Membina Modal Insan
Ahad, Oktober 14, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:02 PTG
Saya pernah pergi plkn... dalam surau jer nilai agama diterapkan... di dalam kelas saya rasa semua yang diajar menggunakan cara barat... begitu juga dengan kursus peningkatan softskill yang saya ikuti selepas tamat pengajian saya... tetap menggunakan cara barat.... adakah kita mahu membina generasi yang memisahkan agama dan kehidupan mereka?
Kita tahu... remaja masih belum betul-betul matang untuk menilai baik buruk sesuatu benda... remaja adalah peringkat hidup dimana manusia suka mencuba sesuatu yang baru untuk menambah pengalaman hidup... peringkat remaja adalah peringkat yang sangat kritikal yang menentukan hala tuju seorang manusia... ramai juga remaja yang tersilap langkah dan tersungkur ke lembah kegelapan ....
Cuba kita lihat tv dan filem pada hari ini.... apakah yang dihidangkan mereka untuk tatapan remaja... saya rasa semakin hari mereka semakin lucah... kisah cerita lawak pun ada unsur lucah... padahal untuk tontonan umum... patut buat 18 SX.... mungkin perkara-perkara itu sudah di anggap biasa pada masa ini... mungkin juga masyarakat sudah hilang sensitiviti terhadap perkara ini... Ini belum masuk lagi kes video lucah yang boleh dilihat secara percuma di internet... mungkin inilah keburukannya dunia tanpa sempadan....
kita tengok cerita melayu pada ketika ini... kebanyakkannya kurang nilai pengajaran... yang ada hanyalah cinta kosong... tiada isi... dan banyak memasukkan unsur-unsur negatif... orang islam pun rilek jer pergi kelab malam teguk arak... macam benda tu tak salah... berpeluk antara lelaki dan perempuan.... sepertimana yang saya kata tadi... remaja adalah golongan yang sangat mudah terpengaruh... bila dia lihat perkara ini dilakukan sebagai kebiasaan... dia akan menganggap benda ni bukan satu kesalahan....
Buka mata luas-luas... lihatlah sekarang ini...hampir semua remaja pernah berkapel... berapa banyak remaja yang menyerahkan maruahnya sebagai bukti cinta.... berapa ramai remaja telah menjadi pembunuh diusia mudah... fikir sendiri... masyarakat kita sedang menuju keruntuhan moral...
Runtuhnya sebuah rumah adalah kerana tiangnya... kuatkan ia... binalah tiang yang kukut sebagai gantinya... tiang itu adalah solat.... saya rasa tidak perlu kita menghabiskan berjuta ringgit membina modal insan berteraskan budaya barat... kita telah lama merdeka... saya rasa kita perlu memupuk kesedaran bersolat dikalangan remaja... memang terlalu ramai remaja yang tidak solat pada masa ini...
Saya mohon kerajaan menyiarkan iklan solat di Malaysia... membuat kempen bersolat di kalangan remaja... menerangkan betapa pentingnya solat dalam hidup kita... membawa sesuatu yang menggabungkan agama dan kehidupan kita... cukuplah sampai disini kita meminggirkan agama dari kehidupan kita... hidup beragama tu amat penting... ingat... untuk melihat apa yang akan jadi pada negara kita adalah apa yang ada pada remaja kita pada hari ini....
Akhir kata... saya mahu bertanya...Bolehkkah kita melahirkan rakyat yang berkualiti, berintegriti dan berakhlak... jika kita tak mampu membentuk hamba yang taat pada perintah Tuannya.... Realitinya... mana mungkin seorang tidak amanah pada perintah Tuhan akan menjadi seorang manusia yang amanah pada manusia lain.... fikir-fikirkan....