Selamat Ulang Tahun Kekasihku
Ahad, Februari 05, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:27 PG
pada aku sambutan kita bukan setakat selawat salam keatasnya... tapi apakah kita menghayati kehidupan.... mengikut sunnahnya... menyambung sunnahnya... siapalah kita yang hidup di akhir zaman... tidak pernah bertemu dengannya,...cuba mengimbau kembali apa yang pernah aku buat... berapa lama sekali aku membaca buku yang isinya diturunkan kepada baginda terus dari malaikat jibrail... kitab terakhir dan teragung di dunia ini... al-Quran Nur Karim... tu baru memegang menatap dan membaca... belum lagi mengkaji... dulu aku pernah berfantasi untuk mengkaji ia untuk menjadi seorang pereka cipta... bilakah ia akan menjadi realiti?
lihat pula pada sunnahnya... berapa ramai yang meneruskan sunnahnya... banyak mana sunnahnya yang mampu aku ikut... tak perlu cakap banyak tentang perjuangannya... jika sunnahnya yang senang pun tak mampu diikut malah kekadang dicemuh tanpa terbela... sunnah nabi kebanyakkannya sebenarnya senang saja untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian... tapi kita tak mampu kenapa? sedangkan ia sebenarnya membawa kebaikan kepada kita...
dakwah... itu tugasnya... mampukah kita teruskan? sedangkan kita ummat Muhammad SAW dikatakan sebagi ummat yang terbaik kerana kita ditugaskan untuk meneruskan tugas nabi untuk berdakwah.. kerana nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir...tapi kita serah tugas dakwah tu kepada badan2 tertentu... agensi agensi tertentu... pada golongan-golongan tertentu dan... pada induvidu tertentu? jadi apa tugas kita? asyik meyalahkan orang sahaja tak menjalankan tugas...
Sebelum mendabik dada... dan berkata "Kekasihku Rasulullah... " tanyalah pada diri sendiri... layakkah aku menjadi kekasihmu wahai Rasulullah? Selawat salam keatas mu... semoga dirimu bahagia disana....