Rasa bersalah
Sabtu, Januari 14, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:51 PTG
akhirnya selepas 1 sem berlalu... keputusan peperiksaan keluar... anaknya mendapat bawah 2 pointer... kedudukan bersyarat... ibunya menelefon aku... bertanya tentang anaknya... sekali lagi meminta aku menjaga anaknya sebaik mungkin... dia tak nak anaknya gagal... dia risau akan anaknya di bandar... sedang dia diceruk kampung...
aku rasa bersalah.... mungkin semester lepas aku telah mengabaikan amanah yang diberi kepada aku... sem ni aku akan cuba sebaik mungkin... aku takkan menghampakan harapan seorang ibu kepada seorang anak... biar kami berbeza agama... mungkin dengan cara ini aku dapat menunjukkan keindahan islam kepada mereka... insyaAllah... mana tahu suatu hari nanti pintu hati mereka akan terbuka untuk memeluk islam...
Aku akan buktikan islam mengajar penganutnya bersikap amanah... dan bertanggungjawab... kisah ini mengajar aku betapa kasih dan risau seorang ibu kepada seorang anak... aku mahu semua pelajar aku berjaya... bukan sekadar hidup ini... tetapi juga hidup disana nanti....