Cerita Si Yatim Piatu
Ahad, Ogos 14, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:58 PG
salah seorang anak aku ni dari sabah... dia minta tukar ke sabah sebab masalah kewangan... maklum lah tiket kapal terbang dah berapa kan? walaupun negeri sebelah... kalau kat semenanjung lain la kiranya... ada pengangkutan lain... anak aku ni senang aku namakan dia M... masa minta tukar M cakap la dia ni baru kematian mak ayah sebelum datang ke sini... aku nak tanya lebih-lebih aku tak berani takut buat dia sedih.. kang tak pepasal aku pula yang menangis kat depan dia susah... aku ni kekadang lembut juga hati walaupun ganas...haha..
yang pasti disebabkan ketiadaan punca pendapatan utama keluarga iaitu mak ayah dia... abang dia la yang terpaksa sara keluarga... abang dia pula baru jer kerja ...pendapatan pun tak stabil lagi... tapi dia bukan anak yang atas2... anak bongsu ker kedua last... dah ramai la kakak2 dan abang2 dia yang dah kerja...jadi aku bajet tak der la teruk sangat masalah kewangan dia... sampai lah suatu hari...
datang penolong dan ketua kelas yang aku jaga tu... diorang cakap diorang kutip duit untuk M... sebab M tak mampu nak beli peralatan belajar... diorang serahkan satu sampul berisi duit... RM120 lebih... wah... mereka mampu mengumpul begitu banyak duit dalam semua orang dalam kesempitan duit sebab PTPTN tak masuk lagi... aku kagum dengan keprihatinan mereka terhadap kawan mereka... aku malu sendiri sebab aku kurang ambil peduli masalah mereka... kalau diorang tak buat macam tu... apalah nasib M...
dah tahu pasal masalah kewangan M ada kawan sekerja aku cadangkan minta bantuan kewangan dengan pihak HEP... alhamdulillah... dengan pertolongan Allah... aku berjaya mendapatkan bantuan kewangan tersebut untuk M sebanyak RM300. Moga duit tu M dapat gunakan sebaiknya...dan moga duit tu berguna untuk M...
aku nak cerita pasal M sikit... M ni seorang budak yang peramah... ceria...periang... suka tersenyum...sebab tu dia ramai kawan... dia pun jenis yang hormat orang tua... masa aku duk sibuk buat permohonan untuk duit HEP tu... aku panggil M pergi pejabat... M datang dengan senaskhah al-Quran... aku meminta M menunggu aku siap menaip surat untuk ditandatanganinya... sementara aku menaip tu... dia baca al-Quran kat dalam pejabat tu... aku rasa terharu sangat... biarpun mak ayah dia dah pergi... beruntung sangat mereka meninggalkan seorang anak yang soleh... biarpun mereka hanya ada masa 17 tahun untuk mendidik M... tapi mereka gunakan sebaiknya masa itu untuk mendidik M menjadi anak yang soleh... menjadi pelaburan terbesar mereka walaupun mereka dah meninggalkan dunia ini...kalau aku boleh jadi anak yang solehah macam dia kan bagus... ataupun aku dikurniakan anak macam dia nanti....
aku juga kagum dengan abang M... sanggup susah payah tanggung adik belajar... biarpun itu memang tanggungjawabnya... kalau abang yang tak bertanggung jawab... mesti suruh adik mereka berhenti belajar... spm pun dah lepas... inilah bukti kejayaan ibubapa M dalam mendidik anak anak mereka... adik beradik saling bantu membantu dalam kehidupan di dunia ni...