Best Jadi Pendidik
Sabtu, Ogos 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:54 PTG
Walaupun saya dibesarkan oleh seorang pendidik... tapi saya dan adik beradik saya kurang berminat dengan dunia pendidikan... mungkin kerana kami tak biasa bergaul... kami lebih selesa bekerja dengan mesin berbanding manusia... Tapi akhirnya saya dan kakak tengah telah tersadai dalam dunia pendidikan... bukan kerana kami tidak mendapat tempat di dunia pekerjaan untuk menjadi jurutera... tapi kerana ....kakak tengah saya telah mengikut nasihat ayah saya untuk menjadi pendidik... saya pula perlu menunaikan janji yang termetrai dalam biasiswa saya...
Pendidik bukan satu pekerjaan yang glamour... bukan juga satu pekerjaan yang mampu mendapat gaji mewah... bukan juga satu pekerjaan yang senang... tapi pendidik adalah satu pekerjaan yang memberi kepuasan maksimum dalam medan memberi dan berkongsi... kalau anda kejar glamour, kalau anda kejar pendapatan lumayan... kalau anda kejar kerja yang mudah... jangan sesekali cuba melangkah kedalam bidang ini... kerana pekerjaan ini memerlukan kesanggupan anda melakukan pengorbanan dengan ikhlas...
berada dalam medan ilmu adalah satu kebahagiaan... tambahan pula kita mampu berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain... setiap hari menghadiri majlis ilmu biarpun kita sebagai seorang pengajar atau pelajar mampu menambahkan ilmu yang kita ada... makin kita banyak ilmu makin kita kenal tuhan... berada dalam budaya ilmu itu sangat mengembirakan bagi pencinta dan pencari ilmu... kehausan ilmu tak akan pernah hilang... biar diteguk bergelen ilmu...kerana lautan ilmu itu sangat luas... bagi pencinta ilmu... ilmu ibarat air laut... makin ditelan makin terasa haus... makin banyak kita belajar makin banyak kita rasa nak tahu...
kenapa saya ada katakan sebentar tadi... pendidik perlu sanggup melakukan pengorbanan yang ikhlas... tugas pendidik bukan sekadar mengajar... tapi jauh lebih banyak dari itu... persediaan untuk mengajar memerlukan masa yang cukup banyak untuk belajar terlebuh dahulu... pendidik mempunyai banyak kerja lain seperti kerja pengkeranian dan entah apa2 yang langsung tak bersangkut paut dalam tugas mendidik... bersedialah menhadapi tugas yang bertimbun dan bersedialah untuk buat overtime tanpa gaji atau apa apa ganjaran sekali pun... lakukan tugas ini hanya kerana Allah... ingatlah ini tugas mulia untuk mendidik anak bangsa....
Disamping mampu berkongsi ilmu... kita juga mampu berkongsi nasihat... mendidik anak remaja berakhlak mulia... dengan itu kita juga perlu berakhlak mulia... kerana pendidik dihormati oleh pelajar.. pendidik perlu menunjukkan contoh terbaik kepada pelajar... pendidik juga boleh membantu pelajar yang ada masalah... bukan sekadar memarahi pelajar yang bermasalah... selami hati mereka... bukan membesarkan pemberontakan mereka menjadi amukan... menjadi pendidik membuka ruang untuk kita membantu insan lain... bila jadi pendidik ni... llihat pelajar dari keluarga berpendapatan rendah... biarpun gaji ibubapa mereka sikit... tapi ibubapa mereka sanggup berkorban demi melihat kejayaan anak2...
Menjadi pendidik bukan sekadar mampu menyedarkan kita masih ramai yang lebih susah dari kita... bersyukurlah dengan apa yang kita ada... menjadi pendidik juga memdidik kesabaran kita bila pelajar tak dengar cakap kita.. macam mana kita nak tarik minat mereka dan bersabar dengan kerenah mereka... Sejak jadi pendidik... aku dapat lihat pelbagai masalah dalam remaja kita... Kita dapat mengenali mereka dengan
lebih mendalam...dan cuba membantu mereka supaya tidak tewas dengan fatamorgana dunia...insyaAllah...
dan yang terakhir... menjadi pendidik menyedarkan kita tentang pengorbanan orang yang telah mendidik kita... betapa payahnya mendidik seorang manusia untuk berjaya... betapa banyak benda yang perlu dikorbankan... dulu sibuk malas belajar... sedangkan pendidik kita sibuk mahu mendidik... dulu exam pakai jawab jer soalan... tak tahu betapa susahnya pendidik kita membuat soalan... terima kasih semua pendidik... tanpa pendidik siapa lah kami pada hari ini... mungkin seorang yang buta huruf atau seorang sampah masyarakat yang gagal....Pengorbanan dan titik peluh anda selama mendidik saya amat saya hargai...