Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
aku nak membandingkan 3 jenis pekerjaan...
kerja sebagai suri rumah... sebagai jurutera... sebagai pendidik...
antara ketiga tiga kerja ni aku rasa yang paling best pendidik dan jurutera... dan paling tak best suri rumah? kenapa? low class ker kerja suri rumah ni? kerja tanpa gaji? hebat sangatkah kalau kerja jadi jurutera dan pendidik ni??? kerja taraf profesional? gaji tinggi? nak tahu lebih lanjut jom kita kaji...
kerja jadi suri rumah dulu kita selidik... emmm... ramai orang lelaki anggap kerja ni kerja remeh... kerja senang... bagi jer kat perempuan... bagi aku... kerja ni bukan kerja senang... kerja paling susah kat dunia ni... sapa mampu dia hebat la... kerja tanpa cuti... kerja tanpa gaji... hanya khidmat ikhlas untuk keluarga... kerja bukan untuk duit sebenarnya... kerja adalah khidmat... khidmat yang mampu kita berikan... kalau suri rumah tu khidmat untuk keluarga... boleh jaga rumah dan jaga keluarga betul2... orang kata jadi suri rumah siap masak... kemas rumah... basuh kain.. boleh goyang kaki jer rehat kat rumah... betul ker? saya rasa ker kerja suri rumah ni sibuk jer.. tak ada masa nak rehat... cuti pun tak boleh ambik... kesiap overtime sekali adalah... susah2...tapi ada kebaikan dia... boleh duk dalam rumah... tak payah nak berhadapan dengan lelaki diluar sana... kira senang la nak jaga diri... boleh putih juga... sebab duk terperap dalam rumah...tapi kadang2 boring juga duduk dalam rumah sahaja...
ok terus ke kerja yang kedua... kerja sebagai jurutera... bila orang dengar bunyi hebat la konon... tapi kerja banyak berkait dengan rasuah... maklum lah orang zaman sekarang gila duit... kita tak ambik rasuah pun bos kita ambik rasuah... bagi gaji kat kita...kerja memang la kena perah otak... tapi ok la.... biasa kerja berkumpulan...sumbangan kepada masyarakat tu... bergantung pada kerja la.... begitu juga dengan penambahan ilmu... ada setengah jurutera kerja bahagian sama... boring la... ilmu pun tak dapat nak tambah... kalau dapat kerja yang banyak boleh belajar ok la....dapat tambah pengetahuan dan pengalaman...cuma kalau kena outstation lama2 dan jauh2... huh... kesian kat keluarga la.... jurutera gaji besar ker? ahh... gaji bergantung kepada syarikat... atas rezeki la... biasa starting bawah 2000... kalau dapat kerja jurutera rnd best juga... boleh juga reka benda baru.... hmmm...membangunkan teknologi... jangan dilupakan alam sekitar...
akhir sekali kerja sebagai pendidik... kadang2 kerja pendidik ni lebih dipandang rendah dari kerja jurutera... padahal antara kerja pendidik dan jujurutera.... kerja pendidik lagi berat dan susah... kerana jurutera buat kerja berkumpulan... pendidik.. buat kerja sorang2... kerja pendidik ni membuka peluang untuk kita belajar lebih banyak disamping dapat mengembangkan ilmu kepada orang lain dalan tugas kita untuk mengajar... rasuah tu rasanya tak ada la... selagi kita tak terima rasuah daripada pelajar....kalau nak kerja yang adventure... ni antara kerja yang adventure... bukan senang nak didik pelajar zaman sekarang untuk mencintai ilmu dan berakhlak... biasa orang nak ilmu sebab nak kerja... apa punya prinsip da.... mata duitan betul la orang sekarang ni....sebagai pendidik kena tunjuk contoh yang baik kepada pelajar... inilah ruang untuk kita memperbaiki diri kita..
ok... dah cukup 3 kerja ni yang saya hurai... nak tahu mana yang best... fikirkan lah sendiri... tapi yang paling best aku rasa.. jadi pendidik... dan jadi jurutera di syarikat sendiri... kerja jadi suri rumah paling aku tak sanggup... sebab tu kerja paling susah... bukan kerja remeh....untuk lelaki lelaki yang rasa kerja suri rumah ni kerja remeh... buat la kerja suri rumah tu... jadikan karier anda... jadi Mr Mama....hahaha...
Labels:
Dunia Pendidik,
PeDoMaN
Indahnya perkahwinan
Andai disulami kebahagiaan
Itulah impian setiap insan
Namun takdirNya
Tiada siapa yang tahu
Tetapi sakitnya perkahwinan
Andai dianyam derita
Impian musnah merentap jiwa
Nikah
Mudah disebut
Tapi tangungjawabnya cukup besar
Ia adalah amanah
Sebuah janji yang perlu dikota
Ramai mengimpikan
Sebuah keluarga sakinah dan mawaddah
Yang melahirkan mujahid dan mujahidah
Melayan pasangan sebaik mungkin
Si suami mahu menjalankan tanggungjawabnya
Si isteri mahu mentaati suaminya
Mengumpul pahala tinggi menggunung
Untuk bekalan di alam akhirat
Dalam sebuah perkahwinan
Tetapi ramai yang tidak sedar
Keluarga terbina bukan keluarga impian
Anak yang lahir jadi sampah masyarakat
Suami isteri saling bergaduh
Si suami lupa janji diakad
Si isteri berleter mengherdik suami
Hilanglah taat hilanglah tanggungjawab
Menghimpun dosa bertimbun meninggi
Bakal disoal di hari akhirat
Si bujang melihat mengeleng kepala
Mahu kawin tapi takut hilang bahagia
Mahu membujang tapi sampai bila
Pilihan dibuat berdasarkan takdir
Biarlah takdir jadi penentu
Labels:
PuiSi
saya suka tengok displin pelajar poli berbanding dengan pelajar universiti... kalau pelajar poli... jumpa pensyarah hormat bagi salam... kalau pelajar universiti... tak adanya nak bagi salam... kalau pelajar poli... datang kelas tepat pada waktunya... kalau pelajar universiti... 10 minit lambat datang kelas tu dah biasa.... pensyarah yang kena tunggu pelajar... kalau pelajar poli datang kelas pakai kemas... segak bergaya dengan kemeja dan slack... kalau pelajar universiti... pergi kelas pakai selipar jepun dan jeans... macam orang nak buat kerja buruh kasar...kalau pelajar poli... dalam kelas aktif menjawab... kalau pelajar universiti... masa lecturer tanya... diam membisu...
terlalu banyak kelebihan pelajar poli berbanding pelajar universiti... jadi tak hairan la... kalau majikan lebih suka mengambil pelajar poli berbanding pelajar universiti sebagai pekerja... kerana displin itu penting... dah la pelajar universiti perlu dibayar gaji lebih kerana kelulusan... tapi pelajar universiti hanya tahu teori... pengetahuan praktikal sangatlah terbatas... jadi untuk apa bayar lebih kepada orang yang tak tahu nak buat kerja???
tapi saya tertanya... kenapa pelajar poli lebih berdisiplin... adakah kerana ada pensyarah yang menjaga displin mereka... displin mereka di awasi... dan mereka adalah terbatas berbanding pelajar universiti yang bebas untuk buat apa saja mereka mahu... adakah nanti pelajar poli selepas keluar dari poli akan terikut dengan budaya luar dan bila tiada yang mengawasi displin mereka... mereka akan menjadi liar seperti pelajar universiti...
kalau hanya menjadi jinak kerana ada pengawasan... saya rasa kita masih belum mampu mendidik anak bangsa kita... kerana mereka akan hancur tanpa pengawasan... mereka patut faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh itu untuk kebaikan mereka... dan kepentingannya... bukan sekadar kerana mengikut peraturan sebab takut nanti didenda... pada saya remaja patut didik dengan nasihat bukannya hukuman... tapi bergantung kepada pelajar itu sendiri juga...
Untuk pelajar poli... teruskan hidup dalam displin yang baik biarpun nanti keluar dari poli... untuk pelajar universiti... ubahlah dirimu... jangan jadi orang berilmu yang tidak berdisplin... kerana displin juga mencerminkan akhlak mu...
Labels:
Dunia Pendidik,
PeDoMaN
Bila buka facebook... tengok orang bertunang dan kawin... mengandung dan dapat anak... kawan2 masa sekolah dulu... terfikir bila la sampai jodoh aku... pastu fikir... ada ker lelaki yang nak kat aku... ada ker lelaki yang akan bagi hati dia kat aku... ohhh... aku macam tak layak jer untuk semua itu... Layakkah aku???... siapalah aku nak dibandingkan dengan perempuan lain... orang lain cantik... pandai masak... lemah lembut.. ayu.. kemas... rajin... baik... pandai ambik hati... solehah... pandai ilmu agama... mengaji Quran pun sedap... siapa yang nak kat aku yang tak ada apa2...
Ahhh... buat apa aku fikir pasal jodoh... biarlah Allah yang tentukannya... kalau aku kawin nanti... kang aku tak mampu memuaskan hati suami.. tak pasal2 tempah neraka... kawin konon2 sebab nak kumpul pahala layan suami sebaik mungkin... tapi nanti kawin... terkumpul dosa pula menggunung tinggi sebab tak taat pada suami....boleh ker aku jadi isteri yang baik? kalau tak mampu... baik tak payah kawin... tapi kalau kawin... dapat jadi isteri solehah... boleh masuk mana mana pintu syurga yang dikehendaki... tapi mampukah aku???
Hakikatnya... kekadang aku rasa nak kawin... kekadang aku rasa tak nak kawin.... nak kawin sebab aku diciptakan sebagai seorang wanita yang memerlukan lelaki untuk membimbing aku... tapi aku fikir lagi... macam la aku tak boleh hidup tanpa lelaki.... hidup tak perlukan lelaki kecuali ayah... tak nak kawin sebab takut tak mampu jadi isteri solehah... takut tak mampu mengorbankan masa bersama mak ayah demi untuk seorang suami...
Alahai... kawin ker tidak... biarlah Allah yang uruskan... pastinya ketentuan Allah adalah yang terbaik baik untuk ku... tak payah lah aku pening2 fikir... kalau kawin dapat berbakti pada suami... kalau tak kawin dapat fokus untuk berbakti pada ibubapa... yang penting aku bahagia dengan apa juga yang aku lalui dalam hidup aku....
Labels:
PeDoMaN
Hebat sangatkah kita?
Kalau kita punya harta...
Kalau kita punya ilmu dunia...
Kalau kita punya rupa...
Kalau kita punya pangkat...
Kalau kita punya pengaruh...
Hebat sangatkah kita?
Kalau kita punya semua benda...
Yang manusia kejar di dunia...
Tapi kita tak punya akhlak...
Tapi kita tak punya ilmu akhirat...
Tapi kita tak punya ketenangan...
Tapi kita tak punya kebahagiaan...
Hebat sangatkah kita?
Kalau punya harta berjuta juta...
Tapi kedekut nak bagi sedekah...
Kalau setiap sem dapat dekan..
Tapi mengaji Quran merangkak rangkak...
Kalau punya paras cantik sekali...
Tapi terdedah sana terdedah sini...
Kalau punya kerja taraf profesional...
Tapi buat kerja tanpa amanah...
Hebat sangatkah kita?
Mungkin hebat dimata manusia...
Tapi mungkin hina dimata Tuhan...
Jadi....
Hebat sangatkah kita?
Labels:
PuiSi