Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Propaganda Politik Yang Materialistik

Jumaat, Februari 08, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:25 PTG
Hari ni dapat 1 sms... sms iklan politik... rasa nak balas jer sms tu... tapi tak cukup keberanian... sebab saya ni pengecut... jadi saya balas di sini la ...untuk memuaskan hati saya sendiri... antara yang dijanjikan dalam propaganda tersebut adalah...

1. 3000 Rumah rakyat
Jawapan: setakat 3000 rumah rakyat tu.... bukan saya dapat pun... orang lain yang dapat... tak ada kena mengena dengan saya... nak bantu orang bantulah mereka mendapat sumber pendapatan... bak kata orang... bagi pengail bukan bagi ikan...ok? Lagipun rumah rakyat biasa memerlukan geran tanah untuk memohon dan orang yang betul2 miskin biasanya tidak mempunyai geran tanah... minta bagi perhatian...

2. Uitm KB
Jawapan: Uitm KB... bukan kat tengah bandar KB tu dah ada ker UiTM KB? ker apa ke benda tu? ker nak perbesarkan? tulis la betul-betul... hmm... tapi nak komen IPT kat kelantan biasa tawar kursus sastera dan benda kebudayaan tu... jarang yang tawarkan bidang kejuruteraan dan sains teknologi... kenapa yer? tak nak orang kelantan maju ker?

3. Lebuh raya KB-K. Krai
Jawapan: Kalau setakat buat lebuhraya lepas tu kena bayar tol... baik tak payah... lagipun sekarang ni jalan KB ker Kuala Krai dan baru dan cantik... buat apa la nak membazirkan duit buat lebuh raya lagi... nanti bertambah kemalangan bila orang bawa kereta laju di lebuh raya...


4. Masjid Terbesar
Jawapan: Buat apa nak buat masjd besar-besar? nak bangga diri? nak buat jadi tempat pelancongan macam masjid kristal tu? tak payah la jadikan masjid tu barang untuk dimegahkan... masjid yang dah ada pun kosong.... nak buat masjid baru yang besar? boleh blah... tolong la.... imarahkan masjid dulu... pastikan masjid yang dah ada tu penuh dulu... cuba guna duit yang nak buat masjid besar tu untuk buat program mendekatkan anak muda dengan masjid... buat aktiviti yang mampu menarik perhatian anak muda untuk pergi masjid... ni buat masjid besar... yang tua nak ke kubur jer pergi... untuk anak muda korang rosakkan akhlak mereka dengan hiburan semata-mata... aduhai....

5. Stadium baru
Jawapan: Nak buat stadium baru nak buat apa... saya pasti ni kes nak bermegah juga... tahu la penyokong red warrior ramai... tapi.. rasanya pembangunan stadium baru hanyalah satu pembaziran... dari buat stadium baru,... baik taja jersi baru untuk pemain bola yang menutup aurat... dapat pahala... boleh la kalau pemain bola nak sujud syukur lepas menang... tak ada la berlaku kes sujud syukur tanpa menutup aurat... ataupun sediakan tempat solat yang besar di stadium untuk penyokong sama-sama dapat solat berjemaah bersama sebelum menonton aksi bola... ingat... akhirat itu jauh lebih penting dari keduniaan...

6. Bas rapid kb
Jawapan: Cara nak buat bas rapid kb tu macam kb tak ada bas... kan transliner dah ada... tak perlu la rasanya rapid kb...kalau ada rapid kb kang mampus pula syarikat transliner tu... syarikat orang melayu islam perlu kita sokong... tak perlu lah nak tambah macam2 jenis bas bandar...

7. Air bersih
Jawapan: Air bersih? haha... selama ni tak cukup bersih ker air? negeri lain bersih ker airnya? saya tak guna air bekalan ni... saya guna air telaga... begitu juga kebanyakan orang kelantan... kami guna air telaga atau unjang... air paip mungkin hanya digunakan di kawasan yang betul2 bandar sahaja... yang tak boleh nak cari sumber air lain... saya rasa selagi nama air proses yang dihantar... susah nak capai piawaian bersih tu....

Saya sebenarnya tak memihak kepada mana-mana parti politik... cuma sms ni membuatkan saya tergelak... dah la sms ni tahu nama penuh saya... dan dihantar ke dua-dua nombor handphone saya... Saya cuma berharap.... lain kali nak buat manifasto... jangan terlalu materialistik... tolong lihat macam mana nak bangunkan manusia buat teknologi semata-mata... kena masyarakat sekarang semakin runtuh dihempap kemajuan teknologi yang disalah guna.... bila masyarakat runtuh... negara juga akan musnah nanti... Saya sayang negeri dan negara saya.....