bila zaman telah bertukar
cara hidup mu telah berubah
tapi sayang seribu kali sayang
dalam mengejar kejayaan duniawi
dalam mengejar harta kekayaan
kau telah tertinggal sesuatu
sesuatu yang amat penting
amat penting dalam dirimu
dulu
kau pegang pada janji mu
kau jujur dalam kata mu
kau amanah dalam tugasmu
kau sabar dalam hatimu
kau ikhlas dalam pemberianmu
tapi
sekarang kau sudah berubah
jauh bezanya dari yang dulu
mana janji mu yang kau kotakan
mana kejujuran mu yang kau lafazkan
mana amanah mu yang kau pegang
mana sabar mu yang kau simpan
mana keikhlasan mu yang kau berikan
mana hilangnya nilai murni tu?
manusia
cuba kau ingat kembali
cuba kau imbas semula
zaman sebelum kau berubah
sebelum harta kekayaan menjadi matlamat hidup mu
semasa nilai murni menjadi pegangan hidup mu
kau lebih bahagia daripada sekarang
hatimu lebih tenang daripada sekarang
rezeki mu lebih berkat daripada sekarang
tapi kenapa kau pilih cara sekarang?
memang benar
zaman sekarang wang sangat penting
semua orang sibuk mengumpul harta
orang kaya disanjung dihormat
orang miskin dikeji dihina
tapi ingat duit tidak mampu membeli segalanya
tidak mampu membeli kabahagiaan
tidak mampu membeli ketenangan
tidak mampu membeli keberkatan
apa guna kekayaan
kalau hidup tidak bahagia
kalau hati tidak tenang
kalau rezeki tidak berkat
Ingatlah
sejak dari kecil lagi
kau telah dididik oleh ibubapamu
kau telah diajar oleh gurumu
tentang nilai murni ini
agar ia menjadi pegangan hidupmu
dalam dunia yang penuh cabaran
dalam kehidupan penuh liku
manusia
sedarlah akan nilai murni itu
ia amat penting dalam kehidupan ini
amat penting dalam mengapai kejayaan
jua amat penting untuk kebahagian
tidak salah kau mencari kekayaan
tapi dalam mencari kekayaan duniawi
nilai murni jangan kau abaikan
selarikan kedua-duanya
agar kau berjaya dan bahagia
di dunia juga akhirat