Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Pertemuan 1

Isnin, Mei 16, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:14 PTG
Dalam mengejar cita... kita dipertemukan...
Sebuah pertemuan menyimpul persahabatan,
Persahabatan terbina menjalin keakraban,
Keakraban kita penghubung ukhwah,
Ukhwah diperlihara hingga akhir hayat.


Bab 1 – Surat tawaran

Vrooommm... tu mesti bunyi motor posmen meninggalkan perkarangan rumahku... getus hatiku.
Aku cuba menjenguk di jendela. Ada ke tidak surat yang ku nantikan itu? Hatiku tertanya-tanya..
“Ada.... ni ada surat untuk Ada...” terdengar panggilan dari ibu yang dari tadi sibuk menyapu dihalaman rumah.
Aku berlari anak mendapatkan surat ditangan ibu. Tertera nama aku... Suhada binti Safwan pada surat besar itu. Ni mesti surat tawaran menyambung pengajian dari UPU. Kat mana la aku akan merantau nanti... sebelum ni dah merantau ke utara tanah air di Kolej Matrikulasi Kedah. Jangan dapat kat Sabah Sarawak sudah. Susah nak balik nanti...kos tinggi.
“ Surat apa tu Ada? Cepat la buka... ibu pun nak tahu isinya..” tiba-tiba ibu bersuara...
“Haáh... jap yer ibu... surat dari UPU ni”
Aku terus membuka surat itu...
“Alhamdulillah... Ada dapat pilihan pertama Ada”
“Alhamdulillah... apa pilihan pertama Ada tu?”
“ Ada dapat course Kejuruteraan Mekanikal kat UKM ... ibu”
“Nanti boleh la pergi tengok tempat Ada akan belajar sambil ambik kak Aya nanti.”
“Haáh...betul tu ibu...”
“Nanti Ada belajar jadi mekanik la yer?”
“Apa la ibu ni... takkan belajar tinggi-tinggi jadi mekanik jer kut... Ada bukan belajar untuk baiki benda... tapi ada belajar macam mana nak design benda... jadi engineer”
“Ooo... ibu tak tahu.. Tapi kita tak boleh pandang rendah pada orang lain Ada... biarlah mereka kerja mekanik sekalipun... bergelumang dengan minyak hitam... tapi rezeki mereka halal... kalau jadi engineer tapi duk makan rasuah.. bangunan yang dibina semua retak.... baik tak payah jadi engineer kalau gitu jadinya... membahayakan orang lain jer...”
“Mekanikal engineer tak buat bangunan la ibu... mereka buat benda bergerak ibu...kereta ker... “
“ Ish kamu ni... ada jer nak melawan... buat kereta pun... tu tengok kereta buatan Malaysia orang selalu komplen rosak... tak payah pergi jauh... tengok saja proton waja abah kamu tu... sekejap-sekejap ke bengkel... tingkapnya pun mudah rosak... nanti kamu reka kereta... reka baik baik yer... biar kereta tu berkualiti...”
“Anak ibu ni baru nak pergi belajar... belajar pun tak lagi... inikan pula nak design kereta...”
Akhirnya kami tawa kami berderai....

“ Gembira nampak anak dan isteri abah ni... Ada berita gembira ker? Surat apa kat tangan Ada tu”
Tetiba saja abah terpacak dihadapan kami... Mungkin baru sahaja pulang dari kebun di belakang rumah.
“Ni anak abang Ada ni... dia Berjaya masuk Kejuruteraan Mekanikal kat U sama dengan Aya”
“ Yer abah...ni surat tawaran dari UPU” sambil aku memberikan surat tersebut pada abah...
“Ooo... Ada dapat masuk kejuruteraan mekanikal kat UKM... bukan ker course tu banyak lelaki?”
“ Ikut orang cerita macam tu la abah... tapi dah Ada minat... nak buat macam mana? Takkan tak nak ambik kos tu semata mata kerana lelaki?”
“Bukan apa... Cuma nanti pandai pandai la Ada jaga diri yer... pandai pandai menyesuaikan diri di tempat orang... Ada ni pun abah tengok bukan pernah kawan dengan lelaki pun...sekolah pun girl school dari sekolah rendah sampai menengah... tetiba mana tahu kena belajar semua classmate lelaki... boleh ker Ada rasa?”
“Alaa... abah ni... melemahkan semangat Ada aja...” rungut aku dengan manja...
Tawa kami berderai sekali lagi memecah kesunyian petang itu...

Bersambung...

Mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu
Untuk menggenal erti persahabatan
Melayari kehidupan remaja bersama
Kerana persahabatan itu sebuah perkongsian

Ku Merindu

Ahad, Mei 08, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:44 PG
Ku merindu...
Rindu akan saat kita bersama
Rindu akan saat aku disana
Rindu akan saat itu

Ku merindu...
Sangat aku merinduimu
Kaulah tempatku mengadu masalah
Kaulah tempatku mencari ketenangan
Kaulah tempatku mencurah cinta

Ku merindu...
walau tiada siapa yang tahu
isi hati ini...
kisah antara kita..
dalam diam ku merinduimu
tak dapat lagi ku bertahan...
hingga diri ini terfikir...
diluar waras manusia...
air mata ini laju menitis...
hanya kerana ku merinduimu..

Ku merindu....
masih terbayang di ruang mata ini...
hari-hari yang kita lalui bersama
sungguh indah..sungguh bahagia..
Ku merindui mu...

P/s: mu disini bukan manusia...

Bahasa Penjajah Perosak Bangsa

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:22 PG
kenapa aku kata begitu?
sebab aku tengok result para pelajar...
ramai yang gagal dalam subjek yang menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya...
kesian pada mereka tak faham apa yang diajar...
dan tak faham soalan...
bagaimana mereka nak jawab dengan baik...
sedangkan dalam bahasa melayu pun mereka terumbang ambing...
bahasa penjajah terus la mereka karam...

teringat aku masa mula bertugas...
masa jumpa orang atasan....
dia kata kena ajar dalam bahasa penjajah 100%...
aku pun tanya... kalau pelajar tak faham bagaimana?
dia cakap pelajar disini hebat bahasa inggeris...
tak macam pelajar disana...kompem faham punya...

wah... disini mesti PMR 100% dapat A bahasa inggeris kan...
sebab aku belajar disana...
masa aku PMR...lebih 50% dari sekolah aku dapat A bahasa penjajah tu...
cuma aku yang tak pandai bahasa penjajah ni jer tak dapat A...
hebat benar pelajar disini yer...semua A...hahaha...
penipu betul la... macam ahli politik...
kalau satu negeri dapat A... kompem masuk berita...
tak pernah tengok pun orang sini masuk berita sebab hebat bahasa inggerisnya....

udah la tu... jangan duk menipu sangat...
nak menangkan sistem pendidikan...
kalau dah tahu sistem tu tak betul...
tak perlu memihak pada mana2 pihak...
sehingga mengadaikan masa depan anak bangsa kita...
tau la kamu ni orang bijak pandai... pandai berbahasa penjajah... makan guna cara penjajah... sebab diri kamu dah dijajah...

kalau benar sistem P&P dalam bahasa inggeris ni bagus...
kenapa keputusan pelajar merosot...
kenapa pelajar tak faham bahasa inggeris...
kalau benar pelajar sini pandai bahasa inggeris...
jangan nak sorok la mayat yang dah berbau...
lama2 orang dapat jumpa juga...

akui je lah kelemahan P&P dalam bahasa inggeris...
kenapa tukar yang sekolah jer...
institusi pendidikan tinggi tak nak tukar ker?
ker tak nak anak bangsa sendiri belajar tinggi tinggi?
nak mengantara bangsakan pelajar kononnya...
antarabangsakan pelajar yang tak faham buat apa?
tak faham sebab belajar dalam bahasa penjajah...
fikir la betul2... sebelum merosakkan masa depan anak bangsa...

Pertemuan

Isnin, Mei 02, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:56 PG
Pertemuan
Ni tajuk cerita panjang yang bakal saya tulis tak lama lagi...
nantikan kemunculannya...hehe...Lagu tema bagi buah cerita ni ialah Sebuah Pertemuan... ni lagu nya...



dan dia punya kata-kata hikmah...
"sebuah pertemuan mencipta seribu kenangan. Sebuah persahabatan mengajar erti kehidupan"
mungkin akan di edit lagi ni... tak ada idea sangat

cerita ni mengisahkan sebuah pertemuan hingga mewujudkan sebuah pesahabatan...membincangkan isu pembelajaran, percintaan dan persahabatan...yang tak pernah lari dari hidup seorang remaja... dan juga pelajar universiti.... mungkin saya akan ceritakannya mengikut sem... satu episod 1 sem... kisah kehidupan mahasiswi...

disini saya letakkan kata- kata yang mungkin bakal diletakkan dalam cerita ini...
persoalan tentang pelajaran:
"macam mana cara belajar terbaik sebenarnya?"
"orang lain study main main tapi boleh dapat result gempak"
persoalan tentang persahabatan:
"kenapa dia macam tak nak tegur aku langsung... aku ada buat salah ker dengan dia?"
"kalau awak duk tempat;dia pun... saya rasa awak pun akan rasa apa yang dia rasa..."
persoalan tentang cinta:
"sape la nak kat kita,... kalau lelaki yang baik... mesti dia cari perempuan yang baik... pakai tudung labuh... baju kurung..."
"tapi diorang tak tahu hati kita macam mana..."

mungkin kalau anda penggemar novel islamik... sudah terbiasa dengan kisah cinta ana anti...usrah dan kesibukan kumpulan mahasiswa atau mahasiswi dalam memperjuangkan islam...dalam cerita ini... semua itu tiada... cuma kisah mahasiswi biasa yang juga ingin memartabatkan islam dimata dunia... rasakan kelainannya...

kisah yang saya tulis sebelum ini yang bertajuk Layakkah aku? mungkin terlalu  hiperbola... jadi, hayati kisah terbaru ini...kisah nyata yang biasa berlaku di alam realiti... pergolakan jiwa remaja dalam melayari hidup ini... jadikan pengajaran buat kita semua...kisah ni adalah rekaan semata-mata...(bukan kisah benar)

Mencari Jodoh di Syurga

Ahad, Mei 01, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:55 PTG
bagi kita yang belum menemui jodoh kita lagi,....
entah bila dimana dan siapakah si dia itu....
mungkin kita takkan ketemu dengannya di dunia ini...
kerana dia telah meninggalkan kehidupan pertama ini....
kita pun entah bila akan pergi jua akhirnya...

andai jodoh kita bukan di dunia....
pasti kita akan menemuinya di syurga...
mana mungkin kita akan bertemu jodoh dineraka...
kerana neraka tempat seksaan bukan tempat bermadu kasih...
tapi layakkah kita untuk ke syurga???

lihat kembali amal yang kita lakukan...
hintung kembali dosa yang kita kumpulkan...
cukupkah semua itu membawa kita ke syurga?
atau ia hanya mampu membawa kita ke neraka...
sedangkan mati akan menjemput kita bila-bila saja....

kepada yang sudah berkahwin...
adakah anda mahu bahagia hanya di dunia?
atau mahu kekal bahagia selamanya?
pasti anda pilih untuk kekal bahagia...
tapi benarkah itu yang anda kejar?

lihat balik kehidupan anda...
adakah cara hidup bakal ahli syurga yang anda amalkan?
atau cara hidup bakal ahli neraka yang anda ikut?
adakah anda dan pasangan saling mengajak ke arah kebaikan...
atau membiarkan saja pasangan hanyut dalam fatamorgana dunia...

wahai manusia... kita semua sama saja...
mahu kekal bahagia disyurga bersama jodoh kita...
untuk mencari jodoh di syurga...
carilah dulu cinta hakiki...
membawa kita pada Pemilik Cinta...
kejarlah cintaNya sebelum kita...
Mencari Jodoh di Syurga