Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Pelik Tapi Benar

Khamis, Julai 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:50 PTG
Ni kisah yang dah lama berlaku... aku nak timbulkan balik sebab keputusan mahkamah dah keluar... tapi agak lama dah... aku jer tak menyempat nak tulis kat sini... kita yang sekali dengar mungkin tak logik... tapi ia dah berlaku kat Malaysia ni...

ok... aku terus kepada kejadian tu la... kisah kereta jatuh dalam bangunan... ni gambar dia...



gambar pun macam pelik... kereta kat tengah eskulator... kalau siapa yang tak tahu kisah ni... meh aku cerita... apa yang aku tahu la... tak tahu betul ker tidak... ada seorang remaja perempuan pinjam kereta dari sedara dia... pastu pak we dia bawa... diorang pergi kb mall bersama seorang adik perempuan tu.... mungkin masa nak balik tu.. kereta tu tak dapat dihidupkan... maka perempuan tu... yang tak ada lesen kereta disuruh bawa hidupkan kereta tu... pak we dia dan sorang lelaki lain tolong tolakkan dari belakang.... tetiba kereta tu hidup dan memecut laju merempuh dinding bangunan kb mall tempat parking dan menjunam ketingkat bawah....

ni bukan salah jurutera sebab dinding direka bukan untuk dirempuh dengan benda kuat... dan tak ada kaitan dengan rasuah... mungkin perempuan tu kalut tak sempat tekan brek bila kereta tu tiba2 hidup...bagi saya dalam kejadian ni tiada siapa pun yang bersalah... ni semua terjadi atas perancanganNya...macam tajuk saya sebelum ni.. dah nok geghoh...kejadian ni sebenarnya untuk mengingatkan kita... kat mana2 pun kita boleh mati... tak ada tempat yang selamat... kat kbmall ni banyak kapel2 yang bermesra sambil membuang masa...jadi... ingat la... tengah korang duk buat maksiat... bermesra.. berpegang tangan... tetiba kereta jatuh atas kepala... mati tak sempat nak taubat,... tapi mangsa kejadian ni rasanya bukan pasangan kapel... biarlah... dah ajal mereka... bagi yang kapel... ingat la... mungkin suatu hari nanti belum sempat anda kawin... mungkin kereta jatuh atas kepala anda dan pasangan anda pula... jadi bertaubatlah setiap masa... kerana pada bila2 masa pun kita akan mati...

seterusnya... benda pelik yang berlaku seterusnya ialah... orang yang menolong menolak kereta tersebut disabitkan kesalahan...kenapa... banyak2 orang yang terlibat... sorang jer yang kena... ok... kita baca dulu petikan akhbar sebelum saya ulas....

Tertuduh mengaku tak salah sebabkan 2 kematian
KOTA BHARU 10 Mei - Seorang penjaga sarang burung layang-layang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian dua pengunjung di pusat beli-belah KB Mall di sini pada 6 Disember tahun lalu.

Mohd. Sabri Jusoh, 28, berasal dari Kampung Gertak Seratus, Besut, Terengganu yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Haslinda Che Seman.

Tertuduh memakai kemeja T berwarna merah kelihatan tenang ketika memohon supaya kesnya dibicarakan tanpa peguam.

Mohd. Sabri didakwa dengan cuai telah menyebabkan kematian Siti Nor Amira Shamsudin, 20, dan Siti Nur Dianah, 19, pada pukul 5.10 petang, 6 Disember tahun lalu selepas kereta yang dikatakan ditolak olehnya melanggar tembok sebelum terjunam ke dalam kawasan pusat beli-belah KB Mall di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Noor Haslinda membenarkan Mohd. Sabri diikat jamin RM5,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 13 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hafiz Abdul Rahman.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dua sahabat maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta yang hilang kawalan terjunam dari aras atas tempat letak kenderaan sebelum terhempas ke dalam pusat beli-belah itu.

Seorang lagi rakan mereka Rashidah Ahmad Latfi, 18, dari Besut cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Kesemua mangsa yang dipercayai ditimpa serpihan runtuhan semasa di eskalator tingkat dua bangunan itu, merupakan penuntut di sebuah kolej kejururawatan berhampiran pusat beli-belah itu.

Pemandu kereta tersebut, Norain Said, 19, cedera parah selepas kenderaan itu yang dikatakan ditolak oleh seorang lelaki, melanggar tembok sebelum terjunam ke dalam pusat belah.


ni petikan akhbar yang saya ambil dari web ni...
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_07.htm

harap... bila saya sebut pasal benda ni... tak ada orang la nak saman saya atau tangkap saya... saya hanya nak luahkan pandangan saya.... dan terlebih dahulu saya katakan... saya hormat semua rukun negara termasuklah yang ketiga dan keempat iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang2... mohon maaf terlebih dahulu kepada sesiapa yang terlibat... hanya pandangan daripada kaca mata saya yang tak tau kisah sebenar...

saya cuma pelik dimana dalam kes yang melibatkan beberapa orang... kenapa hanya seorang yang menjadi tertuduh dengan kesalahan... menolak kenderaan tersebut.... cuba bayangkan kalau perkara ini terjadi kepada anda.... anda terlihat sebuah kereta yang susah nak hidup... anda pergi la dekat nak tolong... ada sorang jer lelaki tolak kereta tu... yang lain perempuan kat dalam kereta tu... mesti anda 'join' tolong tolak sekali kan? pastu tetiba kereta yang anda tolak tu hidup... dah terus kedepan tanpa sempat anda berhentikan....

tetiba anda mendapat tuduhan dan dipenjarakan atas 'kesilapan' anda dengan niat baik menolong orang lain dalam kesusahan... dah la anda bukan dari golongan kaya untuk mengupah peguam... kalau anda masuk penjara... siapa nak tanggung anak bini anda...
saya sangat bersimpati pada tertuduh.... zaman sekarang ni... susah nak jumpa orang yang sanggup tolong orang lain... tapi apa yang dia bakal dapat hasil keikhlasan dia.... hukuman meringkuk dalam penjara... ingat kawan2.... lain kali kalau orang susah jangan tolong... tak pasal2 kita sama2 susah... orang kena samun pun jangan tolong... nanti nyawa kita skali melayang... pendek kata... jangan tolong menolong.... tapi kalau rasa kehidupan lepas ni lebih berharga dari kehidupan sekarang... fikir apa yang patut anda buat... tolong @ tak tolong...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Jumaat, Jun 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:59 PG
mmmm... post ini adalah untuk menggurangkan sedih yang bersarang di hati ini... untuk melihat dan mencari hikmah yang ada disebalik ujian hidup ini... mungkin tak ada kaitan dengan orang lain... hanya tentang yang berlaku pada aku...bagiku... ujian ini cukup berat untuk aku lalui.. biarpun bagi orang lain... ianya hanya seringan debu yang ditiup angin...tapi aku sanggup hadapi segalanya demi sebuah cita-cita...untuk ku jadikan fantasiku sebuah realiti...

ku coretkan disini apa yang menyebabkan aku sedih... apa yang ada sebenarnya disebalik semua itu...setelah tamat pembelajaran ku... aku mengikuti sebuah kursus.. ada 2 exam dalam tu... masa kursus aku sibuk siapkan tesis aku... akhirnya sebelum exam pertama tesis aku dapat di siapkan...exam pertama.. dia atas nasib la... kalau dapat soalan senang... memang mudah la nak lulus... orang tak datang kelas pun boleh lulus... tapi yang susah... yang datang kelas pun tak lulus... aku kurang bernasib baik kerana mendapat yang susah...dari situ aku mencari hikmah disebaliknya... rupanya aku rasa aku kurang menghormati guru semasa belajar kursus itu...masa kursus dulu aku sibuk buat tesis.... aku rasa itu pengajarannya buat aku.. jadi azam aku untuk kursus ini... lepas ni aku nak datang awal ke kelas... dengar cikgu mengajar...

aku merancang nak balik lepas habis kursus ni iaitu lepas exam... kiranya aku ada 2 minggu lebih untuk berehat di rumah...sebelum melanjutkan pengajian...sementara kursus ...aku menguruskan hal-hal berkaitan pengajian sem depan... aku ingat nak selesaikan sebelum kursus aku habis... sebab nak balik sebaik sahaja habis exam iaitu hari rabu... tapi aku dapat tau.. surat tu aku akan dapat hari khamis paling awal.. maknanya... aku tak boleh balik lagi la...exam 1 lagi.. majoriti tak lulus... 2-3 orang jer yang lulus... aku pun tak lulus... markah aku membolehkan aku repeat...tapi disebabkan exam pertama aku tak lulus... pengelola kata aku tak boleh repeat...aku sebenarnya tak kisah sangat pasal benda ni...sebab sijil kehadiran aku akan dapat ...tapi sedih la sikit...yang penting aku dapat ilmunya... lulus tak lulus tu sebenar nasib jer... tak lulus pun aku tahu guna perisian tu dengan baik... kalau lulus tapi tak tahu guna... buat apa juga kan???

sampai la hari khamis... surat tu tetap tak dapat.... pihak u kata fakulti tak bagi kelulusan lagi... aku pergi kat fakulti..fakulti kata dah lama bagi kat pihak u.. dia call pihak u... pihak u cakap tak tandatangan lagi... dia suruh ambik hari isnin... ok la... aku terima... masa hujung minggu tu aku pindah barang... pastu aku dapat call.. disebabkan kedua-dua exam aku tu skit lagi nak lulus... jadi aku dibenarkan repeat paper... boleh pilih salah satu... jadi aku pilih la yang pertama... sebab kalau yang pertama tu... kalau nasib aku baik... aku boleh jawab soalan senang tu... insyaAllah... lulus...

hari isnin aku pun pergi la tanya surat aku tu kat u... dia suruh datang petang esoknya iaitu hari selasa... aku kira lepas reseat ...petang tu aku ambik surat dan selesaikan segala urusan... pastu aku nak balik...aku pun dah cakap kat prof petang tu aku jumpa dia...tapi tu semua hanya rancangan aku... pastu nak dekat reseat... aku pun study la... dah habis separuh... aku buka web... tengok aku reseat exam kedua... aku pun tukar bahan bacaan... bacalah yang no 2 tu...reseat dapat soalan susah... lagi turun markah aku..haha...ok la... kira aku dah usaha... dah tak dapat nak buat macam mana... bukan rezeki aku la kut...tengah hari tu aku dapat call daripada pihak u... dia kata pukul 4 petang rabu baru boleh aku ambik surat tu... aku sms kat prof aku... tukar hari rabu... dia sms kata ok...

malam rabu tu aku dapat tau... yuran kolej sangat mahal... pastu boleh apply 12hb.. padahal aku daftar 4 hb... aku nak merempat kat mana sebelum tu... kawan aku nak duduk luar... kira aku duk ngan dia la...aku mulakan operasi mencari rumah sementara mengisi waktu terluang...petang rabu tu aku ambik surat.. pergi bilik prof... tengok gelap... baca kat depan pintu tu... rabu-jumaat kursus di hulu langat.... waaaa... aku nak nangis... aku nak balik rumah.... aku rindu rumah... dah la nak call prof hp aku habis bateri masa tu... aku balik bilik dulu untuk call...prof kata mungkin boleh jumpa dia lepas solat jumaat...kalau macam tu.. aku balik hari jumaat la... aku tak kisah apa pun yang berlaku... jumaat malam....aku nekad balik kampung... rindu aku dah tak terbendung.... dulu aku balik sekejap jer..cuti hujung minggu... yang last aku balik seminggu masa raya cina...

sementara menunggu hari jumaat... hari khamis... aku buat medical check up... aku kompem kan rumah sewa....kira aku nak datang sini balik dalam keaadaan yang selesai semuanya...pagi jumaat aku dapat call daripada prof... hari jumaat aku tak boleh jumpa dia... hari isnin depan baru boleh...kiranya aku... lepas balik kampung...aku terpaksa datang sini balik hari isnin... untuk selesaikannya...cuti ku tinggal seminggu... hari isnin aku terpaksa kembali ke sini...entah dimana mahu ku duduk... aku pun tak tahu...bagiku... mungkin dengan ujian ini.. membuatkan aku lebih sabar menanti liku hidup di hadapan.... mmmm... sekurang-kurangnya... urusan lain dah selesai.... aku dapat teman kawan aku kat sini... aku dapat siapkan tesis aku..lihat dari sudut positif... bukan dengan kacamata yang negatif...

Cinta @ Dusta

Ahad, Jun 20, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:21 PTG
Banyak yang kita lihat anak-anak muda kita bercinta... ada yang masih dibangku sekolah pun dah mula bercinta... dan ramai yang kecewa akibat cinta....aku tertarik mahu berbicara tentang tajuk ini... adakah ia sebenarnya cinta atau segalanya hanya dusta... kerana banyak orang tertipu dengan cinta... sehingga hilang maruah dan harga diri... benarkah kita semua kenal apa itu cinta... atau kita hanya terperangkap dalam makna cinta yang didustai...

Terlebih dahulu... sebelum saya memulakan bicara... saya mahu memohon maaf andai nanti menyakitkan hati sesiapa... saya akui... saya sendiri belum kenal lagi erti cinta... cuma mahu saya coretkan disini kisah cinta atau dusta yang pernah saya lihat... kisah perempuan didustai kerana cinta... ramai yang mengaku kata cinta... tapi mereka membuatkan orang yang mereka cintai itu derita kerana didustai cinta mereka...

Mulut kata cinta... tapi benarkah itu cinta... atau sekadar dusta... kalau benar itu cinta... kenapa maruah perempuan dicalarinya... keperawanan perempuan diragutnya... tubuh badan perempuan diselongkarnya... dirabanya penuh gelora nafsu... kemudian ditinggalkan perempuan itu... mencari yang perempuan lain yang masih suci untuk dinodai dan di dustai dengan kata cinta... itu baru perangai budak sekarang yang masih belum matang untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata... lupa akan maruah diri yang lebih berharga daripada cinta lelaki yang pendusta...tidak segan dilihat masyarakat... dan tidak malu dipandang rendah masyarakat...wahai gadis... cukup sekali kau didustai... cukup sekali kau di kotori... jangan biarkan ia berulang... insaflah....jangan lagi percaya akan kata cinta dari seorang lelaki...

Mahu pula aku kupas... kata cinta yang mengheret ke neraka... cinta biasa yang dilalui remaja... bukan cinta murahan ditepi jalan... mulut kata cinta... hati pun kata cinta... impian menggunung ke jinjang pelamin... tapi perlakuan tidak menggambarkannya... andai benar kata cinta... kenapa dipegang tangan awek disisi... kenapa di sentuh pipi yang gebu... semasa bergurau senda...kerana kau rasa cinta... kerana kau rasa dirinya telah menjadi milikmu... kerana kau adalah pakwe nya??? benarkah begitu? tapi ingatlah... dia belum halal bagimu... lebih baik kau pegang anjing dan babi... sekurang-kurangnya boleh disamak... kau tak dapat tahan nafsu mu untuk memegangnya?? siapa suruh kau keluar berdua?? kan ada syaitan di antaranya... kerana kau nak mengenalinya?? betul ker kau kenal dia dengan cara begitu... kalau kau kenal dan tak suka... kau nak tinggalkan dia begitu saja??? setelah kau selimuti dia dengan janji indah... huhhh....

kau kendung dia dengan kapcai mu kesana kemari... hei perempuan... bayang kan kalau dia brek dengan tiba2? apa yang berlaku??? fikir sendiri... malas mahuku cerita... kau percaya dia??? bagaimana kalau di bawa mu ke semak atau ke hutan untuk diperkosa?? pada siapa mahu kau salahkan?? tak kisahlah kau kenal ker tak jantan tu... selagi nama dia lelaki.. dan tak ada kaitan dengan mu.. pelbagai perkara tak terjangka boleh berlaku...kerana lelaki punya nafsu terhadap perempuan... dan ada syaitan yang menggoda...jadi janganlah kau mengambil risiko itu... demi masa depan mu kelak... lelaki memang tidak boleh dipercayai!!..bayangkan... kalau ayahmu tahu apa yang kau buat disini??? betapa malunya dia...aku nak tambah 1 lagi... andai... ketika kamu menaiki motor atau kereta berdua bersamanya... tetiba kamu ditakdirkan accident dan nyawa mu sampai disitu sahaja... betapa malunya ibubapa mu... bila orang bertanya... siapa lelaki yang mati dengan anak mu tu? jawab ayahmu... pakwenya... tak ker kau rasa... betapa dayusnya ayahmu ketika menjawab soalan itu kerana tidak mampu menjaga anak perempuannya... membiarkan anak perempuannya berdua bersama lelaki yang tiada ikatan...

ku teringat sesuatu... selalu ketika ku melihat pasangan kekasih berjalan di depan ku... selalu ku perhatikan... (yang konon islamic la sikit ni)... jalan berhampiran walau tak berpegang tangan... tangan berhayun... takut aku melihat... takut tersentuh nanti casnya boleh mengalir walau hanya sementara...memang la tersentuh... tapi tsk ker cari nahas namanya kalau jalan berdua...ada jenis lelaki yang aku tengok... dia tak cuba ambik kesempatan keatas perempuan... tapi bila perempuan menyentuhnya... dia buat tak kisah jer... kalau dia benar cinta pada perempuan tu... sepatutnya... dia menegur dan mendidik perempuan tu... biar kenal akan batasnya... jangan pula diambil kesempatan...

kalau benar itu cinta... bukan hanya dusta... sepatutnya... kekasih di ajak ke syurga bukan ke neraka... kekasih di ajak berkahwin bukannya bercouple... risik lah gadis itu... andai mendapat persetujuan ibubapanya... bertunang la...untuk mengenali antara satu sama lain... tapi ingat tentang batasnya... jangan biarkan cinta berputik semasa bertunang... kerana kamu belum memilikinya...jagalah keperawan kamu bukan hanya jasmani... tetapi juga rohani.... biar anda benar2 jadi perawan hanya untuk suami mu kelak... kerana itulah sebenar benar cinta... bukan lagi dusta...

akhir kalam... andai takut didustai cinta... janganlah bercinta sebelum dia menjadi milik kita... moga kita mampu menjaga cinta.... hanya untuk yang berhak... jangan biarkan diri ditipu cinta dusta....

Terima kasih Sahabat

Khamis, Jun 17, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:57 PTG
Telah 4 tahun kita bersama
Rasa sekejap masa berlalu
Kita bertemu tanpa perancangan
Kita berpisah demi cita-cita

Begitu indah persahabatan ini
Walau kekadang disulami duka
Walau kekadang dibanjiri air mata
Tapi selalu dihiasi ketawa
Tapi selalu diselubungi bahagia
Persahabatan kita ada turun naiknya
Ada masa renggang menanti belah
Ada masa rapat bak saudara
Itulah warna warni sebuah persahabatan

Maafkan aku andai aku
Tanpa sedar ku sakitkan hatimu
Tanpa sedar ku buat mu kecewa
Tanpa sedar ku biarkan kamu menangis
Kerana aku insan biasa

Terima kasih kerana sudi menemani
Dan menghiasi perjalanan hidupku ini
Walau hanya sementara
Akan ku ingat segala pesanmu
Kau kuatkan aku bila aku kecewa
Kau nasihatkan aku bila aku salah
Kau cuba ubah diri ku jadi insan sempurna
Tapi maafkan aku kerna tak mampu berubah
Seperti mana yang kau mahukan
Kerana aku adalah aku
Namun akan ku cuba ikuti
Andai nanti ku sudah bersedia dan mampu berubah

Harap nanti kitakan bertemu lagi
Dan persahabatan ini terus kekal
Malah lebih akrab lagi nanti
Terima kasih sahabat...

Catatan: lepas ni,... dah tak ada orang yang nak masak bila aku lapar...
dah tak ada orang yang nak bercerita dengan ku... dah tak ada orang yang nak teman aku jalan2...dah tak ada orang nak tegur aku bila aku salah... dah tak ada orang yang nak mengembirakan aku... dah tak ada orang nak dengar luahan hatiku... dah tak ada orang nak beri aku pendapat dan nasihat...dah tak ada orang untuk aku minta tolong bila aku susah... dan dah tak ada orang yang nak mengGILA denganku...ku duduk sendiri di sini... menanti sahabatku datang lagi...

Egoist

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:56 PTG
Egoist.. tu la tajuk yang saya nak bincang kali ni... ego lawannya merendah diri..saya mengaku... saya pun jenis yang punya ego yang tinggi.. kadang2 timbul rasa riak dihati... saya suka mendengarkan lagu Egoist untuk mendidik hati supaya tidak ego seperti sang merak...Siapalah kita... hanya insan biasa... hamba kepadanya... untuk ego... untuk merasa diri kita hebat...Hanya Allah yang layak untuk ego... kerana Dia punya segalanya...

Andai kita rasa diri kita kaya... ada lagi manusia yang lagi kaya daripada kita... Malah Allah Maha kaya... sedarlah kekayaan itu bukan milik kita... tetapi milik Allah... Dia bisa mengambilnya bila saja Dia mahu... sekelip mata sahaja kekayaan itu akan lenyap... sebaliknya... andai kita punya harta... jadilah dermawan... bantulah orang yang susah... sumbangkanlah kejalan Allah... moga kita mampu membeli kebahagiaan di akhirat dengan kekayaan yang kita ada...tetapi andai kita miskin... jangan kita mudah melatah... bersyukurlah dengan apa yang kita ada...pasti ada orang yang lebih susah dari kita...mungkin kita tak mampu membeli kebahagiaan itu dengan wang ringgit... namun kita mampu memperolehinya dengan keikhlasan walaupun sedikit dan amalam kebaikan yang kita lakukan...

Andai kita rasa kita bijak..ramai lagi yang lebih bijak dari kita... contohnya Ibnu Sina dalam bidang perubatan... Al Jazari dalam bidang kejuruteraan... mereka bukan sahaja bijak dalam ilmu sains... malah mereka juga pakar dalam ilmu agama... siapalah kita jika nak dibandingkan dengan mereka... malah... ilmu kita hanyalah tidak sampai setitik dari seluruh lautan jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah... kita juga boleh lupa akan ilmu-ilmu itu jika tidak beramal dengannya... malah boleh hilang ilmu itu dengan sekelip mata sahaja jika Allah mahukan... sesungguhnya... bersyurkurlah atas ilmu yang kita ada... gunakan sebaiknya untuk kebaikan ummah... jangan gunakan ilmu itu untuk merosakkan alam yang indah kurniaan Allah...tapi jangan pula kita rasakan kita terlalu bodoh... sesungguhnya Allah itu Maha Adil... setiap manusia diciptakan dengan keistemewaan yang tersendiri...

Andai kita rasa kita cantik... ramai lagi yang lebih cantik dari kita... sekali kita kena simbah asid... terus buruk muka kita... kecantikan paras rupa hanya sementara sahaja... bila usia menginjak naik... kecantikan kian berkurang... andai kita rasa kita hodoh... bersyukurlah... sekurang-kurangnya... kita dikurniakan sifat yang cukup... tiada kecacatan...mungkin muka kita buruk... penampilan kita hodoh... tapi hati kita baik... siapa tahu... kecantikan dalaman kita mampu menengelamkan kehodohan fizikal kita...

Andai kita rasa kita baik...hati kita tulus...kita rasa kita ni beragama... rasa iman kita ni kuat la konon... sedarlah... kita tak mampu menjadi sebaik malaikat... setiap manusia pasti melakukan kesalahan... mungkin hari ini kita beriman dan mendapat hidayahNya... namun... bagaimana dengan hari esok... berusahalah untuk sentiasa mendapat redhaNya... mungkin orang yang kita panggil jahat hari ini... menjadi seorang hamba Allah yang begitu taat kelak... mungkin hari ini kita kutuk orang yang tak bertudung dan berpakaian seksi... tapi mungkin suatu hari nanti... dia lebih menjaga auratnya dari kita kelak... mungkin hari ini kita kutuk orang yang bercouple dan berzina... kita tak tau suatu hari nanti mereka akan bersatu menjadi pasangan yang cinta hanya kerana Allah... jangan kutuk dan hina mereka... kita belum berada di tempat mereka... andai kita berada di tempat mereka... mungkin kita akan melakukan perkara yang lagi teruk daripada mereka... kita tak tahu apa penghujung kita dan apa penghujung mereka... yang hanya kita lakukan adalah berdoa... berdoalah supaya iman kita dikuatkan dan kita dijauhkan dari melakukan perkara yang dilarang...moga mereka juga berubah akhirnya dan mendapat hidayahNya... dan nasihatilah mereka dengan cara yang terbaik... tanpa memalukan mereka... moga di akhirat kelak kita boleh berjumpa dengan mereka di syurga...

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki... jangan terlalu ego... kerana segalanya bukan milik kita... tetapi jangan pula terlalu merendah diri ... nanti hilang kekuatan dan motivasi dalam diri kita... bersederhanalah dalam menilai diri... lihat yang berada diatas dan dibawah kita... bantu yang lemah... cuba contohi yang berjaya...jangan hina orang lain... tapi perbetulkanlah diri sendiri...