Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Manifestasi Cinta Seorang Anak

Khamis, Januari 26, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:49 PG
Melihat perempuan hari ini... aku terfikir...
adakah mereka menyayangi ayah mereka?
atau mereka membenci ayah mereka?
kenapa aku kata begitu?

Manifestasi cinta seorang anak perempuan kepada bapanya adalah menjaga dirinya supaya tidak menjadi penyebab bapanya diheret ke neraka jahanam... anak jenis apa kalau tak sayang bapa... melakukan dosa sekali gus mengheret bapanya ke neraka... kerana seorang bapa akan menanggung dosa anak perempuannya yang belum berkahwin...

mari kita lihat satu persatu... berapa ramai anak gadis kita yang menutup aurat dengan sempurna... yang banyak adalah yang berpakaian tetapi telanjang...  ramai yang bertudung tapi hanya sekadar membalut tubuh ibarat mumia...haha...kita pergi kepada yang lebih teruk lagi... aku hairan macam mana seorang perempuan yang beragama islam boleh terfikir untuk mewarnakan rambut... sedangkan kita tahu lazimnya... setiap bulan perempuan perlu mandi wajib untuk mengangkat hadas besar selepas tamat haid... macam mana nak mandi wajib kalau rambut berwarna... air tak sampai rambut... atau perempuan jenis ni memang tak semayang??? lagi satu aku heran... macam mana boleh seorang gadis islam terfikir untuk jadi pramugari.... sudah tahu profesyen itu akan mendedahkan aurat... bukan sikit2... tapi hampir telanjang.... macam pelayan seks jer...

kita pergi pula kepada pergaulan... kita tahu...dunia hari ni tanpa sempadan... lelaki perempuan bebas bergaul... berdating lelaki perempuan menjadi perkara biasa... anak luar nikah pun semakin hari semakin bertambah... perempuan pergi rumah lelaki tanpa segan silu... begitu juga lelaki... tanpa segan silu mengambil perempuan dari rumah ibubapa perempuan untuk pergi keluar berdua tanpa tujuan utama... lelaki dan perempuan juga bebas bertepuk tampar.... berpegang tangan... raba meraba... bercumbuan... sehingga ke babak atas katil.... perangai dah macam binatang tiada lagi malu....

Apa sebenarnya menyebabkan masalah ini berlaku... salah si ayah menjadi seorang ayah yang dayus tidak tahu mendidik anak menjadi anak solehah? atau salah si anak kerana tidak mencintai ayahnya? atau memang anak zaman sekarang  hanya menonjolkan manifestasi cinta di hari bapa dengan materialistik dan keduniaan sahaja? Lihat situasi sekarang... hintung berapa ramai si ayah terpaksa diheret ke neraka atas kesalahan si anak yang tidak tahu menghargai bapa...

Manifestasi cinta seorang gadis
Adalah  menjaga dirinya
Auratnya dan  pergaulannya
Walau sejauh mana gadis itu pergi
Biar sebebas mana gadis itu hidup
InsyaAllah...dia tak mungkin lupa
Dosanya ditanggung oleh bapanya
Setiap kali sebelum melakukan sesuatu
Berfikirlah...
Adakah perbuatan ini akan mengheret bapa ku ke neraka???

Sedarlah... bila seorang bapa mati... antara yang boleh membantu si bapa adalah anak yang soleh dan solehah... marilah sama2 kita cuba menjadi anak yang soleh dan solehah... kita soal diri kita sendiri... apa manifestasi cinta kita sebagai seorang anak???