Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Hidup dan Perjuangan

Khamis, Februari 26, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:09 PTG
hidup dan perjuangan
tidak dapat dipisahkan
saling memerlukan
saling melengkapi
saling menyempurnakan

hidup itu indah
perjuangan itu pahit
tapi
dihujung hidup itu derita
kerana mati itu sakit
dihujung perjuangan itu bahagia
kerana itulah yg terbaik

kita berjuang untuk hidup
kita takkan hidup tanpa perjuangan
kerana hidup banyak cabaran
kerana hidup penuh rintangan
kerana hidup perlukan pengorbanan

kita hidup untuk berjuang
apa guna hidup tanpa perjuangan
seperti hidup tanpa matlamat
seperti hidup dalam angan-angan
seperti hidup orang gila

kita berjuang untuk hidup
kita hidup untuk berjuang
hidup dan perjuangan
akan terus bersatu
dalam diri manusia berakal
demi sebuah kebahagiaan
dalam sebuah kehidupan