Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Assabiyahkah aku?

Sabtu, Februari 18, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:18 PTG
pada aku assabiyah adalah kalau orang yang memilih untuk bergaul dengan satu golongan sahaja.... contohnya orang yang bergaul dengan orang yang sama negeri sahaja... aku?? aku berkawan dengan orang yang datang dari pelbagai negeri,... awek aku orang terengganu... kawan2 baik aku di universiti dari pahang, selangor, perlis, perak... cuma kawan baik aku masa kat matrik jer dari kelantan... sebab aku sebilik dengan yang satu negeri... nak buat macam mana.... tapi hakikatnya aku bergaul dengan semua orang la pendek kata....

Tapi bila masuk bab mencari pasangan hidup... memang aku nak yang sama negeri... bukan apa... sebab senang nak balik kampung... bila orang tanya kenapa? aku jawab tak nak gaduh bila nak balik raya.... hakikatnya... pada aku ada alasan aku sendiri... adik beradik aku bukan ramai... kakak2 bukan boleh pindah kerja kat kelantan... suami mereka kerja swasta... kalau apa2 berlaku kat mak ayah nak buat macam mana? mak ayah aku pun bukan muda.... adik beradik orang lain ramai... mungkin boleh bergilir balik rumah tengok mak ayah... tapi aku hanya ada 2 kakak...

Aku pula bukan kerja dekat...duduk kerja kat sini pun kekadang aku berdebar bila mak ayah tak angkat kalau aku telefon.... nak balik bukan boleh cepat... tambah2 kalau cuaca pula tak baik macam mana?... bukan senang nak balik kampung... sekali balik mesti nak duduk puas2 dengan mak ayah... tak sanggup aku membahagikan cuti aku... sekurang2 kalau mertua senegeri tak ada la membazir masa dalam perjalanan jer.... dah la kalau musim raya tu kelantan asyik jem jer... assabiyah kah aku kalau aku memilih untuk mencari pasangan hidup satu negeri atas demi mak ayah aku? korang tak rasa korang tak tahu.... setiap orang buat sesuatu alasan atas sesuatu sebab... bukan sesuka hati....