Aku dan Kamu
Selasa, Disember 01, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:35 PTG
Dalam setiap denyutan nadiku
Dalam setiap hembusan nafasku
Aku sentiasa mengingatiMu
Aku sentiasa menrinduiMu
Aku sentiasa mencintaiMu
Biarlah Kau sentiasa dikotak fikiranku
Biarlah redhaMu sentiasa mengalir dalam darahku
Biarlah cahayaMu sentiasa menerangi hatiku
Biarlah rahmatMu sentiasa disampingku
Biarlah Kau sentiasa melindungi diriku
Moga setiap langkahku kian mendekatiMu
Moga setiap sebutanku menyebut namaMu
Moga setiap niatku hanya kerana diriMu
Moga segala perbuatanku hanya untukMu
Aku mahu cintaku hanya untukMu
Aku tak mahu cinta manusia yang penuh dusta
Aku tak mahu cinta dunia yang hanya sementara
Aku tak mahu cinta yang bukan cinta sempurna
Kerana itu aku cari cinta sempurna
Kerana hanya cintaMu yang sempurna...