Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Jumaat, Jun 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:59 PG
mmmm... post ini adalah untuk menggurangkan sedih yang bersarang di hati ini... untuk melihat dan mencari hikmah yang ada disebalik ujian hidup ini... mungkin tak ada kaitan dengan orang lain... hanya tentang yang berlaku pada aku...bagiku... ujian ini cukup berat untuk aku lalui.. biarpun bagi orang lain... ianya hanya seringan debu yang ditiup angin...tapi aku sanggup hadapi segalanya demi sebuah cita-cita...untuk ku jadikan fantasiku sebuah realiti...

ku coretkan disini apa yang menyebabkan aku sedih... apa yang ada sebenarnya disebalik semua itu...setelah tamat pembelajaran ku... aku mengikuti sebuah kursus.. ada 2 exam dalam tu... masa kursus aku sibuk siapkan tesis aku... akhirnya sebelum exam pertama tesis aku dapat di siapkan...exam pertama.. dia atas nasib la... kalau dapat soalan senang... memang mudah la nak lulus... orang tak datang kelas pun boleh lulus... tapi yang susah... yang datang kelas pun tak lulus... aku kurang bernasib baik kerana mendapat yang susah...dari situ aku mencari hikmah disebaliknya... rupanya aku rasa aku kurang menghormati guru semasa belajar kursus itu...masa kursus dulu aku sibuk buat tesis.... aku rasa itu pengajarannya buat aku.. jadi azam aku untuk kursus ini... lepas ni aku nak datang awal ke kelas... dengar cikgu mengajar...

aku merancang nak balik lepas habis kursus ni iaitu lepas exam... kiranya aku ada 2 minggu lebih untuk berehat di rumah...sebelum melanjutkan pengajian...sementara kursus ...aku menguruskan hal-hal berkaitan pengajian sem depan... aku ingat nak selesaikan sebelum kursus aku habis... sebab nak balik sebaik sahaja habis exam iaitu hari rabu... tapi aku dapat tau.. surat tu aku akan dapat hari khamis paling awal.. maknanya... aku tak boleh balik lagi la...exam 1 lagi.. majoriti tak lulus... 2-3 orang jer yang lulus... aku pun tak lulus... markah aku membolehkan aku repeat...tapi disebabkan exam pertama aku tak lulus... pengelola kata aku tak boleh repeat...aku sebenarnya tak kisah sangat pasal benda ni...sebab sijil kehadiran aku akan dapat ...tapi sedih la sikit...yang penting aku dapat ilmunya... lulus tak lulus tu sebenar nasib jer... tak lulus pun aku tahu guna perisian tu dengan baik... kalau lulus tapi tak tahu guna... buat apa juga kan???

sampai la hari khamis... surat tu tetap tak dapat.... pihak u kata fakulti tak bagi kelulusan lagi... aku pergi kat fakulti..fakulti kata dah lama bagi kat pihak u.. dia call pihak u... pihak u cakap tak tandatangan lagi... dia suruh ambik hari isnin... ok la... aku terima... masa hujung minggu tu aku pindah barang... pastu aku dapat call.. disebabkan kedua-dua exam aku tu skit lagi nak lulus... jadi aku dibenarkan repeat paper... boleh pilih salah satu... jadi aku pilih la yang pertama... sebab kalau yang pertama tu... kalau nasib aku baik... aku boleh jawab soalan senang tu... insyaAllah... lulus...

hari isnin aku pun pergi la tanya surat aku tu kat u... dia suruh datang petang esoknya iaitu hari selasa... aku kira lepas reseat ...petang tu aku ambik surat dan selesaikan segala urusan... pastu aku nak balik...aku pun dah cakap kat prof petang tu aku jumpa dia...tapi tu semua hanya rancangan aku... pastu nak dekat reseat... aku pun study la... dah habis separuh... aku buka web... tengok aku reseat exam kedua... aku pun tukar bahan bacaan... bacalah yang no 2 tu...reseat dapat soalan susah... lagi turun markah aku..haha...ok la... kira aku dah usaha... dah tak dapat nak buat macam mana... bukan rezeki aku la kut...tengah hari tu aku dapat call daripada pihak u... dia kata pukul 4 petang rabu baru boleh aku ambik surat tu... aku sms kat prof aku... tukar hari rabu... dia sms kata ok...

malam rabu tu aku dapat tau... yuran kolej sangat mahal... pastu boleh apply 12hb.. padahal aku daftar 4 hb... aku nak merempat kat mana sebelum tu... kawan aku nak duduk luar... kira aku duk ngan dia la...aku mulakan operasi mencari rumah sementara mengisi waktu terluang...petang rabu tu aku ambik surat.. pergi bilik prof... tengok gelap... baca kat depan pintu tu... rabu-jumaat kursus di hulu langat.... waaaa... aku nak nangis... aku nak balik rumah.... aku rindu rumah... dah la nak call prof hp aku habis bateri masa tu... aku balik bilik dulu untuk call...prof kata mungkin boleh jumpa dia lepas solat jumaat...kalau macam tu.. aku balik hari jumaat la... aku tak kisah apa pun yang berlaku... jumaat malam....aku nekad balik kampung... rindu aku dah tak terbendung.... dulu aku balik sekejap jer..cuti hujung minggu... yang last aku balik seminggu masa raya cina...

sementara menunggu hari jumaat... hari khamis... aku buat medical check up... aku kompem kan rumah sewa....kira aku nak datang sini balik dalam keaadaan yang selesai semuanya...pagi jumaat aku dapat call daripada prof... hari jumaat aku tak boleh jumpa dia... hari isnin depan baru boleh...kiranya aku... lepas balik kampung...aku terpaksa datang sini balik hari isnin... untuk selesaikannya...cuti ku tinggal seminggu... hari isnin aku terpaksa kembali ke sini...entah dimana mahu ku duduk... aku pun tak tahu...bagiku... mungkin dengan ujian ini.. membuatkan aku lebih sabar menanti liku hidup di hadapan.... mmmm... sekurang-kurangnya... urusan lain dah selesai.... aku dapat teman kawan aku kat sini... aku dapat siapkan tesis aku..lihat dari sudut positif... bukan dengan kacamata yang negatif...

Cinta @ Dusta

Ahad, Jun 20, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:21 PTG
Banyak yang kita lihat anak-anak muda kita bercinta... ada yang masih dibangku sekolah pun dah mula bercinta... dan ramai yang kecewa akibat cinta....aku tertarik mahu berbicara tentang tajuk ini... adakah ia sebenarnya cinta atau segalanya hanya dusta... kerana banyak orang tertipu dengan cinta... sehingga hilang maruah dan harga diri... benarkah kita semua kenal apa itu cinta... atau kita hanya terperangkap dalam makna cinta yang didustai...

Terlebih dahulu... sebelum saya memulakan bicara... saya mahu memohon maaf andai nanti menyakitkan hati sesiapa... saya akui... saya sendiri belum kenal lagi erti cinta... cuma mahu saya coretkan disini kisah cinta atau dusta yang pernah saya lihat... kisah perempuan didustai kerana cinta... ramai yang mengaku kata cinta... tapi mereka membuatkan orang yang mereka cintai itu derita kerana didustai cinta mereka...

Mulut kata cinta... tapi benarkah itu cinta... atau sekadar dusta... kalau benar itu cinta... kenapa maruah perempuan dicalarinya... keperawanan perempuan diragutnya... tubuh badan perempuan diselongkarnya... dirabanya penuh gelora nafsu... kemudian ditinggalkan perempuan itu... mencari yang perempuan lain yang masih suci untuk dinodai dan di dustai dengan kata cinta... itu baru perangai budak sekarang yang masih belum matang untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata... lupa akan maruah diri yang lebih berharga daripada cinta lelaki yang pendusta...tidak segan dilihat masyarakat... dan tidak malu dipandang rendah masyarakat...wahai gadis... cukup sekali kau didustai... cukup sekali kau di kotori... jangan biarkan ia berulang... insaflah....jangan lagi percaya akan kata cinta dari seorang lelaki...

Mahu pula aku kupas... kata cinta yang mengheret ke neraka... cinta biasa yang dilalui remaja... bukan cinta murahan ditepi jalan... mulut kata cinta... hati pun kata cinta... impian menggunung ke jinjang pelamin... tapi perlakuan tidak menggambarkannya... andai benar kata cinta... kenapa dipegang tangan awek disisi... kenapa di sentuh pipi yang gebu... semasa bergurau senda...kerana kau rasa cinta... kerana kau rasa dirinya telah menjadi milikmu... kerana kau adalah pakwe nya??? benarkah begitu? tapi ingatlah... dia belum halal bagimu... lebih baik kau pegang anjing dan babi... sekurang-kurangnya boleh disamak... kau tak dapat tahan nafsu mu untuk memegangnya?? siapa suruh kau keluar berdua?? kan ada syaitan di antaranya... kerana kau nak mengenalinya?? betul ker kau kenal dia dengan cara begitu... kalau kau kenal dan tak suka... kau nak tinggalkan dia begitu saja??? setelah kau selimuti dia dengan janji indah... huhhh....

kau kendung dia dengan kapcai mu kesana kemari... hei perempuan... bayang kan kalau dia brek dengan tiba2? apa yang berlaku??? fikir sendiri... malas mahuku cerita... kau percaya dia??? bagaimana kalau di bawa mu ke semak atau ke hutan untuk diperkosa?? pada siapa mahu kau salahkan?? tak kisahlah kau kenal ker tak jantan tu... selagi nama dia lelaki.. dan tak ada kaitan dengan mu.. pelbagai perkara tak terjangka boleh berlaku...kerana lelaki punya nafsu terhadap perempuan... dan ada syaitan yang menggoda...jadi janganlah kau mengambil risiko itu... demi masa depan mu kelak... lelaki memang tidak boleh dipercayai!!..bayangkan... kalau ayahmu tahu apa yang kau buat disini??? betapa malunya dia...aku nak tambah 1 lagi... andai... ketika kamu menaiki motor atau kereta berdua bersamanya... tetiba kamu ditakdirkan accident dan nyawa mu sampai disitu sahaja... betapa malunya ibubapa mu... bila orang bertanya... siapa lelaki yang mati dengan anak mu tu? jawab ayahmu... pakwenya... tak ker kau rasa... betapa dayusnya ayahmu ketika menjawab soalan itu kerana tidak mampu menjaga anak perempuannya... membiarkan anak perempuannya berdua bersama lelaki yang tiada ikatan...

ku teringat sesuatu... selalu ketika ku melihat pasangan kekasih berjalan di depan ku... selalu ku perhatikan... (yang konon islamic la sikit ni)... jalan berhampiran walau tak berpegang tangan... tangan berhayun... takut aku melihat... takut tersentuh nanti casnya boleh mengalir walau hanya sementara...memang la tersentuh... tapi tsk ker cari nahas namanya kalau jalan berdua...ada jenis lelaki yang aku tengok... dia tak cuba ambik kesempatan keatas perempuan... tapi bila perempuan menyentuhnya... dia buat tak kisah jer... kalau dia benar cinta pada perempuan tu... sepatutnya... dia menegur dan mendidik perempuan tu... biar kenal akan batasnya... jangan pula diambil kesempatan...

kalau benar itu cinta... bukan hanya dusta... sepatutnya... kekasih di ajak ke syurga bukan ke neraka... kekasih di ajak berkahwin bukannya bercouple... risik lah gadis itu... andai mendapat persetujuan ibubapanya... bertunang la...untuk mengenali antara satu sama lain... tapi ingat tentang batasnya... jangan biarkan cinta berputik semasa bertunang... kerana kamu belum memilikinya...jagalah keperawan kamu bukan hanya jasmani... tetapi juga rohani.... biar anda benar2 jadi perawan hanya untuk suami mu kelak... kerana itulah sebenar benar cinta... bukan lagi dusta...

akhir kalam... andai takut didustai cinta... janganlah bercinta sebelum dia menjadi milik kita... moga kita mampu menjaga cinta.... hanya untuk yang berhak... jangan biarkan diri ditipu cinta dusta....

Terima kasih Sahabat

Khamis, Jun 17, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:57 PTG
Telah 4 tahun kita bersama
Rasa sekejap masa berlalu
Kita bertemu tanpa perancangan
Kita berpisah demi cita-cita

Begitu indah persahabatan ini
Walau kekadang disulami duka
Walau kekadang dibanjiri air mata
Tapi selalu dihiasi ketawa
Tapi selalu diselubungi bahagia
Persahabatan kita ada turun naiknya
Ada masa renggang menanti belah
Ada masa rapat bak saudara
Itulah warna warni sebuah persahabatan

Maafkan aku andai aku
Tanpa sedar ku sakitkan hatimu
Tanpa sedar ku buat mu kecewa
Tanpa sedar ku biarkan kamu menangis
Kerana aku insan biasa

Terima kasih kerana sudi menemani
Dan menghiasi perjalanan hidupku ini
Walau hanya sementara
Akan ku ingat segala pesanmu
Kau kuatkan aku bila aku kecewa
Kau nasihatkan aku bila aku salah
Kau cuba ubah diri ku jadi insan sempurna
Tapi maafkan aku kerna tak mampu berubah
Seperti mana yang kau mahukan
Kerana aku adalah aku
Namun akan ku cuba ikuti
Andai nanti ku sudah bersedia dan mampu berubah

Harap nanti kitakan bertemu lagi
Dan persahabatan ini terus kekal
Malah lebih akrab lagi nanti
Terima kasih sahabat...

Catatan: lepas ni,... dah tak ada orang yang nak masak bila aku lapar...
dah tak ada orang yang nak bercerita dengan ku... dah tak ada orang yang nak teman aku jalan2...dah tak ada orang nak tegur aku bila aku salah... dah tak ada orang yang nak mengembirakan aku... dah tak ada orang nak dengar luahan hatiku... dah tak ada orang nak beri aku pendapat dan nasihat...dah tak ada orang untuk aku minta tolong bila aku susah... dan dah tak ada orang yang nak mengGILA denganku...ku duduk sendiri di sini... menanti sahabatku datang lagi...

Egoist

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:56 PTG
Egoist.. tu la tajuk yang saya nak bincang kali ni... ego lawannya merendah diri..saya mengaku... saya pun jenis yang punya ego yang tinggi.. kadang2 timbul rasa riak dihati... saya suka mendengarkan lagu Egoist untuk mendidik hati supaya tidak ego seperti sang merak...Siapalah kita... hanya insan biasa... hamba kepadanya... untuk ego... untuk merasa diri kita hebat...Hanya Allah yang layak untuk ego... kerana Dia punya segalanya...

Andai kita rasa diri kita kaya... ada lagi manusia yang lagi kaya daripada kita... Malah Allah Maha kaya... sedarlah kekayaan itu bukan milik kita... tetapi milik Allah... Dia bisa mengambilnya bila saja Dia mahu... sekelip mata sahaja kekayaan itu akan lenyap... sebaliknya... andai kita punya harta... jadilah dermawan... bantulah orang yang susah... sumbangkanlah kejalan Allah... moga kita mampu membeli kebahagiaan di akhirat dengan kekayaan yang kita ada...tetapi andai kita miskin... jangan kita mudah melatah... bersyukurlah dengan apa yang kita ada...pasti ada orang yang lebih susah dari kita...mungkin kita tak mampu membeli kebahagiaan itu dengan wang ringgit... namun kita mampu memperolehinya dengan keikhlasan walaupun sedikit dan amalam kebaikan yang kita lakukan...

Andai kita rasa kita bijak..ramai lagi yang lebih bijak dari kita... contohnya Ibnu Sina dalam bidang perubatan... Al Jazari dalam bidang kejuruteraan... mereka bukan sahaja bijak dalam ilmu sains... malah mereka juga pakar dalam ilmu agama... siapalah kita jika nak dibandingkan dengan mereka... malah... ilmu kita hanyalah tidak sampai setitik dari seluruh lautan jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah... kita juga boleh lupa akan ilmu-ilmu itu jika tidak beramal dengannya... malah boleh hilang ilmu itu dengan sekelip mata sahaja jika Allah mahukan... sesungguhnya... bersyurkurlah atas ilmu yang kita ada... gunakan sebaiknya untuk kebaikan ummah... jangan gunakan ilmu itu untuk merosakkan alam yang indah kurniaan Allah...tapi jangan pula kita rasakan kita terlalu bodoh... sesungguhnya Allah itu Maha Adil... setiap manusia diciptakan dengan keistemewaan yang tersendiri...

Andai kita rasa kita cantik... ramai lagi yang lebih cantik dari kita... sekali kita kena simbah asid... terus buruk muka kita... kecantikan paras rupa hanya sementara sahaja... bila usia menginjak naik... kecantikan kian berkurang... andai kita rasa kita hodoh... bersyukurlah... sekurang-kurangnya... kita dikurniakan sifat yang cukup... tiada kecacatan...mungkin muka kita buruk... penampilan kita hodoh... tapi hati kita baik... siapa tahu... kecantikan dalaman kita mampu menengelamkan kehodohan fizikal kita...

Andai kita rasa kita baik...hati kita tulus...kita rasa kita ni beragama... rasa iman kita ni kuat la konon... sedarlah... kita tak mampu menjadi sebaik malaikat... setiap manusia pasti melakukan kesalahan... mungkin hari ini kita beriman dan mendapat hidayahNya... namun... bagaimana dengan hari esok... berusahalah untuk sentiasa mendapat redhaNya... mungkin orang yang kita panggil jahat hari ini... menjadi seorang hamba Allah yang begitu taat kelak... mungkin hari ini kita kutuk orang yang tak bertudung dan berpakaian seksi... tapi mungkin suatu hari nanti... dia lebih menjaga auratnya dari kita kelak... mungkin hari ini kita kutuk orang yang bercouple dan berzina... kita tak tau suatu hari nanti mereka akan bersatu menjadi pasangan yang cinta hanya kerana Allah... jangan kutuk dan hina mereka... kita belum berada di tempat mereka... andai kita berada di tempat mereka... mungkin kita akan melakukan perkara yang lagi teruk daripada mereka... kita tak tahu apa penghujung kita dan apa penghujung mereka... yang hanya kita lakukan adalah berdoa... berdoalah supaya iman kita dikuatkan dan kita dijauhkan dari melakukan perkara yang dilarang...moga mereka juga berubah akhirnya dan mendapat hidayahNya... dan nasihatilah mereka dengan cara yang terbaik... tanpa memalukan mereka... moga di akhirat kelak kita boleh berjumpa dengan mereka di syurga...

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki... jangan terlalu ego... kerana segalanya bukan milik kita... tetapi jangan pula terlalu merendah diri ... nanti hilang kekuatan dan motivasi dalam diri kita... bersederhanalah dalam menilai diri... lihat yang berada diatas dan dibawah kita... bantu yang lemah... cuba contohi yang berjaya...jangan hina orang lain... tapi perbetulkanlah diri sendiri...

Kerja Rumah BUKAN Kerja Perempuan

Selasa, Jun 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:28 PTG
Aku sangat anti bila jumpa lelaki yang anggap kerja rumah ni kerja perempuan sahaja... lelaki tak perlu buat... lelaki boleh duduk rumah... goyang kaki... tengok tv... baca surat khabar... pastu perempuan kena berhempas pulas menguruskan rumah? Adil ker macam ni?

bila sebut kerja rumah jer... orang kita akan kata kerja perempuan.. semua perempuan mesti tahu dan kena buat... bila sebut kerja kasar jer... orang kata kerja lelaki... orang lelaki jer kena buat... orang perempuan tak boleh buat... memang la fitrahnya begitu... tapi kita kena sedar.... lain orang lain minat... bukan semua perempuan minat buat kerja rumah...begitu juga lelaki...bukan semua minat buat kerja kasar... ada juga yang minat buat kerja rumah yang dikatakan kerja perempuan seperti mengemas rumah dan memasak... ni bukan yang saya maksudkan lelaki yang mahu jadi perempuan... tapi yang hanya mempunyai minat dalam bidang perempuan... bukan niat saya untuk menyamakan lelaki dan perempuan... tapi hanya mahu meluahkan rasa hati yang terbelenggu.. manusia diciptakan berbeza...

dari tajuk ni... saya nak pergi kepada tugas suami dan isteri... sebagaimana yang kita tahu... tugas suami ialah untuk menyediakan keperluan asas untuk keluarga... kerperluan asas adalah termasuklah pakaian, tempat tinggal dan makanan....perkara2 ini ada kaitannya dengan kerja rumah... tanggung jawab untuk menyediakan pakaiaan... takkan lah suami sanggup menyediakan pakaian busuk dan tak berbasuh kepada keluarga? takkan suami nak berikan rumah yang bersepah kepada keluarga... dan tak mungkin lauk pauk mentah boleh dinamakan sebagai makanan untuk keluarga..jadi pada pandangan saya... kerja menguruskan rumah bukan tanggung jawab isteri iaitu perempuan tetapi tanggung jawab suami... tapi isteri yang baik akan membantu meringankan tugas suami andai dia suka dan rela...tak dinafikan... isteri wajib mengikut semua kata suami... tapi tak malu ker si suami menyuruh isteri melakukan tugasnya??? jadi apa kata dalam kerja rumah ni... kita jadikan tugas bersama... bukan tugas perempuan... tapi tugas suami sebagai pengurus dan isteri sebagai pembantu...bukan kah lagi bahagia bila semua tugas dilakukan bersama? masa bersama dapat dimanfaatkan dengan baik... beban akan terasa ringan... bak kata pepatah melayu... yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing...

adat melayu dulu yang mengatakan kerja rumah adalah kerja perempuan sahaja...belajar tinggi-tinggi masuk ceruk dapur juga akhirnya... saya rasa kurang sesuai diguna pakai lagi buat masa ini...bak kata orang sekarang kurang relevan... yer la... dalam masa sekarang.... kebanyakan isteri bekerja... tak sesuai untuk meletakkan sepenuhnya tangungjawab mengurus rumah kepada isteri... kadang-kadang saya lihat si suami seolah-olah membeli si isteri dengan mas kahwin dan hantaran tinggi untuk dijadikan seorang hamba yang perlu patuh dengan segala arahannya... isteri dijual beli seolah seorang hamba abdi dijual beli di pasar...begitu murahkah harga seorang perempuan yang boleh dibeli dengan wang ringgit??? bukan maksud saya untuk menidakkan isteri untuk mengikut segala arahan suami... tapi bagi saya hanya suami yang dayus akan memaksa isteri melakukan tugas yang sepatutnya dipikul oleh suami... melainkan dengan rela isteri... tugas isteri adalah melayan suami... tugas seorang pelayan bukanlah seperti tugas pengurus rumah... kalau tugas pengurus rumah perlu dipikul bersama tugas pelayan... tugas pelayan tak mampu dilakukan sebaiknya...sedangkan itu tugas sebenar isteri.....

Kesimpulannya.. tugas mengurus rumah perlu dilakukan bersama... bukan sekadar tugas perempuan semata-mata... maaf andai terkasar bahasa... kalau salah tolong perbetulkan... sekadar pendapat saya... insan yang lemah...