Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



salahkah aku wahai sahabat

Khamis, Februari 26, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:12 PTG

Salahkah aku wahai sahabat
salahkah aku menegur mu
salahkah aku mengingatkan mu
tentang tanggungjawab kita

aku insan biasa
punya kekurangan
punya perasaan

memang salahku memarahi mu
memang salahku menengking mu
maafkan aku wahai sahabat
aku tak dapat kawal amarahku
aku tak dapat kawal diriku
dari pujukan syaitan dan nafsu

aku memang insan yg lemah
tapi bagiku
antara tanggungjawab seorang sahabat
atau tali persahabatan yang terjalin
tanggungjawab lebih penting
aku cuma mahu mengajakmu lebih bertanggungjawab
aku tak mahu kau mendapat susah di kemudian hari
aku mahu jadi sahabat sejatimu

biarlah kau sisihkan aku
biarlah kau putuskan persahabatan ini
biarlah kau membenci aku
aku terima
aku rela
kerana aku pasti
suatu hari nanti
kau pasti faham