Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
Egoist.. tu la tajuk yang saya nak bincang kali ni... ego lawannya merendah diri..saya mengaku... saya pun jenis yang punya ego yang tinggi.. kadang2 timbul rasa riak dihati... saya suka mendengarkan lagu Egoist untuk mendidik hati supaya tidak ego seperti sang merak...Siapalah kita... hanya insan biasa... hamba kepadanya... untuk ego... untuk merasa diri kita hebat...Hanya Allah yang layak untuk ego... kerana Dia punya segalanya...
Andai kita rasa diri kita kaya... ada lagi manusia yang lagi kaya daripada kita... Malah Allah Maha kaya... sedarlah kekayaan itu bukan milik kita... tetapi milik Allah... Dia bisa mengambilnya bila saja Dia mahu... sekelip mata sahaja kekayaan itu akan lenyap... sebaliknya... andai kita punya harta... jadilah dermawan... bantulah orang yang susah... sumbangkanlah kejalan Allah... moga kita mampu membeli kebahagiaan di akhirat dengan kekayaan yang kita ada...tetapi andai kita miskin... jangan kita mudah melatah... bersyukurlah dengan apa yang kita ada...pasti ada orang yang lebih susah dari kita...mungkin kita tak mampu membeli kebahagiaan itu dengan wang ringgit... namun kita mampu memperolehinya dengan keikhlasan walaupun sedikit dan amalam kebaikan yang kita lakukan...
Andai kita rasa kita bijak..ramai lagi yang lebih bijak dari kita... contohnya Ibnu Sina dalam bidang perubatan... Al Jazari dalam bidang kejuruteraan... mereka bukan sahaja bijak dalam ilmu sains... malah mereka juga pakar dalam ilmu agama... siapalah kita jika nak dibandingkan dengan mereka... malah... ilmu kita hanyalah tidak sampai setitik dari seluruh lautan jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah... kita juga boleh lupa akan ilmu-ilmu itu jika tidak beramal dengannya... malah boleh hilang ilmu itu dengan sekelip mata sahaja jika Allah mahukan... sesungguhnya... bersyurkurlah atas ilmu yang kita ada... gunakan sebaiknya untuk kebaikan ummah... jangan gunakan ilmu itu untuk merosakkan alam yang indah kurniaan Allah...tapi jangan pula kita rasakan kita terlalu bodoh... sesungguhnya Allah itu Maha Adil... setiap manusia diciptakan dengan keistemewaan yang tersendiri...
Andai kita rasa kita cantik... ramai lagi yang lebih cantik dari kita... sekali kita kena simbah asid... terus buruk muka kita... kecantikan paras rupa hanya sementara sahaja... bila usia menginjak naik... kecantikan kian berkurang... andai kita rasa kita hodoh... bersyukurlah... sekurang-kurangnya... kita dikurniakan sifat yang cukup... tiada kecacatan...mungkin muka kita buruk... penampilan kita hodoh... tapi hati kita baik... siapa tahu... kecantikan dalaman kita mampu menengelamkan kehodohan fizikal kita...
Andai kita rasa kita baik...hati kita tulus...kita rasa kita ni beragama... rasa iman kita ni kuat la konon... sedarlah... kita tak mampu menjadi sebaik malaikat... setiap manusia pasti melakukan kesalahan... mungkin hari ini kita beriman dan mendapat hidayahNya... namun... bagaimana dengan hari esok... berusahalah untuk sentiasa mendapat redhaNya... mungkin orang yang kita panggil jahat hari ini... menjadi seorang hamba Allah yang begitu taat kelak... mungkin hari ini kita kutuk orang yang tak bertudung dan berpakaian seksi... tapi mungkin suatu hari nanti... dia lebih menjaga auratnya dari kita kelak... mungkin hari ini kita kutuk orang yang bercouple dan berzina... kita tak tau suatu hari nanti mereka akan bersatu menjadi pasangan yang cinta hanya kerana Allah... jangan kutuk dan hina mereka... kita belum berada di tempat mereka... andai kita berada di tempat mereka... mungkin kita akan melakukan perkara yang lagi teruk daripada mereka... kita tak tahu apa penghujung kita dan apa penghujung mereka... yang hanya kita lakukan adalah berdoa... berdoalah supaya iman kita dikuatkan dan kita dijauhkan dari melakukan perkara yang dilarang...moga mereka juga berubah akhirnya dan mendapat hidayahNya... dan nasihatilah mereka dengan cara yang terbaik... tanpa memalukan mereka... moga di akhirat kelak kita boleh berjumpa dengan mereka di syurga...
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki... jangan terlalu ego... kerana segalanya bukan milik kita... tetapi jangan pula terlalu merendah diri ... nanti hilang kekuatan dan motivasi dalam diri kita... bersederhanalah dalam menilai diri... lihat yang berada diatas dan dibawah kita... bantu yang lemah... cuba contohi yang berjaya...jangan hina orang lain... tapi perbetulkanlah diri sendiri...
Labels:
PeDoMaN
Aku sangat anti bila jumpa lelaki yang anggap kerja rumah ni kerja perempuan sahaja... lelaki tak perlu buat... lelaki boleh duduk rumah... goyang kaki... tengok tv... baca surat khabar... pastu perempuan kena berhempas pulas menguruskan rumah? Adil ker macam ni?
bila sebut kerja rumah jer... orang kita akan kata kerja perempuan.. semua perempuan mesti tahu dan kena buat... bila sebut kerja kasar jer... orang kata kerja lelaki... orang lelaki jer kena buat... orang perempuan tak boleh buat... memang la fitrahnya begitu... tapi kita kena sedar.... lain orang lain minat... bukan semua perempuan minat buat kerja rumah...begitu juga lelaki...bukan semua minat buat kerja kasar... ada juga yang minat buat kerja rumah yang dikatakan kerja perempuan seperti mengemas rumah dan memasak... ni bukan yang saya maksudkan lelaki yang mahu jadi perempuan... tapi yang hanya mempunyai minat dalam bidang perempuan... bukan niat saya untuk menyamakan lelaki dan perempuan... tapi hanya mahu meluahkan rasa hati yang terbelenggu.. manusia diciptakan berbeza...
dari tajuk ni... saya nak pergi kepada tugas suami dan isteri... sebagaimana yang kita tahu... tugas suami ialah untuk menyediakan keperluan asas untuk keluarga... kerperluan asas adalah termasuklah pakaian, tempat tinggal dan makanan....perkara2 ini ada kaitannya dengan kerja rumah... tanggung jawab untuk menyediakan pakaiaan... takkan lah suami sanggup menyediakan pakaian busuk dan tak berbasuh kepada keluarga? takkan suami nak berikan rumah yang bersepah kepada keluarga... dan tak mungkin lauk pauk mentah boleh dinamakan sebagai makanan untuk keluarga..jadi pada pandangan saya... kerja menguruskan rumah bukan tanggung jawab isteri iaitu perempuan tetapi tanggung jawab suami... tapi isteri yang baik akan membantu meringankan tugas suami andai dia suka dan rela...tak dinafikan... isteri wajib mengikut semua kata suami... tapi tak malu ker si suami menyuruh isteri melakukan tugasnya??? jadi apa kata dalam kerja rumah ni... kita jadikan tugas bersama... bukan tugas perempuan... tapi tugas suami sebagai pengurus dan isteri sebagai pembantu...bukan kah lagi bahagia bila semua tugas dilakukan bersama? masa bersama dapat dimanfaatkan dengan baik... beban akan terasa ringan... bak kata pepatah melayu... yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing...
adat melayu dulu yang mengatakan kerja rumah adalah kerja perempuan sahaja...belajar tinggi-tinggi masuk ceruk dapur juga akhirnya... saya rasa kurang sesuai diguna pakai lagi buat masa ini...bak kata orang sekarang kurang relevan... yer la... dalam masa sekarang.... kebanyakan isteri bekerja... tak sesuai untuk meletakkan sepenuhnya tangungjawab mengurus rumah kepada isteri... kadang-kadang saya lihat si suami seolah-olah membeli si isteri dengan mas kahwin dan hantaran tinggi untuk dijadikan seorang hamba yang perlu patuh dengan segala arahannya... isteri dijual beli seolah seorang hamba abdi dijual beli di pasar...begitu murahkah harga seorang perempuan yang boleh dibeli dengan wang ringgit??? bukan maksud saya untuk menidakkan isteri untuk mengikut segala arahan suami... tapi bagi saya hanya suami yang dayus akan memaksa isteri melakukan tugas yang sepatutnya dipikul oleh suami... melainkan dengan rela isteri... tugas isteri adalah melayan suami... tugas seorang pelayan bukanlah seperti tugas pengurus rumah... kalau tugas pengurus rumah perlu dipikul bersama tugas pelayan... tugas pelayan tak mampu dilakukan sebaiknya...sedangkan itu tugas sebenar isteri.....
Kesimpulannya.. tugas mengurus rumah perlu dilakukan bersama... bukan sekadar tugas perempuan semata-mata... maaf andai terkasar bahasa... kalau salah tolong perbetulkan... sekadar pendapat saya... insan yang lemah...
Labels:
PeDoMaN
sambungan daripada tajuk sebelum ni... pasal janji melayu...
kali ni aku nak bongkar pasal kaum melayu plak... bukan niat hati nak menelanjangkan kaum sendiri... tapi nak beri semangat kat diri sendiri dan orang melayu lain...
kalau zaman dulu-dulu... zaman kesultanan melayu melaka... zaman melayu tengah gah dengan kejayaannya...bahasa melayu pun jadi bahasa lingua-franca....tapi sekarang... setelah berabad berlalu.. setelah dijajah melayu jadi lemah... walaupun sudah merdeka.. tapi hanya sekadar fizikal... tapi mental melayu masih dijajah... orang kata mentaliti kelas ketiga.... bukan kelas pertama...
aku pernah ditanya oleh kawan berbangsa cina... kenapa bangsa melayu masih mundur dan kurang berjaya walaupun telah dibantu dengan banyak oleh kerajaan dengan dasar ekonomi baru (DEB).... adakah kerana terlalu dimanjakan oleh kerajaan... atau sememangnya melayu bangsa yang lemah???
kelu lidahku untuk menjawab... malu aku pada bangsa aku sendiri... bukan aku tak bangga dengan bangsa aku sendiri... tapi aku malu dengan sikap dan keadaan orang melayu itu sendiri... aku sentiasa berazam untuk memperbaiki pandangan orang lain terhadap orang melayu dan juga Islam...aku yakin kita bukan bangsa yang lemah... cuma kita perlu memerdekakan diri kita dari pengaruh yang salah... ikut ajaran Islam yang diajar oleh al-Quran... kerana itu panduan kita sebagai orang islam...
mentaliti orang melayu yang biasa aku lihat... bila dia tengok kebanyakkan orang buat benda tu... walaupun dia tahu benda tu salah... dia buat juga... kerana bagi dia apa yang banyak orang buat adalah betul... sebab tu la... makin lama makin lemah bangsa kita... satu lagi mentaliti yang masih kukuh dalam fikiran kita adalah... apa yang barat buat... apa yang orang putih buat semua betul... jadi kita kena buat macam mereka baru kita boleh maju... betul ker?? kalau tak ikut cara orang putih... orang kata selekeh... kolot... dan pelbagai lagi... tapi sedarkah kita... ilmu dan teknologi yang ceduk oleh barat adalah dari ilmu yang diperolehi dari zaman kegemilangan islam dulu...
orang melayu kita suka sangat berada di zon selesa...suka mengharap bantuan tanpa berusaha terlebih dahulu...cuba kita tengok orang indonesia... mereka berusaha keras bekerja di negera kita... terpaksa meninggalkan keluarga tersayang... tapi orang melayu... ada yang jadi pengemis di negara sendiri... jadi penagih dadah yang hanya tahu menghabiskan duit negara di pusat pemulihan... jadi pelajar yang malas belajar... hanya menghabiskan duit biasiswa untuk hidup mewah...sedar la... kita punya peluang yang baik... tapi kita salah gunakan ia... kita sepatutnya menggunakan peluang yang ada didepan mata...untuk menempa kejayaan di hari muka...
nak kata Islam suruh kita kejar akhirat saja... tak juga... Islam suruh kita kejar kedua-duanya... biar berjaya kedua-duanya.. kita kena cari duit untuk jadi kaya sehingga boleh bayar zakat dan bagi derma... bukan untuk bermewah dan membazir... tapi untuk tolong orang lain... sebagai saham akhirat kita... baru la boleh maju masyarakat kita... orang melayu kita ni sibuk duk kejar populariti...kejar hiburan... yang langsung tak bawa apa2 kebaikan di dunia mahupun akhirat...
ok la... banyak sebenarnya saya nak cakap kat sini... tapi idea dah hilang...
kesimpulan yang saya dapat buat... bangsa melayu boleh berjaya...andai al-Quran jadi panduan hidup..gunakan peluang yang ada sebaiknya...jangan hidup terlalu berkiblatkan barat... nanti bangsa kita akan hancur... kerana misi mereka menghancurkan kita dalam senyap tanpa kita sedar... kembalikan zaman kegemilangan Islam... kembalikan kehebatan bangsa Melayu.... hanya kita yang mampu mengubahnya...Ayuh!!! -Melayu takkan hilang di dunia-
Labels:
PeDoMaN
Janji melayu... biasa kita dengar bila sebut tentang janji yang tidak menepati masa. kadang-kadang saya rasa pelik orang melayu sendiri seolah-olah bangga dengan ungkapan 'janji melayu' itu sendiri...bila berjanji lambat datang... masa seolah-olah tiada harga... sedangkan ada ungkapan melayu sendiri 'masa itu emas'...tapi langsung tidak diendahkan oleh orang melayu itu sendiri.
Pertama sekali... senang saya ulas benda ini berdasarkan pengalaman. Pengalaman berkerja dalam kumpulan bersama pelajar melayu dan cina. kalau meeting dengan pelajar cina. masa memang mereka tepati.. paling lambat pun 5 minit. kalau lambat pun mereka akan memberitahu terlebih dahulu. jadi tak adalah ahli kumpulan lain akan tertunggu-tunggu.
berbeza dengan pelajar melayu. pelajar melayu biasanya akan datang lambat tanpa rasa bersalah. kalau boleh saya nak katakan di sini.. kalau tak nak hargai masa sendiri... hargailah masa orang lain... kalau meeting dengan kumpulan yang mempunyai ahli cina... mereka datang mungkin dalam 15 minit hingga setengah jam lambat. berlainan pula keadaannya apabila semua ahli kumpulan melayu... 1 jam lepas masa yang dijanjikan belum tentu mereka dah datang... saya sendiri telah lali dengan keadaan itu, jadi untuk tidak membuang masa menunggu mereka... saya bawalah kerja lain yang boleh dibuat semasa menunggu mereka datang...
itulah situasinya yang berlaku. situasi ini bukan merujuk kepada semua melayu. tapi kebanyakan melayu. kalau ditegur, orang kata... ala.. biasalah.. janji melayu.. padahal orang melayu sepatutnya beragama islam.. dan islam sangat menitik beratkan soal pengurusan masa... kalau tidak masakan ada surah berkaitan masa... demi masa... sesungguhnya manusia kerugiaan...bukan setakat itu... malah islam mengajar kita menguruskan waktu dengan perlaksanaan solat 5 kali sehari semalam... kita didik untuk solat secepat mungkin apabila masuk waktu solat... bukan menangguhkan solat sebelum waktunya tamat... apabila kita prihatin terhadap waktu solat.. kita akan lebih prihatin terhadap masa... dan menghormati masa.... masa tak mungkin bertambah... malah sentiasa berkurang... mati semakin hampir...
kesimpulan yang mampu saya buat disini...orang melayu sepatutnya malu dengan ungkapan janji melayu... bukannya bangga... kita perlu sama2 menukar ungkapan tersebut menjadi janji melayu apabila kita menepati masa perjanjian malah datang lebih awal dengan persediaan yang cukup... baru la bangsa kita boleh berjaya... ni tidak.. kalau pergi kelas... siapa yang lambat datang? melayu juga... padahal kita didik untuk menghormati guru... sepatutnya kita datanng awal sebelum lecturer datang...ok... akhir kata dari saya... tepati masa anda wahai kaum melayu... kalau tidak kaum kita akan terus layu... diulik mimpi lena tanpa menyedari kita kian ditinggalkan masa...
Labels:
PeDoMaN