Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
- Manusio beghuboh gapo hok dio ado, pengalame hok dio ghedoh, nak tokse,dale tok seda, uboh peghanga manusio jadi lagu lain, nok x se…
- Hidu’ buke ‘badi. Tok kisoh sapo kaloh sapo mene. Hidu’ ni ujie. Nak caghi sapo terbaik, As-sanitaqwim…Makhluk terbaik asal kejadie manusio. Manusio terbaik, manusio guno, wi paedoh, wi manafaat ko manusio lain.
- Lagu mano nak uboh oghe lain, tok leh…Kito oyak jah, nak beghuboh ko tok se, kijo tue tubuh. Kalu dio tok se kito nok wat ghano…Ado hok lagi besar, hok lagi tau bakpo…
- Denga namo Allah ye Maha Genius, cipto manusio jadi genius. Maha Besar, dio cipto manusio supayo uboh sejaghoh, cipto sejaghoh.
- Setia’ oghe lahir atah pitroh. Sabdo nabi “Pitroh maknonyo suci, baik, indoh. Selut koto sebab nisto sebab doso.” Maknonyo maso kito tubik atas dunio ni, kito dale keadae tak dok doso.
- Tapi bakpo manusio jadi jaha’, perosok dunio. Ado bendo, ado sebab. Lingkunge…Lingkunge hok ngaja dio tok sempurno, tok seimbe.
- Bakpo kito beghani masuk kande ghima. Hok bena ko kito??? Sejato gapo hok kito ado??? Tapi kalu ghima ghama-ghama masuk kande kambing. Dale kande dio nok ngembek ko ngaum???
- Tapi bilo kito cayo male jadi sie, kade-kade kito keno beghani buat segalo bendo demi tuhe.
- Aku mahu laghi daghi segalo galo. Hidup pege aku. Mahu tok mahu aku ikut. Sedar tok sedar, aku kaloh.
Cinta, Perempuan & Lelaki
- Aku tok cayo cinto sebab aku tok peghenah raso. Ni, kali ni, aku ghaso ni la utuk petamo kali aku ghaso ado… Aku mau tau…Aku cumo mau tau…
- Perempuan aku tok napok lebih daghi baghe, tok lebih…Kalu kito panda tawa, boleh beli lebih rendoh daghi moda…Lelaki mace aku cuma pendorong…
- Raso kepuase kito memburu. Aku cari ye aku raso ame. Aku ghosokke. Aku ye ko boleh ludoh. Aku tok tau mahu ketawo atau untuk apo aku tulih…Aku tulih…
>> Adakah bercinta hanya kerana mahu tahu??? bercintalah kerana Allah…Jangan cinta berlandas nafsu semata-mata….
>>Sedarlah perempuan, jangan biarkan lelaki menganggap dirimu seperti barang. Jadi lah insan berharga punya maruah. Yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit…
>> Wahai lelaki, jangan kau buru dunia semata-mata, jangan ko rosakkan masa depan generasi mu… Sesungguhnya tugas mu amat berat…untuk menjadi pemimpin yang membawa manusia lain berjaya di dunia dan akhirat.
Labels:
PeDoMaN
Salahkah aku wahai sahabat
salahkah aku menegur mu
salahkah aku mengingatkan mu
tentang tanggungjawab kita
aku insan biasa
punya kekurangan
punya perasaan
memang salahku memarahi mu
memang salahku menengking mu
maafkan aku wahai sahabat
aku tak dapat kawal amarahku
aku tak dapat kawal diriku
dari pujukan syaitan dan nafsu
aku memang insan yg lemah
tapi bagiku
antara tanggungjawab seorang sahabat
atau tali persahabatan yang terjalin
tanggungjawab lebih penting
aku cuma mahu mengajakmu lebih bertanggungjawab
aku tak mahu kau mendapat susah di kemudian hari
aku mahu jadi sahabat sejatimu
biarlah kau sisihkan aku
biarlah kau putuskan persahabatan ini
biarlah kau membenci aku
aku terima
aku rela
kerana aku pasti
suatu hari nanti
kau pasti faham
Labels:
PuiSi
Ada orang kata
masa itu emas
tapi bagi diriku
masa dan emas berbeza
masa lebih berharga
masa tidak boleh dijual beli
masa hanya berlalu sekali
masa tidak akan menunggu kita
hanya kita yang menunggu masa
masa akan terus berlalu
tanpa kita menyedari nilainya
lalu kita terus leka
leka dalam kelalaian
hanya bila masa sudah berlalu
baru kita sedar
kerugian yang kita alami
kerana masa tidak boleh diundur
dan kita x mungkin dapat mengubahnya
andai emas didepan mata
tak mungkin kita mempersiakannya
kita akan gunakannya sebaiknya
kita bentukkan ia secantik mungkin
kita menjaganya sebaik mungkin
hanya kerana kita tahu nilainya
bagi masa
menyesal kemudian tiada gunanya
kerana masa tidak dapat diubah
bagi emas
menyesal kemudian ada gunanya
kerana ia boleh dicairkan semula
jadi masa jauh lebih bernilai
hargai masa
gunakannya sebaik mungkin
moga x menyesal dikemudian hari
Labels:
PuiSi
hidup dan perjuangan
tidak dapat dipisahkan
saling memerlukan
saling melengkapi
saling menyempurnakan hidup itu indah
perjuangan itu pahit
tapi
dihujung hidup itu derita
kerana mati itu sakit
dihujung perjuangan itu bahagia
kerana itulah yg terbaik
kita berjuang untuk hidup
kita takkan hidup tanpa perjuangan
kerana hidup banyak cabaran
kerana hidup penuh rintangan
kerana hidup perlukan pengorbanan
kita hidup untuk berjuang
apa guna hidup tanpa perjuangan
seperti hidup tanpa matlamat
seperti hidup dalam angan-angan
seperti hidup orang gila
kita berjuang untuk hidup
kita hidup untuk berjuang
hidup dan perjuangan
akan terus bersatu
dalam diri manusia berakal
demi sebuah kebahagiaan
dalam sebuah kehidupan
Labels:
PuiSi
Air mata
air dari mata
terus ke pipi
mengalir bila diperlukan
berhenti bila tidak diperlukan
Air mata
adalah air yang paling berharga
jika ia keluar pada keadaannya
ia bisa memadam api neraka
jika ia mengalir kerana keinsafan
tulus dari hati nurani
menginsafi segala dosa mu
menginsafi kesalahan lalu
mensyukuri nikmat kurniaanNya
mensyukuri apa yg kita ada
Air mata
dapat mencuci mata
bila habuk mengaburi pandangan
dapat meluah perasaan
bila sedih terpendam dihati
dapat membersihkan hati
bila kesesalan menyelubungi diri
Air mata
biasanya dikaitkan dgn perempuan
tetapi lelaki juga mempunyainya
kerana manusia punya perasaan
x kira lelaki atau perempuan
cuma perempuan suka meluahkan
cuma lelaki suka merahsiakan
hanya itu yang membezakannya
Air mata
gunakan ia sebaiknya
jangan dipersiakan walau setitis
nilainya terlalu tinggi
kerana ia air yang istimewa
Labels:
PuiSi