Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Masa Vs Emas

Khamis, Februari 26, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:10 PTG

Ada orang kata
masa itu emas
tapi bagi diriku
masa dan emas berbeza
masa lebih berharga
masa tidak boleh dijual beli
masa hanya berlalu sekali
masa tidak akan menunggu kita
hanya kita yang menunggu masa

masa akan terus berlalu
tanpa kita menyedari nilainya
lalu kita terus leka
leka dalam kelalaian
hanya bila masa sudah berlalu
baru kita sedar
kerugian yang kita alami
kerana masa tidak boleh diundur
dan kita x mungkin dapat mengubahnya

andai emas didepan mata
tak mungkin kita mempersiakannya
kita akan gunakannya sebaiknya
kita bentukkan ia secantik mungkin
kita menjaganya sebaik mungkin
hanya kerana kita tahu nilainya

bagi masa
menyesal kemudian tiada gunanya
kerana masa tidak dapat diubah
bagi emas
menyesal kemudian ada gunanya
kerana ia boleh dicairkan semula
jadi masa jauh lebih bernilai
hargai masa
gunakannya sebaik mungkin
moga x menyesal dikemudian hari