Bila Gaza Diserang
Isnin, November 19, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:03 PG
Bukan saya tak sokong semua itu... bukan saya nak menentang semua itu... tapi... kenapa masjid masih kosong dikala azan subuh berkumandang... sedangkan inilah caranya yang mampu membuktikan kebangkitan orang islam... orang islam hanya digeruni apabila bilangannya yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan yang datang solat jumaat...
Muslim di malaysia memang begitu.. cakap bukan main lagi itu ini... nak lawan nafsu dan syaitan yang bertenggek di atas mata untuk bangun subuh pun tak mampu... bukan saya nak mengata orang lain... diri saya pun begitu juga... tu baru bangun subuh bukan solat tengah malam lagi...
Tak percaya... cuba tengok bilangan yang menghadiri demostrasi setelah solat jumaat... melaungkan tentang kezaliman israel... cuba tengok lagi bilangan orang yang pergi solat hajat untuk mendoakan israel... agak2... semua orang buat benda tu pergi solat subuh berjemaah ke? saya rasa tak... solat sunat boleh pula berjemaah....
Habis jer bulan puasa... ke mana entah orang islam hilang... ke kedai kopi tengok bola... padahal masa bulan puasa berebut solat sunat terawih... solat sunat jer pun... orang bagi bola sebiji,... semua nak berebut.. sambil tambah dosa tengok lutut orang....macam tu punya senang jer nak kotorkan hati orang islam... kenapa saya kata kotorkan hati? sebab dosa tu kan mengotorkan hati? tengok lutut orang tak dosa ker?
ahhh... dah terkeluar topik pula... satu lagi perangai orang islam ni.. hangat2 tahi ayam... mula2 boikot la produk yahudi tu,... lama2... dah lupa...masa serangan semua orang x makan McD... pastu pandang serong kat orang islam yang makan McD...macam orang tu dah jatuh kafir...tapi bila isu ni dah sejuk semua pakat2 pergi serang McD... sebab McD dah buat offer dan jualan murah... alahai... kita tengok jer la lama mana boikot ni mampu bertahan...
Jadi apa patut kita buat... yang lelaki mohon.. pergilah solat subuh di masjid... sebagai tanda sokongan anda pada palestin... biar israel gentar sikit...bila tengok ramai orang yang solat subuh....yang perempuan... jom solat subuh di awal waktu... orang tak tahu pun Allah tahu... teruskan doa kita untuk rakyat palestin... mereka mati pun mati syahid... kita yang kat malaysia ni... jangan pula mati katak...