Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Kerana Cita-Cita

Sabtu, Jun 30, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:50 PG
Kerana cinta orang sanggup tinggalkan keluarga... kerana cinta orang sanggup menderhaka pada ibubapa... kerana cinta orang sanggup kawin lari... dan kerana cinta orang sanggup buat apa saja...kerana cinta adalah segala-galanya dalam hidup mereka... Aku pula punya cita-cita... Cita-cita adalah segalanya dalam hidup aku... kerana cita-cita aku sanggup lakukan apa saja... kerana cita-cita aku sanggup habiskan duit... kerana cita-cita aku sanggup gunakan masa... kerana cita-cita aku sanggup tinggalkan keluarga (untuk pergi belajar)... kerana cita-cita aku sanggup dipenjara...

Tapi kini... cita-citaku terbatas... kerana sebuah janji... hidup jadi tak keruan... seperti orang putus cinta  yang nak bunuh diri tu... tapi aku taklah sebodoh itu... sebab aku tak bercita-cita untuk hidup selamanya di neraka jahanam... nauzubillahi min zalik... tapi kerana cita-cita aku sanggup dipenjara kerana melanggar janji...

Sebenarnya macam ni... kalau aku tak tunaikan janji tu... aku kena bayar RM100K... tapi kalu aku tunaikan janji tu... setiap bulan gaji masyuk... bila aku dah tension dengan kerja yang banyak sangat... yang bukan sahaja merampas cita-cita ku malah merampas hidupku sekali... otak aku jadi fikir macam macam untuk lari dari kerja.... kalau aku nak kumpul duit... bayar 100K pun... sebulan RM1000... Mungkin paling awal pun aku dapat kumpul setelah 8 tahun... masa tu... aku dah terbebas dari janji aku... buat apa aku perlu bayar 100K lagi... sanggupkah aku bertahan hidup begini 8 tahun lagi?

Otak aku ligat cari penyelesaian lain.... ermmm kalau aku buat pinjaman peribadi... tapi kalau aku buat pinjaman peribadi... dengan duit apa aku nak bayar balik pinjaman peribadi tu kalau aku dah tak kerja nanti? jadi jalan penyelesaian terbaik... aku lari saja dari kerja tersebut... tanpa membayar denda pun... jadi ada kebarangkalian untuk aku dipenjarakan... aku tengok dalam tv... ramai orang yang dipenjarakan menyesal dan belajar agama di dalam penjara.... jadi aku rasa untung juga kalau aku masuk penjara pun.... boleh juga tambah ilmu agama... tak ada la hidup aku sia-sia mengejar keduniaan semata-mata...

Tapi lepas aki keluar penjara... mesti tak ada orang nak ambil aku bekerja... bekas banduan la dikatakan... alahh... aku bukan teringin sangat pun nak kerja... yang aku nak... belajar... belajar... dan belajar... tak ada orang nak ambil bekerja... aku kerja sendiri pun boleh... jadi impian aku sebagai pereka cipta (doraemon)... Hakikatnya... bersediakah aku untuk menghadapi saat ini? atau ini hanya angan kosong sahaja... mungkin aku ikut plan ni kalau otak aku dah terlalu tertekan sehingga tak mampu berfikir dengan waras....

Baik aku teruskan kerja... sambil kerja boleh belajar juga... bila jawatan dah di sahkan... boleh sambung belajar apa susah... cuma semua ni hanya memerlukan kesabaran... hidup perlu sabar... baru boleh menggapai kebahagiaan... syukur dengan apa yang ada... biar apa pun cubaan yang datang menghalang... kuatkan azam... bulatkan tekad... terus mencapai cita-cita...