dalam era globalisasi
era dunia tanpa sempadan
era yg telah disalah guna
jadi era pergaulan tanpa sempadan
sempadan pergaulan antara 2 jantina
lelaki dan perempuan….
sudah tidak dihiraukan lagi
kita orang melayu
ada adab dan ada agama
adab dan agama telah membataskan
pergaulan antara lelaki dan perempuan
dalam bergaul perlulah kita ingat
agar barat x jadi ikutan
agar maksiat x terus berleluasa
kita orang islam
ada dosa sebagai balasan
ada kehidupan setelah mati
agama kita telah mengharamkan
bersentuhan antara ajnabi
kenapa kita takut jika tersentuh anjing
tapi x takut menyentuh ajnabi kita
padahal kalau anjing boleh disamak
kalau ajnabi hanya taubat menghapus dosa
di era ini
manusia sudah hilang malu
akal dan iman ditolak tepi
hanya nafsu pemandu diri
dosa besar dianggap biasa
anak haram lahir merata
punah ranah generasi kita
angkara cinta kerana nafsu
bukan cinta berlandas islam
manusia era ini
minda dibuka seluas luasnya
yang haram dianggap halal
orang nasihat dia diperlekehkan
katanya manusia kubur lain2
tapi bila dtimpa bala
semua yang kena
sebab hidup perlu saling mengingati
bukan hanya jaga diri sendiri
kerana kita adalah saudara
anak Adam dan juga Hawa