lama sudah saya tidak berceloteh dan menulis sesuatu disini... tidak ada kesempatan... kerana terasa masa bagai terlalu cepat berlalu... ini sebenarnya kesinambungan daripada post yang lalu... jodoh akan datang bergolek...

Sebelum ni saya ada kata... kita tak perlu usaha mencari sampai tersilap jalan... cukuplah usaha untuk merubah diri dan doa yang bersungguh-sungguh tanpa putus harapan... saya percaya lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik... dan saya tahu saya belum cukup baik untuk dapat lelaki yang baik... saya mula menjadi takut untuk mencari jodoh saya sebab saya takut tak dapat lelaki yang baik kerana saya masih belum baik...

kerana itu saya nekad.... saya perlu jadi baik seperti target yang saya nak... insyaAllah... nanti Allah datangkan lelaki yang baik untuk saya seperti yang saya impikan... tapi segalanya tak mudah seperti yang saya sangkakan.... dulu saya sangka nak ubah orang jer susah... rupanya nak ubah diri sendiri pun susah.. apatah lagi nak ubah orang.... susahnya saya nak displinkan diri untuk mengikut jadual harian yang saya sediakan....

Saya berharap ramadhan yang datang ini adalah bulan yang akan melatih saya menjadi seorang insan yang baik seperti yang saya impikan... kerana saya tahu bulan ramadhan adalah bulan latihan... semoga latihan ini Berjaya di teruskan ke bulan-bulan yang seterusnya...

kekadang saya terfikir... ikhlas kah saya untuk berubah menjadi baik.... kerana Allah atau kerana seorang lelaki yang bakal bergelar suami.... hmmm.... susah betul nak ikhlas yer... dah la nak berubah pun susah... nak ikhlas pun susah.... tapi kita kena cuba... kerana saya percaya dari paksaan akan bertukar menjadi kebiasaan....insyaAllah.... moga aku terus kuat untuk berubah dan bertahan dalam hidup kesendirian....

Jodoh Akan Datang Bergolek

Ahad, Mac 16, 2014 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:03 PTG
Biasa kita dengar orang kata... ‘Jodoh takkan datang bergolek’... Kata-kata ini jugalah yang suatu hari dahulu pernah menggugat prinsip saya dalam menjaga ikhtilat dan mencari jodoh... Saya ingin kongsikan cerita di sini bukan untuk mendedahkan kehidupan peribadi saya ataupun membuka pekung di dada sendiri... Hanya sekadar peringatan buat saya di lain masa supaya tidak menggoyahkan prinsip yang dipegang...

Saya dibesarkan dengan hanya mempunyai kawan perempuan kerana bersekolah di sekolah perempuan sahaja... Cuma bila masuk PLKN baru ada classmate lelaki... Tu pun tak pernah bercakap sebab masih tak biasa dengan lelaki...Bila masuk matrik saya di dedahkan dengan haramnya budaya couple... Dan perhubungan antara lelaki dan perempuan hanyalah untuk urusan penting jer.... Prinsip tu saya pegang kuat-kuat.... Jadi memang saya jagalah ikhtilat saya... Tak pernah kut berbual dengan lelaki masa kat matrik... Alhamdulillah semuanya terjaga masa tu...

Masuk universiti... Prinsip tu masih terjaga rapi... Tapi kadang2 saya terleka juga di dunia tanpa sempadan... Bila saya rasa saya agak jauh menyimpang dari prinsip saya... Saya akan rasa tak selesa... Tak tenang... Saya akan kembali kepada prinsip saya dengan memutuskan persahabatan saya dengan mana-mana lelaki di alam maya... Jadi kalau saya kawan pun sekejap jer... Tak sampai sebulan...

Memasuki alam pekerjaan membuatkan saya lebih serius memikirkan hal jodoh... Tengok orang di sekeliling... Semua dah ada pasangan... Mana saya nak cari jodoh saya ni... Saya kembali memikirkan prinsip saya... Tambah-tambah apabila membaca artikel tentang jodoh tak datang bergolek... Saya tanya kepada diri saya sendiri, adakah sebelum ini prinsip saya terlalu keras sehingga tidak membuka ruang untuk mana-mana lelaki mengenali diri saya...

Setelah umur melebihi suku abad... Saya rasa saya patut berusaha mendapatkan jodoh saya kerana saya rasa saya sudah bersedia... Saya membuka ruang untuk berkawan dengan lelaki atas dasar perkongsian ilmu dan usaha mendapat jodoh... Alhamdulillah saya dapat kenal dengan seorang lelaki yang memenuhi ciri lelaki idaman saya walaupun kebanyakkan kawan perempuan saya kata agak mustahil nak jumpa lelaki idaman saya tu...

Hati saya tertanya... adakah Allah hadirkan dia dalam hidup saya untuk menguji kesetiaan saya kepada bakal suami saya... Saya cuba jaga hati saya... Saya perlu pilih untuk setia berbanding dia... Saya tekad... Hubungan persahabatan ini hanya boleh bertahan paling lama setahun... Kalau tidak membawa kepada perkahwinan... Biarlah ia putus begitu sahaja... Sepatutnya saya nak 3 bulan sahaja untuk kenal dia... Tapi saya lanjutkan atas sebab-sebab tertentu. Setelah 6 bulan lebih menjalin persahabatan...

Suatu malam saya tengok suatu forum... Ia mengingatkan saya kembali pada prinsip saya...dan saya rasa sangat berdosa... Walaupun mungkin pada orang hubungan tu tak salah sebab kami hanya bermesej perkara ilmiah dan bukannya setiap hari... Kekadang hanya sekali seminggu... Alhamdulillah Allah kurniakan kesibukan untuk menjaga hubungan kami.. Pagi esoknya saya langsung memutuskan hubugan tersebut...InsyaAllah dengan saya memutuskan dengan yang haram moga saya dapat yang halal.... Dengan ini saya buktikan saya benar-benar setia dengan bakal suami saya walaupun saya masih belum mengenalinya...

Saya kata pada diri saya... Mungkin aku ditakdirkan untuk tidak berkawan dengan mana-mana lelaki... dan tak perlu untuk mana-mana lelaki mengenali saya selain daripada suami saya sendiri... Biar mungkin orang kata saya terlalu keras atau jumud... Tapi itu hanya untuk menjaga hati saya... Siapa lagi nak jaga kalau bukan saya.... Saya percaya suatu hari nanti... Allah akan datangkan jodoh saya... Tapi saya tak tahu mana yang datang dulu... Jodoh saya ataupun ajal saya...

Hakikatnnya jodoh memang akan datang... Bukan salah untuk kita berusaha... Tapi yang salahnya jika kita berusaha dengan cara yang salah... Usaha boleh dengan membanyakkan amal ibadah, doa, zikir dan ubah sikap jad lebih baik... Supaya apabila kita lebih mencintai Allah... Allah akan kurniakan jodoh kepada kita juga yang mencintaiNya dan membawa kita mendekatiNya....