Gadis Melayu
Lemah lembut tutur katanya,
Sopan santun jadi amalannya;
Baik pula budi pekertinya,
Gadis melayu itulah gelarannya.
Adat melayu zaman berzaman,
Tangan diguna untuk makan;
Tidak luput ditelan zaman,
Menjadi amalannya ketika makan.
Hidangan nasi diletak tepi,
Nasi adalah makanan kegemarannya;
Aurat dirinya dijaga rapi,
Kurung dan kebaya pakaian hariannya.
Bila berkawan ada batasnya,
Antara lelaki dan juga perempuan;
Sifat malu pelindung dirinya,
Menjaga kesucian seorang perempuan.
Hidup melayu kerana berjuang,
Gelaran gadis bukan penghalangnya;
Gadis melayu juga berjuang,
Agama dan bangsa asas perjuangannya.
Bukan seperti si tanggang derhaka,
Dia kenal asal usulnya;
Bukan menjadi anak derhaka,
Dia balik bawa kejayaannya,
Segala kebaikan ada padanya,
Itulah dia gadis melayu;
ramai teruna mengidamkannya,
Masih adakah gadis melayu???
Gadis Moden
Kasar dan kesat tutur katanya,
Sopan santun tiada dalam dirinnya;
Buruk pula budi pekertinya,
Gadis moden itulah gelarannya.
Adat barat menjadi ikutan,
Sudu garpu untuk makan;
Makan banyak bertan-tan,
Menjadi amalannya ketika makan.
Hidangan nasi diletak tepi,
Makanan barat jadi kegemarannya;
Aurat dirinya diletak tepi,
Pakaian seksi pakaian hariannya.
Bila berkawan tiada batasnya,
Antara lelaki dan juga perempuan;
Sifat malu tiada dalam dirinya,
Tergadainya kesucian seorang perempuan.
Hidupnya hanya untuk duit,
Gelaran gadis dipergunakannya;
Sanggup menjual maruah demi duit,
Gadis murahan sesuai baginya.
Dia seperti si tanggang derhaka,
Tidak kenal asal usulnya;
Dia menjadi anak derhaka,
Dia suka memalukan keluarganya,
Segala keburukan ada padanya,
Itulah dia si gadis moden;
Ramai teruna suka mempermainkannya,
Maruah diri tiada padanya.
sy rasa sy bukan kedua-duanya....hahaha...
anda rasa anda yg mana???