Nak Jadi Lelaki @ Perempuan
Sabtu, Disember 05, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:26 PTG
nak pilih jadi lelaki atau perempuan... sy bersyukur jd perempuan...
cuma disini sy ingin melempiaskan pendapat sy tentang tanggung jawab
bg kedua-dua jantina ini...jd lelaki pun susah... jd pompuan pun susah...
kerana kita dihidupkan di dunia untuk diuji.. bukan untuk bersenang lenang...
Mula-mula... sy nak cakap pasal lelaki dulu...
lelaki ni tanggung jawab dia besar...
kena jaga empat perempuan...ibu, adik, isteri dan anak...
sedangkan isteri hanya perlu taat pada suami dan Allah sahaja...
Insya Allah boleh masuk syurga dari mana2 pintu yang dikehendaki...
sesungguhnya... menjadi isteri solehah adalah impian semua isteri...
tapi untuk menjadi solehah...bukan semudah yg disebutkan...
nanti sy jelaskan pandangan sy tentang ini...
pertama sekali...sy tegaskan...ini hanya pandangan mata kasar sy..
pasti ada salahnya kerana sy hanya gadis yang lemah...
kalu lelaki perlu taat kepada seorang ibu...iaitu wanita...
lelaki perlu mendapat redha ibu...perlu berbakti pada ibu...jaga ibu...hormat ibu..
seperti yang kita tahu,.. kasih ibu pada anaknya memang kuat...
setelah dibawanya kemana2 selama sembilan bulan..
pastu didiknya sehingga besar... sesungguhnya susah bg ibu untuk membenci anaknya..
dan untuk tidak memaafkan anaknya... kerana kasihnya pada anak terlalu besar...
pengorbanan ibu terhadap anak terlalu banyak...
susah bagi seorang ibu untuk membiarkan anaknya masuk ke dalam neraka kerana kesalahan yang dilakukan seorang anak terhadap ibu itu sendiri...
sedangkan perempuan itu perlu mentaati suaminya...
suami yang sebelum ini tiada apa2 hubungan dengannya...
yang hanya dihubungkan dengan ikatan sebuah perkahwinan yang sah..
usai sahaja akad.. sesungguhnya si isteri menanggung beban yang amat berat...
untuk mendapat redha suami yang mungkin belum dikenali lg hati budinya...
mungkin lelaki yang dinikahinya ini jenis yang 'perfectionist'....
mahukan isteri yang sempurna untuk mendampinginya...
sedangkan manusia itu penuh kekurangan... mampukah si isteri itu untuk merealisasikan impian si suami hanya untuk mendapat redha suami dan redha Allah...
sesungguhnya amat berat tugas itu... mungkin sebab itu...
ganjarannya amatlah besar...namun aku tertanya-tanya pada diri aku...
mampukah aku??? atau lebih baik aku x payah kawin?? hanya mencari cinta Allah...
tp hakikat kejadian seorang manusia...
mahu saling dilengkapi... mahukan sebuah keluarga yang bahagia...
lelaki sering berkata...mereka telah banyak berkorban...
meninggalkan zaman bujang mereka yang penuh bahagia bersama rakan2...
demi memikul jawab sebagai seorang suami...
tp tidakkah mereka berfikir... perempuan pun terpaksa berkorban...
perempuan pun terpaksa meninggalkan zaman bujang mereka yang penuh keceriaan...
demi memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri...
hakikatnya kita semua berkorban...
jd... kita bincangkan plak bagaimana tanggungjawab suami dan isteri...
Tanggung jawab suami...semua org tahu..
mencari rezeki dan menjadi ketua keluarga...melindungi keluarga
mendidik keluarga supaya mentaatiNya...andai ada ahli keluarga yang membuat dosa...
sesungguhnya si suami terpaksa juga menanggung dosa tersebut...
oleh itu... suami perlu menjaga ahli keluarganya... andai tidak...
dia pasti menjadi lelaki dayus yang mungkin dihumban ke neraka...
Tanggung jawab isteri plak...
mentaati suami dan mendidik anak2...
apa yang sy kurang jelas ialah konteks tanggung jawab seorang isteri...
adakah tugas wajib bagi isteri untuk menyediakan makan minum untuk keluarga...
menjaga segala urusan rumah??
memang...kalu itu suruhan suami... isteri wajib taati...
tp mampukah isteri yang berkerjaya menguruskan segala urusan rumah...
waktu dirumah adalah terhad...tiada masa rehat untuk seorang isteri...
pada pandangan sy.. kerja ini haruslah dilakukan bersama...
kerana perkahwinan ini adalah sebuah perkongsian hidup...
segala sudah senang dalam kehidupan hendaklah di lalui bersama...
andai si suami berhajatkan seorg isteri yang berpendidikan menjadi suri rumah...
berfikirlah sejenak tentang perkara ini...
sejak dr kecik... setiap org mempunyai impian...dalam kerjaya...
begitu juga wanita... setelah segala usaha dilakukan...
impian telah dicapai... ijazah telah digenggam...
adalah satu pengorbanan yang besar untuknya meninggalkan impian tersebut...
hanya demi merealisasikan harapan seorang suami...
tidakkah si suami terfikir...akan ilmu yang tidak diamalkan...pasti menjadi sia2...
pasti si suami menjawab... ilmu itu akan digunakan untuk mengajar anak2...
tp...cuba berfikir kembali... setelah bertahun berlalu..
semasa membesarkan anak2 yang masih kecil... ilmu semasa degree sudah pasti tidak diamalkan... lama2..bila anak dah sesuai tahu akan ilmu itu...si ibu telah terlupa akan ilmu itu kerana ia tidak diamalkan dalam kehidupan...
itu baru pasal ilmu...
bagaimana pula andai si isteri ada sebuah cita2 besar demi agama...
sanggupkah anda menyuruhnya untuk berhenti bekerja... demi untuk menjaga anda dan anak2?? sanggupkah anda menghalang isteri yang mahu berjuang atas agama islam...
mahu menaikkan islam dimata dunia... tapi terpaksa menghentikan perjuangannya ditengah jalan demi mendapat redha seorang suami... patutkah itu semua berlaku??? sesungguhnya...bukan semua perempuan sanggup melalukan semua ini...
bg sy insan yang lemah jujur sy katakan...buat masa ni sy x sanggup leburkan semua impian hidup sy demi seorang lelaki bernama suami... tp mungkin ini akan berubah setelah masa yang menentukan segalanya... sesunggunhnya batu yang keras boleh melengkung bila dititikkan dengan air yang lembut...
Mungkin bagi lelaki... mereka sudah mampu menanggung keluarga dengan pendapatan yang tinggi... maka isteri harus menumpukan perhatian pada anak2 dan keluarga... demi menghasilkan anak2 yang soleh dan solehah... untuk pengetahuan si suami... tidak semua wanita berkerja hanya untuk mendapatkan wang... jangan fikir anda mampu membeli seorang hamba demi menjaga kebajikan anda dan keturunan anda dengan hanya mas kahwin yang berlambak... kalu macam tu sy pun ada beli 1 ... sape sanggup??? maaf andai kata2 ini mungkin agak berat dan teruk.. tapi ini pendirian sy buat masa ni... bukan sy bermaksud memandang rendah wanita yang sanggup menghambakan diri kepada seorang suami... malah saya sgt mengagumi mereka yang mampu melakukannya...sy pun nak jadi seperti mereka...tp sy x mampu... sy hanya menggunakan kata2 ini untuk lelaki2... supaya mereka tahu perkahwinan bukan untuk membeli seorang hamba...tetapi untuk perkongsian hidup bersama... untuk mendapat teman hidup yang sanggup bersama ketika susah dan senang... bg sy... mas kahwin tu x penting sgt... yang penting dia sanggup berkongsi hidupnya... dan menjadi pemimpin yang baik kepada sy dan anak2..demi mencapai cinta Allah... itu sudah cukup baik pada sy...yang penting jangan jadikan sy sebagai hambanya...wahai kaum lelaki.. jangan disalah guna kuasa ditangan anda...
ok...wahai lelaki...cuba anda fikir secara logik akal.. korangkan ada 9 akal... andai si isteri sajer yang asyik melakukan kerja rumah... pasti si isteri terpaksa sentiasa bergelumbang dengan benda busuk... dan menyebabkan baju diorang kadang2 kotor dan busuk... kalu yang berkerjaya tu lg la... memang x der masa la nak buat penjagaan diri... asyik sibuk wat kerja rumah jer bila balik rumah... jd bila masa diorang nak sambut korang dengan pakaian cantik2... bau wangi2... nak layan korang macam seorang putera raja... si isteri perlu jd seorang puteri... tp kalu asyik sibuknya kerja rumah...bila masa plak nak jd si puteri?? jd setelah kesibukan melampau kat umah... terpaksalah diorang sambut korang dengan bau2 ikan... baju pun comot skit... sibuk nak dikatakan.... pastu ...mesti korang x puas hati... pastu cari lain...
isteri pertama jadi hamba... isteri kedua jd puteri... ini mana adil!!
sedangkan isteri pertama yang banyak berkorban untuk korang...
ayat sy ni x bermaksud sy benci poligami... sy sokong poligami andai ia membawa kebaikan kepada keluarga sy...(dengan syarat sy x dipoligamikan secara rahsia...heehhe) tp sy benci poligami andai ia disalah guna...
kalu korang nak kawin 2 sgt... cari la sorang yg berkerjaya... sorang yg wat kerja rumah... baru la x sibuk sgt si isteri... (sy x nak jd yang wat kerja rumah tu..hehe)
tapi ingatlah...hati wanita mana x terguris... x cemburu... andai ada wanita lain dalam hati suaminya.... lain la kalu si isteri tu x sayangkan suami dan x serahkan sepenuh hatinya pada suaminya... eh...dah masuk tajuk poligami plak..
sambung pasal kerja rumah td... andai ia dilakukan bersama.. si suami dan isteri...
pasti rumah tangga itu bahagia... hubungan akan jd lebih mesra... mampu bergurau senda semasa melakukan kerja... menyebabkan kerja tu jd lebih seronok...x der la tension sgt si isteri... (memang benar...isteri kena buat kerja ngan ikhlas...tp manusia penuh dengan kelemahan...bayangkan kalu balik kerja sama2... si suami berehat kat depan tv si isteri terpaksa bekejar2 buat kerja rumah... boleh tahan ker)... anak2 yg lihat si ayah dan si ibu menguruskan rumah tangga bersama akan belajar tetang kerjasama dan tolong menolong... nanti besar dia pasti akan bantu ibubapanya... tp andai si anak tgk si ayah lgsung x menolong si ibu... maka bagi si anak..buat apa nak tolong...ayah pun x tolong...pastu... kalu si suami tolong... si isteri mesti akan ada lebih banyak masa untuk melayan si suami dengan baik... masa untuk menjadi sebagai seorang puteri untuk seorang putera... x der la si suami di sambut dengan muka yang letih... pasti si suami disambut dengan senyuman, wangian dan pakaian yang cantik2...(bukan pakaian dr pejabat yer...) sesungguhnya kecantikan seorang isteri hanya untuk seorang suami.. bukan untuk tontonan umum... x ker best macam tu wahai kaum adam???
dah panjang lebar sy merepek di sini... cuma di sini sy nak menyedarkan diri sy sendiri... mampukah sy menjadi seorang isteri solehah..yang mampu mentaati segala suruhan suami... mampu memperoleh redha suami... sesungguhnya mendapat redha ibu lebih senang bagi lelaki daripada perempuan untuk mendapat redha suami...kerana kasih ibu tiada tandingannya...dan kasih suami kepada isteri tidak mampu menyaingi kasih ibu kepada anak... adakah kerana kesusahan itu...aku menyesal jd perempuan? atau aku x mahu kawin? sesungguhnya aku x menyesal kerana tanggunggan seorang suami amatlah berat... tidak mampu aku tanggung...kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan...
dikesemptan ini...aku perlu mendidik diri aku...supaya mampu menjadi isteri solehah nanti... Moga aku dikurniakan seorang suami yang memahami aku dan mahu menjadi aku teman hidupnya... bukan menjadi hamba sahayanya... sesungguhnya...aku takut aku x mampu untuk mentaati segala perintahnya...dan tergolong dalam isteri derhaka... andai itu terjadi... aku lebih rela mengharungi hidup ini sendiri tanpa teman pemangkin semangat disisi... kerana penderitaan di akhirat jauh lebih hebat di dunia... biarlah akau terpaksa menanggung segalanya di dunia..selagi aku mampu jika dibandingkan azab akhirat yang maha dasyat dan tidak berkesudahan...